BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 4 July 2009

KHASIAT MANGGIS: RATU SEGALA BUAH


Jika durian adalah raja segala buah, manggis pula diangkat sebagai ratu segala buah. Buah berkulit tebal dan berwarna ungu,hitam kebiruan dan merah ini sememangnya layak diangkat sebagai ratu lantaran khasiat yg dibekalkannya kepada org ramai.

Sejak tahun 1970an lagi, sudah ada ramai pakar dan saintis yg mengkaji khasiat buah manggis. isi manggis yg mengandungi xanthones iaitu bahan aktif, kini sudah boleh dinikmati dlm bentuk jus. Jus buah manggis yg asli (tanpa pengawet dan tambahan gula) dikatakan dapat merawat banyak penyakit seperti alahan, resdung, lelah, penyakit kulit (ekzema, gatal-gatal, jangkitan kulat), melecur, luka selepas pembedahan, darah tinggi, kencing manis, kekurangan darah, ulser dan gastrik.

Mungkin ramai yg tidak tahu, bukan sekadar isinya yg sedap dimakan, kulit dan biji manggis juga ada khasiatnya tersendiri. Secara tradisionalnya, kulit manggis digunakan utk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan disenteri.

Selain itu, di Thailand, pengguna buah manggis telah diperluaskan lagi dgn penghasilan bahan kosmetik, syampu dan sabun utk menghaluskan serta mencegah penyakit kulit.

MANDI REMPAH

Mandi rempah amat penting utk perawatan wanita. Iaberbeza dari mandi bunga. Kebanyakkan bahan yg digunakan utk air siraman mandi rempah adalah daun pandan, daun serai wangi, bonglai, mengkudu serta daun jerangau. Adakalanya, rempah2 ini akan dicampurkan dgn kunyit, temu lawak mahupun halia utk kesan lebih efektif.

Memang benar, air rendaman sememangnya berbau. Jika tidak berbau, bukanlah rempah namanya. Tiada apa yg perlu dirisaukan, baunya tidak melekat pada tubuh dlm tempoh yg lama. Jika anda tahu kebaikannya, anda tentu tidak kisah berendam dlm air berempah utk beberapa ketika.

Mengapa perlu?

Bukan mudah utk membuatkan seseorang wanita itu mandi rempah. Selain baunya, badan juga akan panas. Tidak ramai yg sedar, itulah kebaikannya. Rasa panas dlm badan serta alat sulit akan membuatkan mlm anda bersama suami lebih menyeronokkan! Eemmm.......
Selain kebaikan yg satu itu, banyak lagi kebaikan mandi rempah. Bukan sahaja utk wanita yg sudah berkahwin, anak dara juga perlu mengamalkannya kerana:

1 Amalan ini dpt membuang angin berlebihan dalam badan.
2 Membersihkan 'vagina'.
3 Menghangatkan tubuh.
4 Melancarkan aliran darah dlm tubuh.
5 Memilihkan 'vagina' yg terkoyak ketika bersalin.
6 Mengekalkan 'rapat' pada 'vagina' seperti anak dara.
7 Menyegarkan badan serta baik utk kesihatan.
8 Memberi tenaga pada tubuh serta memperbaiki otot yg telah kendur.
9 Mengatasi insomnia.

Jom Mandi...

Jika anda berendam di dlm air rempah, anda perlu memasukkan kaki terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan urat terkejut kerana struktur rempah yg lebih keras berbanding bunga. Kekerapan utk mengamalkan mandi rempah utk wanita selepas bersalin adalah setiap hari dlm tempoh 44 hari mereka berpantang. Ia bertujuan bagi memulihkan sistem dalaman mereka jika mandi setiap hari. Bagi wanita normal, mandi rempah sebulan sekali pun sudah memadai. Namun bagi yg bermasalah, anda dicadangkan utk mengamalkannya sebanyak dua atau tiga kali sebulan.
Mandi rempah tidak memerlukan anda menyiramkannya pada tubuh, cukup sekadar berendam sehingga 20 min di dlm air rendaman rempah sahaja. Waktu terbaik utk mandi rempah adalah pada waktu pagi atau petang sebelum senja.

Saya Senggugut.....

Maka anda perlu mandi rempah! Kebanyakan wanita akan mengalami masalah senggugut ketika datang haid. Percaya atau tidak, mandi rempah dapat mengurangkan kesakitan ketika anda sedang mengibarkan 'bendera Jepun'.
Jika anda mempunyai masalah keputihan mahupun kemaluan berair, mandi rempahlah penawarnya. Alahan pada tuala wanita mahupun jangkitan kuman juga boleh dikurangkan sekiranya anda mengamalkan mandi rempah.

Penting....

Mandi rempah secara tidak langsung akan membuatkan kalori dlm tubuh terbakar. Namun jgn salah angap, mandi rempah bukanlah utk KURUS!!!

MANDI BUNGA

Mandi Bunga Dpt Jodoh...

Kata org lama, mandi bunga akan memudahkan seseorang wanita itu bertemu dgn jodoh. Mandi dgn air rendaman tujuh jenis bunga akan menaikkan seri seseorang wanita dan pasti sahaja akan membuat pemuda seluruh kampung berebut2 menghantar pinangan ke rumah. Sebenarnya, mandi bunga berkait rapat dgn kecantikan wanita,. Lihat sahaja sifat bunga-bungaan, antik serta mekar mewangi. Begitu juga dgn wanita yg mengamalkan mandi bunga.

Bunga Apa Ya...?

Terdapat pelbagai jenis mandi bunga. Tidak semua mandi bunga menggunakan bunga yg sama. Namun, bunga yg menjadi kemestian ketika 'ritual' ini adalah bunga mawar, melur, kenanga, kemboja, jejarum, dan kesidang. Bunga2 ini dipercayai kaya dgn tenaga positif.

Sebelum Merendamkan bunga2 ini, adalah lebih baik jika anda menjemer bunga2 ini di bawah cahaya matahari yg tidak terlalu terik sehingga ia layu utk memastikan segala tenaga positif di dlmnya keluar apabila direndam.

Kelopak bunga2 ini kemudiannya akan dicampurkan bersama hirisan daun pandan, daun limau, hirisan limau nipis, limau purut serta limau kasturi. Bahan2 ini kemudiannya akan diembunkan semalaman sebelum airnya digunakan.Begitulah caranya yg sebenar.

Siraman harus dimulakan dari kepala danmenurun ke kaki. Barulah menjadi. Siraman dari kepala mempunyai sebab tersendiri. Apabila anda menyiram air bermula dari kepala, ia sebenarnya membuang segala tekanan yg anda pikul setelah sekian lama. Tahukah anda, bunga sebenarnya menyerap cahaya. Oleh kerana itulah, mandi bunga dikatakan dpt memancarkan aura seseorang wanita.

Namun, sesetengah pusat kecantikan yg menyediakan perkhidmatan mandi bunga hanya akan membeli bunga dan menabur kelopaknya di dlm tab mandi. Inilah yg menjadi punca mengapa seri bunga tidak 'naik' kepada wajah wanita yg berendam di dlmnya.

Jom Mandi!

Siapa kata mandi bunga utk anak dara saja? Tidak, mandi bunga diharuskan kepada wanita yg sudah berkahwin juga. Mandi bunga digalakkan utk wanita kerana ia boleh menaikkan seri serta menyegarkan tubuh. Mandi bunga perlu buat anda kerana ia akan mengekalkan keceriaan serta kejernihan wajah anda. Maklum sajalah, penat bekerja dan menguruskan hal rumahtangga, sudah tentu wajah anda akan berkedut sebelum waktunya.

Anda tidak perlu mandi bunga setiap mlm disertai dgn bacaan mentera yg bukan2. Cukup mengamalkan dua kali sebulan dan disertai Selawat Nabi. Kalau anda tidak punya masa ke spa, cukup sekadar menyediakan air rendaman bunga anda sendiri. Dapatkan beberapa jenis bunga wajib utk mandi bunga, campurkan hirisan daun pandan, daun limau serta 3 jenis limau, anda sudah sedia utk mandi bunga!

Mandi bunga paling sesuai diamalkan pada waktu pagi kerana ia akan mengembalikan kesegaran dan membuang segala keletihan agar anda mampu memulakan hari baru dengan lebih semangat. Tambahan pula pada waktu ini, urat2 pada tubuh anda masih lembut. Namun begitu, anda juga boleh mandi bunga pada waktu mlm kerana tubuh akan lebih relaks pada waktu anda tidur. Mandi bunga pada waktu mlm pula akan memberi lebih penekanan pada seri kulit wajah anda. Percayalah, anda akan lebih segar keesokkan harinya!

Bagaimana?

* Selepas anda menyediakan air rendaman, mandilah seperti biasa. Ingin diigatkan, siraman dgn air rendaman bunga jgn dibilas.Biarkan air bunga yg disiram pada tubuh kering sendiri tanpa dilap. Dgn cara ini, barulah air bunga dpt meresap ke dlm kulit anda.

* Jika anda mahu meyabun badan atau membasuh rambut, lakukannya terlebih dahulu sebelum mandi bunga.

* Gosok kelopak bunga pada tubuh perlahan-lahan. Kelopak bunga yg digosokkan pada badan bukan sahaja akan menanggal kekotoran, malah baumya akan lebih kekal lama.

* Selain mengatasi masalah kulit bersisik, mandi bunga juga dapat mencerahkan kulit kerana kandungan asid sitrik dalam limau.

TIPS MENGATASI INSOMNIA

USAH perkecil soal tidur kerana kepentingannya pada kesihatan seseorang. Malah tidur penting untuk mendapatkan tenaga dan keupayaan seseorang melakukan kerja.


Ada hubungan yang kuat antara kualiti tidur serta kesihatan fizikal dan mental.Tahap kesihatan yang menurun banyak dikaitkan dengan masalah tidur, begitu juga sebaliknya apabila seseorang itu sukar tidur, ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan.

Bagi mereka yang bermasalah untuk mendapatkan tidur yang lena, pakar insomnia yang juga ketua perubatan tingkah laku tidur di Universiti Rochester, Dr Michael Perlis memberi petua untuk mendapatkan rehat secukupnya sekali gus menjauhkan masalah tidur termasuk:

- Lebihkan senaman sama ada senaman fizikal atau mental.

- Tentukan waktu tidur yang tetap.

-Tingkatkan suhu tubuh sebelum tidur misalnya dengan mandian air suam.

- Biarkan bilik tidur dalam keadaan gelap terutama apabila usia meningkat. Ini kerana, sedikit cahaya dan bunyi saja boleh mengganggu tidur terutama di kalangan mereka yang lebih tua.

- Persekitaran yang hangat memang menyukarkan tidur sebaliknya suasana tidur lebih sesuai dalam cuaca yang sejuk sambil berselimut.

- Bagi mereka yang gemar memelihara binatang, usah tidur dengan haiwan berkenaan. Selain menyebabkan alahan, haiwan peliharaan mungkin bergerak di katil hingga menyebabkan anda terjaga.

- Apabila kurang tidur pada waktu malam, tidur sekejap pada waktu siang keesokan hari tidak banyak membantu corak tidur pada waktu malam. Malah anda mungkin masih tidak dapat tidur nyenyak pada malam berikutnya.

- Hadkan pengambilan kafein iaitu hanya satu cawan kopi pada waktu pagi. Secara perlahan-lahan kurangkan kafein jika anda memang mempunyai masalah tidur.

- Jika ingin mencuba cara tradisional, air rendaman ketumbar yang dicampur susu lembu asli boleh diminum untuk memudahkan anda lena di samping makan bawang besar bersama dadih putih.

TIPS MENGHADAPI MENOPAUS

Anda mungkin tidak tahu bila menopaus akan tiba. Anda juga tidak mahu ia memberi kejutan kepada anda. Oleh itu, bacalah artikel berkaitan kesihatan. Buat penyelidikan.

Rajin bertanya dengan ibu dan rakan-rakan yang mengalami menopause. Suruh mereka ceritakan apa yang mereka alami. Di bawah ini dicatatan tip agar anda boleh melalui perubahan hidup dengan lebih yakin jika anda bersedia dengan pengetahuan yang mendalam.

Selamat tinggal haid

Apabila haid anda mengalami perubahan yang tidak menentu pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an, anda sedang menghampiri menopaus – atau pra menopaus.

Anda akan menyedari beberapa siri perubahan seperti kitaran haid lebih pendek, haid tidak banyak, haid yang terlalu banyak, kitaran haid yang tidak menentu dan diakhiri dengan ‘putus haid’.

Cimicifuga Racemosa

Pernah dengar nama herba ini? Ia lebih dikenali sebagai Black Cohosh. Keupayaannya telah diperakui untuk merawat gejala-gejala biasa yang dikaitkan dengan menopaus seperti kenaikan suhu badan yang mendadak dan berpeluh di waktu malam. Black Cohosh telah digunakan oleh masyarakat asli Indian Amerika Utara untuk melegakan gejala-gejala menopaus.

Relaks

Kemungkinan besar ia adalah hot flash, satu gejala biasa menopaus. Hampir dua pertiga daripada wanita yang menopaus mengalami hot flash dan dalam kebanyakan kes, setiap kejadian berlaku paling singkat beberapa saat, paling lama 5 minit.

Rasa Pening. Sebahagian wanita menopaus dilaporkan mengalami vertigo, pusing kepala dan kerap kali hilang keseimbangan.

‘Insomnia’

Tidak boleh tidur (dengan atau tanpa berpeluh di waktu malam) adalah satu lagi gejala menopaus.

Osteoporosis

Estrogen boleh membantu mencegah kereputan dan kerapuhan tulang (osteoporosis). Selepas menopause, tisu tulang boleh mengalami ‘kerosakan’ dan mengakibatkan risiko yang lebih besar dari segi patah tulang dan osteoporosis.

Berfikiran Positif

Seperti semua perubahan dalam kehidupan, anda juga kena membiasakan diri dengan menopause. Anak-anak mula meninggalkan kediaman. Persaraan menjelang tiba. Pertambahan berat badan.

Berhenti merokok.

Perokok mengalami menopaus lebih cepat berbanding bukan perokok. Merokok membawa keburukan kerana ia meningkatkan risiko wanita terhadap masalah kesihatan seperti osteoporosis dan sakit jantung.

Libido seksual.

Kebanyakan wanita mendakwa keinginan seks mereka menurun semasa tempoh menopaus. Puncanya ialah keadaan fizikal (kerengsaan dan kekeringan faraj, jangkitan pundi kencing dan sebagainya) atau emosi (hilang harga diri disebabkan oleh peningkatan berat badan, stres dan sebagainya.)

Jagalah kesihatan dan kecergasan.

Tahap serius gejala-gejala menopaus dikaitkan dengan faktor penyumbang lain seperti diet, kecergasan fizikal, tahap stres dan sebagainya. Pada peringkat ini, anda harus mengambil langkah untuk memastikan peralihan menopaus lebih selesa untuk diri anda. Lakukan senaman, diet yang baik dan sentiasa kekal sihat. Ini adalah penting. Anda juga boleh mengambil herba asli seperti Black Cohosh untuk merawat menopause.

Selepas menopaus, setiap wanita dinasihatkan supaya menjalani ujian / pemeriksaan tulang yang kerap (imbasan DEXA atau ujian ketumpatan tulang). Ini adalah kerana wanita yang mengalami menopaus lebih terdedah kepada osteoporosis.

Emosi turun naik.

Menopause ibarat ‘roller coaster’ bagi anda. Ada kalanya turun, adakalanya naik. Setiap bulan anda adalah bebas dari haid. Anda ada lebih masa terluang untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dalam hidup.

KHASIAT PEGAGA

Nama Tempatan : Pegaga

Nama Saintifik : Centella Asiatica/Hydrocotyle Asiatica
Nama Lain : Tapak Kuda(Indonesia),Indian Pennywort, Gotu Kola
Famili : Apiaceae/Umbelliferae

Pengelasan saintifik

Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Order : Apiales
Famili : Apiaceae
Genus : Centella
Spesies : C. asiatica

Keterangan:

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab seperti kebun, ladang, tepi jalan dan batas sawah. Ia pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Fakta sejarah

Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. Selain dimakan mentah sebagai ulam, pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kajian yang dilakukan pada 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1950-an pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak', herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran.

Herba ini mula digunakan dalam perubatan Ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba Shennong di China lebih kurang 2000 tahun yang lalu.

Kandungan

Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.

Kegunaan:

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :

Pembengkakan Hati
Demam, Campak
Sakit Tekak, Batuk Kering,
Asma, Brokitis, Pleuritis
Radang Mata Merah
Keputihan
Tekanan Darah Tinggi
Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
Keracunan Makanan
Batuk Darah, Muntah Darah
Busung, bisul
Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)

Sifat dan Manfaat

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan

Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

KHASIAT HALIA

Dari India kuno dan Cina kuno membawa kepada Yunani dan Rom, halia (zingiber officinale) disanjung sekaligus sebagai bahan perubatan dan perasa dalam masakan.

Orang Yunani kuno mendapati halia amat berkesan untuk penghadaman, lantas mereka mengadunkan halia ke dalam pembuatan roti mereka. Demikianlah lahirnya roti halia (gingerbread).Herba ini didapati tumbuh di beberapa daerah India dan Cina, Jamaica dan kawasan-kawasan tropika yang lain. Sebagai rempah ratus, halia menambahkan rasa pedas dan masam kepada masakan.

Sejak zaman medieval Eropah, herba ini sering dikaitkan sebagai tumbuh-tumbuhan utama di taman herba dan amat dihargai oleh ahli-ahli perubatan tradisional. Pada hari ini halia digunakan, antara lain adalah untuk meredakan loya.

Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selsema mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun minum perahan jus akar halia dan diambil bersama satu camca madu.
Ternyata cadangan ini boleh meredakan kesakitan dalam dada yang bersabit dengan selesema. Halia dikenali kerana sifatnya yang boleh menghilangkan rasa ketidakselesaan perut. Sejak beribu-ribu tahun, halia termasyhur sebagai herba untuk menghilangkan masalah penghadaman. Kajian moden ke atas bahan aktif halia membuktikan keberkesanan halia dalam perubatan tradisional ini.

Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas 40 orang kadet perkapalan yang mengambil satu gram serbuk halia setiap hari dan hasilnya membuktikan kadet-kadet ini kurang risiko terhadap mabuk laut, muntah-muntah dan berpeluh dalam cuaca sejuk.

Oleh kerana halia bertindak terutamanya pada sistem penghadaman, menambahkan cecair penghadaman dan meneutralkan asid, ia menjadi alternatif perubatan terbaik kepada ubat anti loya dan rasa pitam.

Pengambilan halia lebih selamat daripada pengambilan ubat anti loya ini.Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang bakal menjalani pembedahan yang bersabit dengan sakit puan, menunjukkan bahawa pesakit yang mengambil satu gram halia sebelum dibedah akan kurang mengalami loya dan muntah selepas pembedahan dijalankan.

Halia juga didapati dapat melawan rasa loya disebabkan kemoterapi. Pesakit yang menjalani kemoterapi dinasihatkan supaya halia itu dimakan bersama makanan lain untuk mengurangkan sebarang kesan radang pada perut.

Keberkesanan halia untuk membanteras rasa loya menjadikannya amat berguna bagi mengurangkan rasa pening dan pitam yang sering dikesan pada pesakit yang sudah berumur, juga untuk mengubati rasa loya kerana hamil.

Halia dapat melegakan rasa loya semasa hamil yang sering dialami pada peringkat pertama trimester. Dinasihatkan bakal ibu mengambil 250 mg halia, empat kali sehari tetapi pengambilan halia patut dihentikan selepas bulan ketiga.
Selain itu, halia juga digunakan dalam ramuan perubatan untuk membuang angin. Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia.

Herba ini boleh didapati dalam banyak bentuk: kapsul, tablet, jel-lembut, serbuk, minyak, cecair, halia segar atau kering, dan halia hablur.

Untuk otot yang sakit, minyak halia yang dicampurkan dengan minyak neutral lain boleh digosokkan kepada bahagian yang sakit itu. Gosokan itu dapat melegakan kesakitan. Sekiranya mengalami alahan, empat cawan teh halia sehari akan dapat mengurangkan simtom-simtom alahan.

Halia didapati selamat untuk pelbagai perubatan, sama ada dimakan dalam bentuk kapsul, mahupun dimakan segar, atau diminum dalam bentuk minuman teh.

Kegunaannya:

Khas untuk merawat penyakit angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, reumatisme, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga dapat merawat mati pucuk, keracunan oleh udang, sakit pinggang dan sakit kepala.

Reumatisme
Halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.

Mencegah mati pucuk
Halia sebesar ibu jari
sebiji limau nipis
sebiji telur ayam kampung
1 sudu teh serbuk kopi
1 sudu makan kicap 1 sudu makan madu

Caranya: Halia diparut dan dicampurkan dengan semua bahan di atas dan digaul rata. Amalkan seminggu sekali.

Merawat Sakit Pinggang
Halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa kemudian sapu pada pinggang.

Merawat Sakit Kepala
Halia ditumbuk hingga halus dan ditampal di dahi dan pelipis.

Merawat cirit birit dan muntah-muntah
Halia
buah pala
1 gelas santan kelapa
1 sudu teh minyak kayu putih.

Caranya: Semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati. Digunakan sebagai ubat sapu pada perut.

Merawat loya dan muntah bg ibu mengandung
1 inci halia
1 batang serai
2-3 kuntum bunga cengkih dan kayu manis.

Caranya: Kesemua bahan dimasukkan ke dalam segelas air mendidih. Kemudian dimasukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam.

Mengatasi masalah kelemumur
Halia muda ditumbuk dan lumurkan pada akar rambut.

Halia juga dikatakan boleh melambatkan proses penuaan ( awet muda gituuu )

KHASIAT MENGKUDU

Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus untuk diminum. Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan "Kura" (Fiji).

Mengkudu mengandungi bahan "xeronine".

Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas. Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas.

Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".

Kepentingan xeronine :

Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.

Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.

Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.

Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.

Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.

Antara khasiat buah mengkudu :

Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.

Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.

Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.

Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.

Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.

Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.

Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.

Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim. Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.

KHASIAT KURMA

Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui di dalam Islam malah di kalangan pakar perubatan dewasa kini. Ia boleh dimakan secara mentah, disalai atau diproses menjadi makanan ringan, jem atau jus minuman. Kebiasaannya, buah kurma ini begitu sinonim dikaitkan dengan bulan puasa atau umat Islam.


Pokok kurma yang seakan-akan pokok kelapa, di dapati dari Timur Tengah dan telah dikomersialkan ke pasaran luar sehingga menjadikan ia terkenal di seluruh dunia. Buah kurma yang sebesar 1 hingga 2 inci, mampu memberikan pelbagai khasiat kepada pemakan. Dalam bahasa saintifiknya, kurma dikenali sebagai Phonex dactylifera. Buahnya dimakan secara mentah ataupun masak. Terdapat pelbagai jenis kurma seperti deglet noor, halawi, khadrawi, zahidi,thoor dan medjool. Kurma dari Mekah dan Madinah dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis dan ia adalah antara yang terkenal.

Kandungan zat anti oksidannya ialah 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam kismis, aprikot kering dan blueberry. Terkenal dengan kandungan laksatifnya, kurma juga kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Khasiat Kurma

Kurma memberikan tenaga serta merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Kandungan proteinnya pula lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus serat dan serat 2.0 hingga 4.0 peratus. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita dari makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala pada waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat. Tanpa tenaga serta-merta ini, akan menjadikan kita mengantuk.

Potasium diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf kerana kurma mengandungi sumber yang mujarab. Pengambilan potasium yang berlebihan tidak menyebabkan penimbunan toksid di dalam tubuh. Sebaliknya ia sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, yang mengalami tekanan, sengal-sengal badan dan juga untuk menguatkan ingatan.

Kurma yang dimakan tanpa membuang kulitnya boleh mencegah dari masalah barah usus besar kerana ia melawaskan.

Buah kurma juga mengandungi khasiat kepada kaum wanita yang sedang nifas iaitu ia memudahkan proses ketika hendak bersalin.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu boleh memakan buah kurma. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam kurma adalah unsur yang berkhasiat yang dapat menambahkan air susu ibu.

Kurma juga berperanan dalam tumbesaran kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang. Ia juga tidak mengandungi kolesterol, lemak serta gula. Dan, ia elok untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dalam rawatan kaedah Sufism pula, kurma boleh dijadikan sebagai penawar penyakit.

KHASIAT ULAM

Ulam sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan sebahagian besar masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi. Malah, kini ulam digunakan untuk pelbagai kegunaan dan mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kegunaan semua masyarakat. Sebenarnya, ulam terdiri daripada 8,500 spesis tumbuhan berbunga dan 120 spesis ulam lain dan digunakan sebagai pembuka selera.

Petai

Biasanya, tumbuhan ini boleh didapati di kawasan tropika. Ia tumbuh sendiri di dalam hutan atau kawasan kampung. Daunnya berbulu halus dan mempunyai tangkai yang panjang. Buah petai adalah dalam bentuk lenggai. Lenggainya leper dan panjang yang mengandungi sehingga 20 biji benih. Semasa muda lenggainya berwarna hijau dan warna kehitaman setelah tua. Biji petai jeruk dianggap sebagai pembuka selera dan baunya yang kuat. Buah petai mempunyai protein, Vitamin C dan niasin yang boleh mengubati penyakit pada sistem pembuangan air kecil. Ia juga berupaya mengurangkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.


Jering

Jering biasanya tumbuh sendiri di kawasan hutan atau kampung. Biji benihnya yang muda boleh dimakan secara mentah sebagai ulam yang dicicah sambal. Digunakan sebagai pembuka selera. selain dijadikan pembuka selera, jering juga mempunyai khasiat yang tinggi. Ia terdiri daripada 84.1% karbohidrat, 52% kandungan air, 0.8% lemak dan 3.6% gentian. Buah jering dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kerdas

Ia boleh didapati di kawasan hutan atau di lereng-lereng bukit. Rupanya adalah lebih kurang sama dengan petai. Akan tetapi, baunya adalah lebih kuat daripada petai. Ia boleh digunakan untuk membuat tempoyak atau cencaluk. Cara makan dan khasiatnya adalah lebih kurang sama dengan petai.


Terung Pipit

Terung Pipit boleh dimakan bersama tempoyak. Ia digemari oleh masyarakat Hindu yang memanggilnya 'rimbang'. Khasiatnya adalah untuk menerangkan mata terutamanya untuk mereka yang mata rabun.

PETUA KECANTIKAN 5

Timun atasi panas badan
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin pasti akan mengalami panas di badan. Ambil timun kemudian kisar bersama garam. Tapis dan ambil airnya. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Barulah diminum.

Masalah kembung perut
Atasi masaalah kembung perut dengan dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih tersebut dan kupas kulitnya dahulu serta makanlah bawang putih berkenaan.

Sakit Tekak 1
Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

Sakit Tekak 2
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Merdukan Suara
Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu.

Hilangkan kutu
Hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci.

Hilangkan batuk
Hilangkan batuk dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yan memuaskan setelah beberapa ketika.

Segarkan Mata
Segarkan mata dengan beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih. Ramas dan masukkan kedalam air suam dan tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan mata berulangkali. Segarkan mata dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Tekap ke mata anda. Hasilnya mata anda akan terasa sejuk dan segar.

Suara Serak
Atasi suara serak dengan sebuku asam jawa, rendam dan ramas didalam air. Kemudian campur dengan segelas air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari.

Atasi suara serak dengan dua biji bawang besar, Buang kulit dan mesin hingga hancur, tapiskan dan ambil airnya. Minum sekadar dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.

Ubati suara serak dengan beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.

Badan Lesu
Sekiranya anda sering diserang angin yang menyebabkan badan lesu, didihkan daun mengkudu dan sedikit halia. saringkan airnya dan minum pagi dan petang.

Sembuhkan luka
Sembuhkan luka dengan daun lidah buaya (aloe vera) dan sapukan lendirnya pada luka tersebut. dengan caratersebut, luka akan sembuh dengan lebih cepat.

Rawat kulit melecur
Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis. Tuang keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

Hilangkan bau mulut
Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.

Menurunkan panas badan
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insya Allah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.

PETUA KECANTIKAN 4

Bibir merekah
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

Masalah jerawat
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.

Hilangkan jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.

Serikan wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.

Menyegarkan kulit muka
Segarkan kulit muka dengan perahan jus epal hijau yang dikatakan menyegarkan kulit muka. Sapu kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

Rambut kekal hitam
Agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.

Jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.

Seri wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.

Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.

Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika.

Rambut beruban & kelimumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang.

Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,Ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.

Hilangkan tanda hitam
Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Insya Allah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar.

Memutihkan gigi
Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insya Allah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.

Pulihkan kulit terbakar
Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan satu camca madu. Selepas itu sapukan ramuan itu tadi pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan selaman beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air bersih. lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.

Menghilangkan kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.

Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insya Allah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Menghilangkan parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insya Allah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

Menegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di hancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair.Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Merawat kulit berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Tegangkan kulit muka
Tegangkan muka dengan campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut, tumbuk lumat. Sapu di muka dan leher, 2 kali seminggu.

Masalah kulit perut berkedut
Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.