BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 31 August 2009

Elak Terkencing Semasa Batuk

Ramai wanita mengakui mereka sering mengalami masalah terkencing semasa sedang batuk. Keadaan ini semakin serius jika wanita itu sudah melahirkan anak, sedang hamil atau sudah menopaus.Melahirkan anak yg besar melebihi 3.5 kg dan melahirkan anak yg ramai meninggikan lagi risiko kecederaan ini. Keadaan ini sebenarnya berpunca daripada tekanan abdomen yg tinggi dan ia dipanggil 'tekanan inkontines' (stress incontinence). Otot-otot di bahagian lantai pelvis wanita itu mengalami kecederaan. Setiap wanita yg sudah melahirkan anak dinasihatkan utk membuat senaman utk menguatkan otot di dinding pelvis. Senaman seperti mengecutkan otot di sekeliling farag dan dubur boleh dilakukan seperti menahan daripada membuang air kencing. Begitu juga ketika membuang air kecil, tahan pengalirannya utk beberapa saat kerana ia adalah antara senaman yg bagus utk wanita.

AIS Jejaskan Kesihatan


Ramai yg suka minum ais terutamanya dalam cuaca panas. Namun begitu, menurut perubatan Cina,ais menjejaskan kesihatan terutamanya kepada golongan lelaki. Mereka akan terdedah kepada risiko penyakit seperti ketidaksuburan, tekanan darah tinggi, pengecutan saluran darah dan penambahan beban jantung yg lama-kelaman akan menyebabkan terjadinya masalah jantung, kesakitan anggota badan dan menurunkan daya ketahanan semasa bersenam. Selain itu, pakar juga menyarankan supaya tidak mengambil susu, jus atau kopi yg sejuk pada awal pagi kerana ia akan melemahkan sistem kekebalan, fungsi otot dan fungsi perut dlm proses penghadaman.

SUSHI-Makanan Terbaik Masyarat Jepun


Penduduk Jepun adalah antara rakyat yg paling panjang umur dan sihat. Kajian pakar menunjukkan bahawa faktor kesihatan org-org Jepun berkait rapat dgn tabiat pemakan mereka. Pakar juga percaya bahawa makanan utama org-org Jepun iaitu sushi adalah faktor utamanya.

Sushi yg diperbuat daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (Salmon), sayuran dan nasi bukan hanya mengandungi lemak rendah, iaitu hanya kira-kira 30%, malahan ia dipenuhi dgn kandungan asid lemak Omega-3 yg merupakan sumber utama yg boleh diperolehi dgn senang melalui pemakanan sushi.

9 Herba Hebat Untuk Pengubatan

'Spicy Mustard Seed' - Sering kali digunakan utk membantu masalah pencernaan. Dalam pengubatan Cina, ia dikenali sebagai tonik 'Yang', yg bermaksud merangsang dan menyegarkan badan.

'Feverfew' - Herba yg namanya membawa maksud mengurangkan demam. Ia telah digunakan sejak zaman dahulu lagi utk merawat migrain dan loya.

'Lemon Balm' - Kaya antioksida. Kajian menunjukkan bahawa ia mengandungi 10 kali ganda aktiviti antioksida berbanding vitamin C atau E.

'Sage' - Selain digunakan sebagai bahan perasa, ia digunakan utk membantu penghadaman terutamanya setelah mengambil makanan berlemak.

'Lavender' - Ia mengandungi agen penenang utk membantu memberikan ketenangan dan merehatkan minda.

'Peppermint' - Ia membantu utk memberikan ketenangan dan menyejukkan badan.

'Oregano' - Berpotensi sebagai antioksida utk membantu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas.

'Rosemary' - Ia mengandungi antioksida utk mencegah katarak.

'Chamomile' - Digunakan di Jerman sebagai bahan berkumur mulut (gargle) utk membantu mencegah jangkitan gusi.

Ambil Berat Tentang Kesihatan RAMBUT

Rambut yg sihat, hitam dan berseri tidak bergantung kepada jenama syampu yg digunakan sahaja. Hakikatnya ia berkait rapat dgn pemakanan harian yg diambil. Jika anda menghadapi masalah-masalah rambut seperti berminyak, kering bercabang dan kelemumur, cubalah senarai makanan dibawah ini sebagai rujukan.

Rambut Berminyak
Makanan yg perlu banyak diambil: Buah-buahan segar, makanan yg mengandungi vitamin B2 seperti dadih, telur, hati, sayur bayam dan sayuran berdaun hijau.

Rambut Kering Bercabang
Makanan yg perlu banyak diambil: Makanan yg mempunyai lemak seperti buah avokado, kekacang, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, tomato, kuning telur, keju dan susu.

Rambut Berkelemumur
Makanan yg perlu banyak diambil: Beras perang, pasta, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, makanan yg mengandungi protein yg tinggi seperti daging, telur dan susu.

Merawat Rambut Kering

Rambut kering dan kusam paling bermasalah kepada kaun wanita. Selain sukar diurus, ia juga memcacatkan pemanpilan apatahlagi jika ia selalu terdedah kepada sinaran matahari. Selain itu, rambut yg kering juga mampu mengakibatkan rambut bercabang dan berpecah-pecah pada hujungnya (spilt ends). Cubalah tips di bawah ini bagi merawat rambut anda yg kekeringan.

* Walaupun sukar terutamanya bagi anda yg berkerja, tetapi cubalah jauhi sinaran matahari secara langsung dan juga air laut.

* Guna syampu yg bersesuaian dgn rambut. Pilih yg mengandungi pelembab dan ceramide (vitamin rambut) yg berfungsi membersihkan kotoran rambut sekaligus melindungi warna rambut agar tidak kelihatan kusam.

* Jgn terlalu kerap menukar syampu. Sebaiknya jika cuaca terlalu panas dan rambut terdedah kepada persekitaran luar, syampu rambut anda setiap hari.

* Selain itu, pastikan anda memakai perapi rambut (conditioner). Walaupun ada syampu yg mengandungi perapi sekaligus di dlmnya (2 in 1) tetapi bagi yg mengalami masalah rambut kering, cubalah pilih perapi dan syampu secara berasingan. Pilihlah perapi yg diperkaya dgn vitamin A atau B. Urut kulit kepala anda menggunakan hujung jari agar kandungan perapi tersebut lebih mudah menyerap ke dlm pori-pori rambut. Biarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum dibilas.

* Pelembab rambut juga diperlukan dan seeloknya pilihlah yg berasaskan air (H20). Hanya tuangkan sedikit ke telapak tangan anda dan urutlah ke setiap helaian rambut anda dari akar hingga ke hujung rambut anda.

* Sekiranya hujung rambut anda mula bercabang, cuba gunting hujung rambut anda setiap enam minggu sekali secara rutin bagi mengembalikan rambut yg asal.

* Bagi mereka yg gemar menggunakan hair dryer, apa kata simpan dulu di dlm almari. Ini kerana rambut yg sedia kering akan bertambah kering dan rosak jika kerap terdedah kepada wap panas yg berlebihan.

* Makanan juga penting kepada kesihatan rambut. Makanlah makanan yg mengandungi kandungan protein yg tinggi seperti ikan sebagai bekalan mineral semulajadi bagi merawat rambut yg kering.