BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 26 August 2009

Wanita Merokok Cepatkan Menopaus


Selain menjejaskan kesuburan, kajian menemukan wanita yg merokok mungkin mengalami menopous lebih awal berbanding yg tidak merokok. Mereka juga dikatakan mengalami perubahan hidup dua tahun lebih awal. Journal Reproductive Biomedicine Online menyatakan merokok boleh membahayakan telur dan mempengaruhi kesuburan. Pada wanita merokok, menopaus bermula pada sekitar umur 47 tahun sementara mereka yg tidak merokok pula, menopaus bermula pada umur 49 tahun. Munurut ketua kajian, Dr.Filiberto Di Prospero perbezaan dua tahun permulaan menopaus ini menyatakan pengaruh rokok yg mengganggu fungsi telur kerana kerosakan reproduksi secara biologi.

Tips Mencegah Kaki Bengkak


Kaki adalah bahagian luar biasa dari rangka manusia. Dari pinggang sampai ibu jari, terdapat lebih dari 60 tulang yg berbeza. Dalam kehidupan sehari-hari, rata-rata org berjalan sejauh 9000 langkah sehari. Tidak hairan lah jika kaki sering kali terasa penat, sakit dan bengkak. Seorang pakar penyakit kaki dari Toronto Hartley Miltchin menyarankan cara mengawal pembengkakan kaki seperti berikut :

* Banyakkan berihat jik sering terasa sakit.
* Sekiranya anda mengalami kesakitan akut atau pembengkakan, letakkan ais atau sayuran beku pada kaki selama 20 minit. Ulang setiap beberapa jam selama 48 jam pertama.
* Berehat dan tinggikan kaki jika terasa bengkak. Letakkan bantal di bawah kaki jika anda baring terlentang.
* Jika kaki terasa letih dan tidak mengalami pembengkakan, rendamkan kaki dalam air suam selama 20 minit. Untuk penyembuhan berikutnya, tambahkan empat titis minyak kayu putih.(Eucalyptus)
* Gunakan skrub pengelupasan utk membuang kulit kasar.
* Keringkan kaki dan gunakan krim pelembab.

Masalah Penbuangan Air Kencing

Lebih daripada 50% lelaki yg berusia 45 tahun dan 90% lelaki berusia 53 tahun mengalami masalah berkaitan dgn kencing. Kebanyakan daripada mereka ini berpendapat bahawa ia hanyalah disebabkan oleh faktor usia yg semakin meningkat. Oleh itu, mereka mungkin keberatan utk mendapatkan bantuan profesional. Walaupun keadaan ini tidak menyebabkan kematian, ia boleh menyebabkan masalah-masalah yg lebih berat sekiranya tidak dirawat.Ada banyak jenis penyakit yg boleh menyebabkan masalah berkaitan dengan kencing ini.
Antaranya ialah:
*  Benign Prostatic Hyperplasia (BPH)
*  Prostatitis
*  Cystitis
*  Kanser Prostat
*  Urethral stricture
*  Bladder Disorders

LETIH, Mungkin Gejala Penyakit Jantung

Jng pandang remeh jika anda berasa letih yg agak luar biasa, ini mungkin gejala serangan jantung. Penyakit jantung mempunyai gejala-gejala antara lainnya ialah letih yg luar biasa, pola tidur yg terganggu, sukar bernafas dan ketidakmampuan mencerna makanan. Biasanya gelaja ini muncul sebulan lebih awal dari serangan jantung, jika disedari lebih awal, ia memberi cukup masa utk mencegahnya. Gejala klasik seperti sakit dada sebelum serangan lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
Menurut Prof.Jean Mc Sweeney dari Universiyi Arkansas dlm sebuah kajian menyatakan kurangnya sakit dada yg dialami wanita merupakan sebab utama kenapa wanita mempunyai gejala serangan jantung yg tidak diketahui. Dlm kajian terbaru, para pengkaji Amerika menanyakan lebih dari 500 wanita menderita penyakit jantung yg berumur 60an, dilaporkan hmpir semuanya merasakan gejala baru atau berbeza dlm beberapa minggu sebelum serangan jantung. Tujuh dari sepuluh berasakan keletihan luar biasa dan hampir setengah menderita gangguan tidur dan kesulitan bernafas. Oleh itu, wanita perlu mengetahui gelaja baru yg muncul berkait dgn penyakit jantung ini supaya segera mencari rawatan perubatan supaya boleh menentukan penyebab gejala tersebut.

Garam Menyingkirkan TOKSID Dalam Badan

Garam yg anda ambil setiap hari bukanlah hanya sebagai penyedap rasa masakan tetapi jauh dari itu ia bertindak menyingkirkan toksid serta kekotoran dlm badan yg tidak diperlukan oleh tubuh. Kandungan sodium dlm garam bertindak menyimbangkan tenaga balam tubuh. Kandungan bahan ini juga membantu menyeimbangkan keadaan berasid serta menjadikan agen detoksifikasi yg sekaligus menyingkirkan toksid dan asid daripada tubuh dlm masa yg singkat. Walaupun garam agak sensitif dgn penyakit buah pinggang dan darah tinggi, namun pengambilannya yg terkawal masih dapat membantu kesihatan tubuh yg lain. Berusahalah mengambilnya namun hadkan pengambilannya dgn kadar yg sihat utk tubuh anda.

Mandi Sauna Dan Wap Menyegarkan


Amalan mandi wap atau sauna dpt memberikan kesan baik kepada tubuh kerana wap akan memasuki rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ yg memberi kesan positif. Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot dan menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas tubuh badan. Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kotoran dlm kulit, menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan menghilangkan kelemumur. Khasiat mandi wap membantu wanita selepas bersalin mengembalikan bentuk tubuh dgn mencairkan lemak dan menambahkan susu badan. Ia juga dpt menyembuhkan sakit gout, migrain, resdung, buasir, sengal-sengal sendi, kebas, selesema, penyakit kulit, batu karang dan darah tinggi. Mengamalkan mandian wap dan sauna ini pula boleh menggantikan sel-sel yg telah mati dan memberikan kesegaran kepada kulit.

Bawang Putih Rendahkan Suhu Badan

Pelbagai petua ada menyebut tentang cara hendak menurunkan suhu badan yg tinggi. Amalan pengambilan bawang putih memang menjadi keutamaan bagi masyarakat Cina kerana khasiatnya yg sememangnya diakui. Begitu juga dgn org-org Syria yg menggunakannya dlm mengubati masalah demam panas dan juga ciriy-birit.

Bawang putih kaya dgn selulos, vitamin A, B dan zat galian seperti zat kalsium, fosforus dan besi. Bawang putih yg mengandungi bahan allicin bertindak merendahkan paras suhu badan selain menurunkan paras kolesterol dan menambahkan kepekatan darah. Sifat bawang putih yg bertindak mengeluarkan lebihan angin yg tidak diperlukan dlm badan membuatkan tubuh kekal sihat tanpa masalah dalaman lain dan mengimbangkan suhu badan. Selain itu, kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semulajadi utk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah), taun dan bengkak kerongkong.