BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 10 August 2009

Padanan Pelbagai Rona Pembayang Mata Utk 4 Warna Kanta Lekap

Kuasa mata, siapa yg mampu menyangkalnya! Pada sepasang mata, tersirat seribu rahsia malah mata jua lah yg sering menyatu dua jiwa. Kuasa itulah yg membuatkan ramai ingin tampil dgn sepasang mata yg mempersona. Tidak hairanlah jika kanta lekap turut jadi pilihan. Kanta lekap biru, hijau, kelabu dan coklat menyerikan anak mata dan lantas apa pula warna pembayang mata yg sesuai?

Mencari warna pembayang mata yg sempadan bukanlah satu tugas yg mudah. Memang benar, warna pembayang mata juga berubah mengikut musim dan trend. Persoalannya, padankah treand warna itu dgn anda?
Jadi, anda harus mangambil kira beberapa faktor sebelum memadankan solekan mata. Selain karna kulit dan warna rambut, warna anak mata juga adalah elemen terpenting utk anda pertimbangkan.

BIRU MATA HITAMKU!

Sesekali menukar warna mata pada biru tentu saja menggamit pelbagai persepsi. Apa salahnya jika anda bijak merias mata dan warna biru paling sesuai utk gadis berkulit cerah. Rona pembayang mata paling sesuai utk digayakan terdiri dari rona jingga, merah jambu, biru, coklat, ungu, putih, karamel, keemasan, perak dan toffee.Kemudian, mantapkan lagi solekan anda dgn sapuan pembayang pipi rona pic dan oleskan gincu rona lembut yg disudahi dgn gloss bibir warna putih kristal. Hindari penggunaan warna pembayang mata dari rona hijau dan merah.


HIJAU PILIHAN HATI....

Bagi anda yg gemar tampil unik dan pelik, bermata hijau pasti memberikan kelainan yg dicari. Pilihan pembayang mata paling sesuai adalah dari rona pic dan merah jambu. Selain itu, rona copper, burgundy, fuchsia, kuning cair, kombinasi hijau dan kuning , ungu, plum, dan jingga aprikot juga sesuai utk anda. Warna biru adalah kombinasi pembayang mata terburuk utk anda yg bermata hijau. Selain itu, jng lupa memberikan fokus pada mata anda dgn penggaris mata rona coklat dan maskara hitam. Bagi mencapai dimensi gaya yg dicari, lengkapkan gaya anda dgn gincu rona lebih gelap atau merah.


MATA COKLAT YG MEMPERSONA

Anak mata rona coklat merupakan di antara rona semulajadi bagi mata selain warna hitam. Anda yg bermata coklat ini ternyata sangat brtuah kerana anda sesuai mengenakan pelbagai jenis warna pembayang mata. Namun pilihan terbaik adalah dari rona beige, toffee, coklat, putih dan coklat gelap. Serlahkan lagi bentuk mata anda dgn melukis garisan mata menggunakan penggaris mata dari rona hitam atau coklat.
Disudahi dgn warna jingga keemasan sangat sesuai utk pembayang pipi.


MATA KELABU JADI DAMBAAN

Kanta lekap rona kelabu juga menjadi pilihan bagi individu yg ingin tampil dgn mata lebih galak semulajadi. Kebiasaannya komponen warna 'sejuk' paling baik utk jadi padanan mata kelabu ini. Warna yg boleh jadi pilihan anda adalah seperti merah jambu, turquoise, biru, plum dan ungu. Jika anda berkulit cerah, rona sheer green juga boleh digayakan tetapi jauhi warna ini jika anda berkulit gelap kerana ia tidak akan menonjol. Warna coklat juga adalah warna yg patut anda jauhi jika anda memilih warna kelabu utk kanta lekap anda.


TIPS

* Jgn takut utk menyuaipadankan warna pembayang mata anda tetapi hadkan maksimum kepada tiga warna sahaja jika baru mencuba.

* Bagi memastikan warna pembayang mata anda bertahan lama, jgn lupa meratakan asas bagi solekan mata atau highlight. Sapukan rona asas pada mata akan membantu menjadi pemangkin pada debu pembayang mata anda.

* Ingat, jika tumpuan solekan anda adalah pada mata maka minimumkan sapuan warna gincu dan begitulah sebaliknya.

Mandian Air Panas Di Kaki

Tahukah anda, mandian air panas di kaki boleh menyembuhkan penyakit dalam badan. Bukan mandian air panas utk seluruh badan tetapi tumpuan mandian air panas hanya meliputi bahagian tapak kaki dan bahagian kaki. Kesannya, ia dapat membantu melegekan sakit kepala, menghentikan pendaraan di hidung, melegakan sakit di bahagian kaki dan tapak kaki, merendahkan suhu badan(demam) dan paling penting dapat merehatkan badan anda sepanjang hari.

Tips Kaki Tetap sihat

Setiap hari, kaki menampung seluruh badan utk kita bergerak. Lenguh dan kebas pasti akan berlaku apabila anda terlalu kerap bergerak. Ada beberapa tips utk memastikan kaki anda tetap sihat.

* Luangkan masa utk berjalan kaki setiap saat, walaupun hanya beberapa minit. Jalan kaki adalah latihan terbaik utk kaki anda.

* Gunakan alas kaki yg bersesuaian dgn kaki anda. Elakkan mamakai kasut bertumit tinggi utk akyiviti lasak. Pilih alas kaki yg sesuai dgn ukuran kaki anda.

* Ketika berehat atau tidur, letakkan kaki di dalam posisi yg lurus utk pengaliran darah. Buat urutan ringan pada kaki selama beberapa minit utk melonggarkan otot-otot kaki.

Tidur lebih Baik Peluk Bantal


Tahukah anda, posisi tidur yg paling elok adalah dgn mengamalkan memeluk bantal. Amakan cara tidur dgn kepala dan badan mengiring, posisi ini akan memudahkan anda bernafas dan memastikan jumlah oksigen yg disedut memenuhi keperluan dlm tubuh. Selain itu, pastikan anda menggunakan bantal yg empuk di kepala agar ia tidak kelihatan menahan beban ketika anda tidur,. Walau bagaimanapun, posisi tidur yg tidak disarankan adalah menelingkup atau menyembamkan muka ke tilam. Ini akan membuatkan anda sukar bernafas. Jadi, jika setiap kali anda bangun dari tidur dgn keadaan badan sakit atau sengal, mungkin posisi tidur anda salah. Berjumpalah dgn doktor utk tindakan susulan bagi mencari sebab tidur anda tidak selesa.

6 Tips Maniskan Bau Mulut

Dianggarkan lebih 90 juta individu di seluruh dunia berdepan masalah mulut berbau atau halitosis. Ia memang memalukan, tidak menyenangkan dan lazimnya dialami terutama pada lelaki atau wanita yg kuat merokok dan tidak menjaga kebersihan mulut.
6 tips mudah utk memaniskan nafas demi kebaikan keluarga dan teman2 di sekeliling anda.

Gunakan Water Pick

Anda tidak boleh membersihkan seluruh mulut dgn berus gigi sahaja, gunakan water pick atau oral irrigator utk membersihkan seluruh termasuklah bawah gusi dan antara gigi. Makanan yg melekat pada celah gigi akan mereput jika dibiarkan.
(Oral Irrigator adalah alat yg digunakan utk mengeluarkan sisa makanan daripada gigi menggunakan pancutan air. Ia lazimnya digunakan oleh individu yg memakai pendakap gigi atau derdepan masalah periodontal).



Makanlah Sekeping Roti

Jika anda mengamalkan diet rendah karbohidrat, masalah bau mulut atau nafas ketone boleh menjadi kesan sampingannya. Ada banyak cara yg boleh dicuba utk menutupnya seperti mengunyah chewing gum. Tetapi menambah jumlah pengambilan karbohidrat dalam diet seharian seperti mengambil sekeping roti boleh membantu.


Jgn Biarkan Lidah Jadi Karpet Kotor

Masalah mulut berbau sering terjadi apabila anda tidak menjaga kesihatan mulut. Bau mulut disebabkan oleh partikel makanan dan bakteria mereput dlm mulut. Itu sebabnya memberus dan floss gigi sangat penting. Tapi jgn lupa memberus lidah dgn lembut utk menyingkirkan lebih banyak bakteria. Ini kerana terdapat jutaan bakteria dan partikel makanan yg melekat pada filamen lidah anda.


Minum Banyak Air

Semakin tua, tubuh anda akan menjadi lebih terhidrat. Anda mungkin tidak merasa dahaga tetapi perlu menjadikan minum sebagai amalan sebab air membantu meminimumkan jumlah bakteria dalam mulut. Minum air mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan dan menghalang bau mulut adalah salah satu daripadanya.


Mengunyah Chewing Gum

Percaya atau tidak, air liur adalah senjata terbaik utk menentang masalah bau mulut. Itu sebabanya mulut yg kering kerap kali berpunca daripada ubat-ubatan atau masalah kesihatan boleh mengakibatkan bau mulut. Di sini pentingnya chewing gum. Mengunyah chewing gum menyebabkan anda mengeluarkan air liur. Lebih banyak air liur dalam mulut, makin kurang jumlah bakteria. Secara mekanikal, air liur bukan saja menyingkirkan bakteria tetapi mengandungi bahan antiseptik yg boleh membunuh bakteria. Namun anda dinasihatkan memilih chewing gum yg dimaniskan dgn xylitol berbanding pudina kerana bukan saja meningkatkan pengeluaran air liur tetapi juga berupaya menghalang bakteria membiak di dalam mulut.

Pergi Jumpa Doktor Gigi

jika anda berdepan masalah bau mulut yg tidak diketahui puncanya, pergilah berjumpa doktor. Mereka akan membantu utk mengenal pasti apakah bau mulut berpunca daripada masalah gigi rosak atau penyakit gusi. Kadangkala bau mulut boleh menjadi pentanda kepada masalah yg lebih besar seperti jangkitan buah pinggang atau kegagalan hati. Jadi pergilah berjumpa doktor perubatan jika doktor gigi masih tidak dapat mengatasi masalah bau mulut yg anda alami.