BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 19 June 2009

Amalan Menjaga Kesihatan Dan Kecergasan Bagi Wanita

AMALAN MENJAGA KESIHATAN DAN KECERGASAN BAGI WANITA.

1. Amalkan memakan pucuk inai,pegaga, sebagai ulam.Pucuk inai dipercayai boleh mengelakkan wajah pucat.Selain dari itu amalkan juga memakan ulam-ulaman seperti pucuk gajus dan daun selom.

2. Banyakkan memakan ikan untuk mendapatkan kulit dan rambut yang cantik.Kurangkan memakan ayam dan daging.

3. Elakkan terlalu asyik memakan burger, keju,telur,stik,ayam panggang,makanan berkanji dan makanan segera.

4. Amalkan tabiat memasak di rumah kerana lebih terjamin kebersihannya.

5. Kurangkan memakan nasi berminyak, seperti nasi minyak, nasi beriani,nasi lemak,nasi ayam dan nasi berlemak yang lain.Selain dari itu jangan kerap memakan nasi sejuk atau kerap memakan nasi goreng kerana akan menyimpan angin dalam badan.

6. Kurangkan memakan makanan yang pedas-pedas.Makanan pedas tidak elok untuk kulit kerana dipercayai boleh menyebabkan kulit kekeringan dan kusam ,tidak berseri.

7. Elakkan terlalu kerap meminum ais kerana ia boleh menyebabkan perut buncit dan mengembangkan urat.

8. Amalkan meminum air suam sebelum tidur dengan diiringi selawat 3 kali.Begitu juga selepas bangun tidur minum secawan air masak diiringi selawat 3 kali.

9. Amalkan meminum segelas air dicampur sesudu besar madu lebah selepas pukul 10 pagi.

10. Amalkan meminum segelas air kosong selepas meminum teh, kopi atau minuman lain.

11. Mengamalkan makan atau minum madu setiap hari dapat menyembuhkan

i. penyakit gastrik.

ii. luka2 dalam perut.

iii. membantu sistem penghadaman.

iv. melancarkan fungsi hati dan paru2.

v. memulihkan serta menguatkan sistem badan.

12. Amalkan meminum air rebusan halia tua bersama gula merah sebagai minuman air minuman ini berkhasiat mengelakkan mudah terkena selsema….anak2 pun boleh minum….

13. Untuk mendapatkan tubuh badan yang kuati. seringlah mandi…

ii. menghidu haruman, elak menghidu bau busuk

iii. makan daging sebulan sekali

iv. memakai pakaian dari benang kapas

v. jangan makan ubat kecuali sakit

vi. kunyah makanan hingga lumat

vii. jauhi makanan yang sukar dikunyah

viii. elakkan makan ketika kenyang

ix. tidur secukupnya

14. Elakkan tidur terlalu lama di waktu siang,ia akan menyebabkan muka menjadi pucat sebab darah putih naik ke mata.

15. Elakkan mengamalkan mandi pada waktu malam.

16. Gemarkan diri dengan beriadah.jangan gemar duduk diam tanpa sebarang kerja..

0 comments: