BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 7 August 2009

Siapa Perlu Vitamin?


Sebahagian besar org tidak sihat memerlukan bantuan vitamin dan suplemen utk kekal cergas. Golongan yg seharusnya mengambil suplemen dan vitamin adalah:

Warga Emas Berusia 65 Tahun Ke atas
Pengambilan vitamin oleh golongan tua dikatakan mampu memperbaiki fungsi imuniti dan menurunkan risiko jangkitan penyakit.

Pengamal Diet Ketat
Mengamalkan diet ketat sebenarnya tidak terlalu baik utk kesihatan kita. Bagi anda yg makan kurang daripada 1000 kalori setiap hari atau mengalami sebarang alahan terhadap makanan, anda dinasihatkan utk mengambil vitamin.

Perokok
Amalan merokok boleh menurunkan kandungan vitamin C dlm tubuh. Bagi anda yg merokok, pengambilan 100 mg vitamin atau suplemen perlu diamalkan setiap hari berbanding mereka yg tidak merokok. Bagi anda yg bukan perokok, anda hanya dicadangkan utk mengambil sebanyak 60 mg vitamin.

Peminum Alkohol
Pastinya anda akan kehilangan zat dlm tubuh sekiranya anda mengambil minuman beralkohol. Ini kerana alkohol mempengaruhi sistem metabolisme dlm badan.

Wanita Mengandung & Menyusukan Bayi
Wanita hamil dan menyusukan bayi memerlukan lebih nutrien terutamanya asid folik, zat besi dan kalsium.

Vegetarian
Anda yg tidak mengambil makanan lain selain sayuran memerlukan vitamin dan suplemen kerana ia akan membekalkan khasiat lain yg anda tidak amalkan seperti produk tenusu.

Memiliki Kecantikan Semulajadi

Cantikkan Kulit Cara Tradisional
Berikut adalah antara amalan penjagaan kulit secara tradisional yg boleh diikuti:

DAUN PUDINA - Tumbuhan ini boleh dijadikan sebagai pelembab wajah. Ambil 10-12 helai daun pudina dan ditumbuk halus. Setelah itu, campurkan sebiji kuning telur. sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Bersihkan wajah dgn air suam.

AIR BERAS - Utk menegangkan kulit wajah, air basuhan beras (yg pertama) boleh digunakan sebagai pembersih wajah. Biarkan wajah kering sebelum dibersihkan sekali lagi dgn air bersih.

BUAH TOMATO - Buah ini dpt melicinkan kulit muka. Caranya, bersihkan wajah dgn air suam terlebih dahulu. Kemudian, gosok dgn buah tomato yg masak ranum. Biarkan ia kering sebelum dibilas dgn air suam.

PINANG MUDA - Sapukan pinang muda (yg bijinya masih berlendir) pada wajah dan ia boleh melicinkan kulit wajah agar nampak muda sentiasa.

BELIMBING BESI & ASAM JAWA - Campuran belimbing besi dan asam jawa boleh digunakan sebagai pembersih kulit. Ramaskan kedua-duanya kemudian lumurkan pada seluruh badan. Belimbing besi dan asam jawa mampu menanggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yg gatal.

BERAS PULUT - Bagi menghaluskan kulit kulit, beras pulut goreng yg ditumbuk halus boleh digunakan dgn mencampurkannya bersama bedak sejuk utk menjadikan lulur. Gosokkan ramuan ini pada seluruh badan. Ia bertindak menanggalkan daki dan sel-sel mati.

DAUN INAI - Daun inai yg ditumbuk halus dan kemudian disentalkan pada kulit wajah berfungsi menghaluskan kulit, menghilangkan jerawat dan memudarkan bekas parut pada wajah.