BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 26 March 2010

Tak Nak Nyanyuk Sebelum Waktu! Amalkan Pemakanan Sihat.....

Ramai yg mempunyai masalah mudah lupa. Tiada siapa pun yg boleh lari dari masalah ini. Sukar bagi kita semua utk mengekalkan kecerdasan minda seperti di usia muda apabila kita menginjak dewasa. Namun begitu, kita boleh mencuba utk mengekalkannya melalui pemakanan sihat dan seiumbang.

BIRU-BIRU SI BUAH BERI...

Menurut seorang penulis buku kesihatan terkenal, Stevan Pratt dalam sebuah penulisannya menyifatkan buah beri biru sebagai brainberries. Beliau yg pernah bekerja di Memorial Hospital di La Jolla, California mengatakan terdapat sebuah kajian yg membuktikan bahawa buah ini membantu melindungi otak dari tekanan. Tambahan pula, beri biru turut membantu utk mengurangkan risiko seseorang itu daripada memdapat menyakit yg berkaitan dgn usia seperti nyanyuk. Lebih baik anda menggalakkan anak2 utk mengamalkan beri biru kerana buah ini akan menggalakkan pertumbuhan minda dan memudahkan proses pembelajaran kanak2. Tak perlu banyak, cukup sekadar secawan beri biru setiap hari. Anda boleh mengamalkannya dlm bentuk jus atau buah kering.

SEDAPNYA SUSHI DGN SALMON!

Salmon dikenali kerana kandungan Omega 3 asid lemak yg ada padanya. Ia juga kaya dgn pepejal anti radang. Jika anda tidak mahu makan salmon, anda boleh juga mengambil ikan sardin. Ikan ini juga kaya dgn pati minyaknya. selain meletakkannya dlm sushi, anda juga boleh mengambilnya dlm kuantiti empat aun satu hidangan. Ambillah hidangan ikan sebanyak dua atau tiga kali sehari.

SEDAPNYA KACANG DAN BIJI-BIJIRAN!

Makanan2 ini merupakan sumber vitamin E terbaik. Kalau takut jadi mcm Pak Pandir, banyakkan mengambil makan tinggi vitamin ini. Pilihlah kacang badam, gajus, hazelnut, biji bunga matahari, walnut dan apa saja jenis biji-bijian. Namun begitu, kacang tanah tidak begitu digalakkan kerana ia kaya minyak yg akan menyebabkan masalah kulit berjerawat jika diambil dgn kuantiti tidak dikawal. Selain mengamalkannya secara mentah, anda boleh mengambil biji-bijian yg telah diproses seperti mentega kacang, mentega badam dan banyak lagi. Selagi ia rendah sodium, maka ia baik utk kesihatan.

UNIKNYA AVOKADO...

Sama seperti buah beri biru, avokado baik utk kesihatan otak. Walaupun ia dikatakan tinggi lemak dan menggemukkan, ia hanya sekadar omongan kosong! Walaupun tinggi lemak, ia merupakan lemak jenis tidak tepu. Mangamalkan avokado baik utk aliran darah secara sihat. Anda penghidap tekanan darah tinggi? Jadikan avokado sebagai sahabat baikmu dan ambil separuh hidanganmu dgn avokado.

JOM SARAPAN PAGI!

Amalkan oat, gandum dan beras perang ytk merendahkan risiko penyakit jantung! Sebenarnya, setiap organ dlm tubuh memerlukan pengaliran darah yg baik utk kekal sihat dan mampu berfungsi secara sihat dan mampu berfungsi secara berkesan. Jika tubuh mempunyai sistem kardiovaskular yg sihat, ia akan melancarkan aliran darah ke dalam organ tubuh termasuklah otak. Cadangan hidangan adalah setengah cawan bijiran gandum penuh, sekeping roti (ambil 2-3 kali setiap hari) dan dua sudu gandum putih setiap hari.

DINGINNYA JUS DELIMA!

Tahukan anda bahawa jus delima merupakan sumber anti oksidan yg berkesan. Ia melindungi otak dari kerosakkan yg disebabkan radikal bebas. Seorang pakar neorologi, David Perlmutter yg turut menulis The Better Brain turut mengatakan organ tubuh paling teruk kesannya akibat radikal bebas adalah otak. Beliau menyarankan semua orang utk mengambil lebih banyak buah2an sitrus dan sayur2an berwarna kerana kandungan anti oksidannya. Lebih banyak variasi warna dlm sayur atau buah itu, maka ia lebih baik. Kebiasaannya, jus delima akan dibancuh bersama gula. Paling baik, ambil dua aun jus delima setiap hari dan campurkan ia dgn air mineral.

WAH! SYOK BETUL TEH BRU!

Jumlah kafien dlm tiga cawan teh bru, baik dihidangkan sejuk atau panas berfungsi utk meningkatkan kuasa otak dan menguatkan memori, fokus dan mood seseoprang. Bukan saja kopi, teh juga mengandungi bahan anti oksidan yg mengekalkan aliran darah secara berkesan. Pilihlah teh yg betul2 segar. Kurangkan pengambilan teh dlm tin, kotak mahupun uncang kerana ia telah diproses. Seeloknya, bancuh teh anda menggunakan daunnya sahaja.

NIKMATNYA MAKAN COKLAT...

Pilihlah coklat hitam bukannya susu. Coklat hitam lebih baik kerana mempunyai kafein dan bahan anti oksidan yg baik utk aliran darah dan kawalan emosi. Kafein merangsang otak agar ia lebih fokus dan merangsang rembesan endorfin yg baik utk memulihkan perasaan. Satu setengah aun coklat hitam sudah cukup utk memenuhi keperluan yg anda inginkan. Ingat! Makan secara terkawal, jgn diambil berlebihan kerana dikhuatiri anda akan mengalami masalah migrain atau insomnia.