BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 19 June 2009

JENIS MAKANAN TIDAK SEMUANYA ' BURUK '!

KEJU
1) Memang benar keju mengandungi kalori yg agak tinggi,namun ia kaya dgn kalsium.

2) Keju yg berasakan susu amat baik utk pertumbuhan tulang dan gigi terutamanya bagi kanak2.

3) Keju mempunyai sejenis asid iaitu linoleic yg dikatakan mampu mengurangkan risiko terkene kancer,penyakit jantung dan diabetes.

4) Asid linoleic juga mampu menyekat kenaikan berat badan kerana ia mencegah pengambilan lemak di tubuh.

5) Keju sihat yg disarankan adalah seperti keju feta,cheddar dan parmesan.

6) Bagi yg sedang berdiet,goat cheese adalah yg terbaik!Jumlah kalorinya hanya sebanyak 23kcal kalori sahaja berbanding dgn cheddar yg mempunyai sebanyak 114 kcal kalori.

COKLAT
1) Memang benar,coklat mengandungi kafein di dalamnya.Ramai juga percaya,memakan coklat akan membuatkan muka ditumbuhi jerawat dan masalah kulit berminyak.

2) Coklat sebenarnya mempunyai bahan antioksidan seperti yg terdapat dlm buah dan sayuran.Bahan antioksidan ini amat penting utk mencegah penyakit berbahaya seperti penyakit jantung dan kancer.

3) Lemak yg terdapat dlm coklat tidaklah se’jahat’ mana kerana ia tidak meningkatkan kadar kolesterol anda.

4) Mood tak baik? Ambillah coklat kerana ia akan meningkatkan tahap keceriaan seseorang.

5) Coklat yg disarankan utk anda adalah Dark Chocolate kerana kandungan coklat di dalamnya lebih tinggi berbanding mentega dan gula.

6) Elakkan mengambil coklat dari jenis karamel,marshmallow atau berkacang.

DAGING
1) Daging mengandungi protein yg tinggi serta mempunyai pelbagai khasiat lain yg diperlukan tubuh manusia.Ia turut mengandungi zat besi,zink dan vitamin B12 yg baik utk wanita.

2) Walaupun daging kaya dgn kolesterol,namun anda boleh mengurangkannya dgn cara memilih bahagian yg tidak berlemak.

3) Sekiranya anda pengemar stik,potongan lean cuts adalah yg terbaik kerana daging ini mempunyai kurang dari 5 gram lemak.Selain itu anda boleh memilih utk mengambil stik sirlion, tenderloin dan top round.

4) Elakkan bahagian T-Bone dan prime rib yg mengandungi lemak dan kalori sebanyak dua kali ganda.

5) Pilihlah utk mengambil daging yg dibakar atau direbus dan dicecah dgn air asam bagi memastikan anda makan daging dgn cara yg lebih sihat.

SUSU
1) Ramai wanita yg percaya susu itu menggemukkan.Susu bukanlah minuman yg menggemukkan asal anda tahu cara yg betul utk mengambilnya.

2) Susu bertindak utk memberi perlindungan kepada gigi dan menguatkan tulang anda.

3) Susu juga menghindarkan berlakunya masalah kerapuhan atau kereputan tulang,mencegah darah tinggi dan melawan obesiti.

4) Sekiranya anda tidak boleh minum susu begitu sahaja,anda boleh juga ambil produk tenusu seperti yogurt atau aiskrim.Hadkan pengambilannya!

5) Elakkan susu pekat manis dan pilih susu rendah lemak dgn bilangan sebanyak 80 kcal sahaja.
6) Utk makan makanan bijirin,coklat panas atau susu rendah lemak adalah pilihan yg baik.

KOPI
1) Wanita seringkali mengelak daripada meminum kopi kerana kepercayaan tentang kandungan kafein dan gula atau susunya yg tinggi.

2) Menurut pakar,penyakit berbahaya seperti jantung dan darah tinggi tiada kaitan dgn kehadiran kafein blm badan.

3) Kafein membantu seseorang utk mencegah alahan dan meningkatkan daya konsentrasi.

4) Hadkan pengambilan kopi pada dua atau tiga cawan setiap hari dgn sesudu gila sahaja.

KEKACANG
1) YA!! Kacang memang mengandungi lemak.Lemak dlm kekacang bersifat tidak tepu dan membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung.

2) Kacang juga dapat menurunkan berat badan kerana kandungan lemaknya akan membuatkan anda lebih mudah kenyang.

3) Kacang mengandungi magnesium yg bertindak mengurangkan rasa sakit ketika senggugut.

4) Anda boleh makan apa saja jenis kacang.Kacang yg telah diproses menjadi makanan lain seperti ‘brownies‘ atau biskut juga tidak salah dimakan selagi anda mengawal kuantitinya.

TELUR
1) Kandungan kolesterol dlm telur diperlukan utk perkembangan jantung.

2) Sebiji telur mengandungi 5 gram lemak yg mempunyai kandungan lutein utk kesihatan mata.

3) Makan telur rebus adalah lebih baik berbanding telur goreng.

0 comments: