BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 4 January 2011

Ramuan Istimewa - Nikmati Resipi Bahagia Setiap Hari

Dalam kehidupan harian, makanan yg berasaskan bahan yg segar bukanlah penentu utk seseorang itu sihat. Ini kerana, kebahagiaan seseorang juga memerlukan ramuan yg tepat dalam menikmati setiap detik yg berlalu. Bahan apakah yg diperlukan utk mewujudkan suasana yg bahagia?

1 CAWAN 'KESEDERHANAAN'.
Pernahkah anda sedar bahawa kadang2 anda menghadapi kehidupan yg rumit, walaupun anda ingin menjalani cara hidup yg sederhana. Cubalah tanya pada diri sendiri ketika anda ingin membuat keputusan dan fikirkan apa yg akan terjadi dalam tempoh 3-6 bulan akan datang. Jika keadaan ini membuatkan anda dilema, lebih baik anda mengubah keputusan menjadi sesuatu yg sederhana.

1 SUDU MAKAN 'SAAT INI'
Sedar atau tidak, berapa banyak masa yg telah anda habiskan hanya kerana bimbangkan sesuatu yg belum terjadi. Untuk elakkan masa berlalu begitu sahaja, cubalah utk menikmati detik indah sepenuhnya dalam setiap aktiviti dan tindakan yg dilakukan. Segala yg terjadi pada saat itu adalah sesuatu yg nyata dan nikmatilah dengan sempurna.

2 GENGGAM ' KESABARAN'
'Sabar separuh dari iman'. Ramai di antara kita tidak sabar dalam melakukan sesuatu. Jika kesabaran itu memberi tenaga positif, kenapa perlu anda menolak dalam rutin hariaan anda. Jika bersabar, anda akan berfikir dgn lebih tenang dan segala masalah boleh diselesaikan dgn baik. Bukankah ini memberi jalan keluar yg menguntungkansemua pihak.

2 1/2  CAWAN 'SENYUMAN'
Sekunyum senyum di wajah dapat mengembangkan tenaga positif dalam diri dan orang2 yg akan anda jumpa. Ini kerana senyuman boleh membuatkan wajah anda sentiasa awet muda, ceria, menyenangkan dan orang di sekeliling selesa bersama anda.

0 GRAM 'KRITIKAN'
Percaya atau tidak, ramai  dikalangan kita tidak boleh menerima kritikan dengan baik, lebih2 lagi kritikan yg menjatuhkan. Sedangkan setiap orang berhak utk memperbaiki sesalahan yg dilakukan dan menjadi motivasi utk diri. Ingatlah, kritikan positif baik utk memberi semangat dan pengajaran kepada orang di sekeliling bukannya menjatuhkan mental.

0 ML 'IRI HATI'
Jika anda ingin bahagia setiap saat, berhentilah berfikir bahawa apa yg dimiliki orang lain lebih baik daripada apa yg anda miliki. Jika masih tidak berpuas hati dengan apa yg dilakukan, ubah strategi dan keadaan dgn usaha sendiri. Daripada anda menghabiskan masa dgn mengira apa yg orang lain miliki, lebih baik anda lakukan strategi baru utk kepuasan diri anda.

Warna Dan Kuasa Terapi

MERAH - Memberi kesan dinamik sensual dan mewah. Menyerap tenaga, kehangatan, aktif, optimis, berani serta bersemangat. Merah dipercayai berupaya meningkatkan aliran darah dalam tubuh.

MERAH JAMBU - Mampu membuatkan si pemakai berasa lebih muda, ceria dan romantik. Membentuk simbol cinta dan kasih sayang kerana warna ini lembut dan menenangkan.

KUNING - Juga menghangatkan suasana, bercahaya dan ceria. Membangkitkan tenaga, emosi dan kekuatan.

JINGGA - Memberi impak bertenaga, cerdas, mesra dan kreatif. Ia memberi aura positif, senang, gembira dan yakin, penuh bertenaga, mampu mengurangkan depresi atau tekanan. Namun, jika warna ini dipakai berlebihan, ia akan merangsang sifat hiper aktif.

BIRU- Memberi kesan harmoni, kebenaran, tenang dan dingin, rasa tenteram, hening dan nyaman.

HIJAU - Menimbulkan kesan semulajadi, segar, mewujudkan keseimbangan emosi atau kejiwaan.

UNGGU - Menjadi lambang kerohanian dan mistik. Juga bersifat antik, femini dan anggun.

Tepati Ruti Penjagaan Kulit

Penampilan yg sihat dan cantik bermula dengan rutin menjagaan kilit yg tepat. Utk itu, sebelum memilih utk melakukan apa juga rawatan kecantikan yg mungkin memerlukan kos yg tinggi, pertimbangkanlah semula rutin penjagaan kulit asas anda. Mana tahu ia lebih berbaloi!

1 - Pakar bersetuju bahawa tidak kira apa jenis kulit anda, kunci utamanya adalah membersih dengan sempurna.

* Elakkan penggunaan air panas tetapi gunakanlah air suam. Tujuannya adalah unyuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering.

* Mencuci wajah menggunakan kain adalah terlalu kasar untuk kulit. Jadi, gunakanlah tangan dan jari anda.

2 - Lebih daripada 50% wanita mengaku mempunyai kulit sensitif iaitu mengalami keradangan kulit, selain kulit kering, tegang dan mengelupas.

* Pastikan anda memakai krim pelembab dengan kerap.

* Elakkan pembersih wajah dengan kandungan seperti haruman, bahan pewarna dan mengawet kerana kulit sensitif mudah rosak dan mengambil masa yg lama utk pulih.

3 - Sekiranya kulit anda kering dan mudah mengalami keradangan, elakkan membersih wajah lebih daripada sekali sehari. Kulit anda mungkin berisiko kehilangan minyak semulajadi kulit.

* Pilihlah pembersih wajah yg bebas radang dan tiada kandungan sabun.

* Gunakan krim pelembab wajah yg ringan, bebas minyak dan bersasakan air utk membantu mengekalkan perlindungan semulajadi kulit.

* Pastikan anda memilih krim pelembab dengan kandunagn SPF yg tinggi (sekurang2nya SPF 15) utk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

4 - Bersenam mampu membuka saluran2 darah menjadikan kulit kekal sihat dan muda.

* Senaman kardiovaskular boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit utk membantu penghasilan kolegen.

* Memelihara jisim otot melalui senaman juga membantu menyokong kulit agar kekal tegang.

* Amalkan meminum sekurang2nya lapan gelas air sehari utk memberikan hidrasi yg optima.

Kenali Makanan Untuk Tulang

Barangkali anda sudah sedia maklum akan pentingnya mengamalkan pemakanan yang sihat untuk tubuh. Namun, secara spesifiknya, apakah anda tahu makanan yang tepay untuk kesihatan tulang?

1. KALSIUM - Ia merupakan mineral utama untuk pembentukan tulang. Jika anda kekurangan kalsium, tubuh akan mengambilnya daripada tulang dan inilah yang akan mengakibatkan masalah tulang rapuh. Kuantiti kalsium yang diperlukan sehari adalah antara 1,000 mg hingga 1,200 mg.

2. VITAMIN C - Vitamin ini bertindak membantu pembentukan tulang rawan, seterusnya membentuk jaringan sendi yang sihat. Untuk mendapatkan manfaat yang maksima, ambillah 1,000 mg Vitamin C setiap hari.

3. VITAMIN D - Ia penting dalam membantu tulang menyerap kalsium daripada makanan sehingga 2.5 kali ganda. Kuantiti yang disarankan sehari adalah 200 IU hingga 400 IU.

4. VITAMIN B12 - Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan tulang menjadi lemah. Pastikan anda mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin B12 sabanyak 2.4 mkg untuk mendapatkan tulang yang kuat.

5. ZAT BESI - Ia membantu menyalurkan oksigen ke sel-sel darah yang diperlukan oleh anti oksidan bagi mengatasi kerosakan pada sendi.

6. PROTEIN - Bukan sekadar baik untuk membentuk otot, protein juga diperlukan oleh tulang. Makanlah 45 gm hingga 56 gm protein sehari untuk tulang yang lebih sihat.

7. MAGNESIUM - Massa tulang boleh ditingkatkan dengan pengambilan magnesium. Jumlah yang disarankan sehari adalah 400 mg.

8. KALIUM - Ia membantu pembentukan tulang. Pastikan anda mengambil 4,700 mg kalium setiap hari.