BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 9 January 2010

Kulit Kekal Sihat - Bukan Sekadar Membersih


1. Membersih & Melembab
Kunci utama kulit yg sihat adalah dgn mengekalkan kebersihannya. Carilah pembersih wajah yg benar2 serasi dgn kulit anda dan setialah menggunakannya.
Tidak kira apakah jenis kulit anda, memakai krim pelembab wajah sangat penting sekurang2nya sekali sehari. Tujuannya adalah memastikan kelembapan kulit terpelihara dan melindunginya daripada iritasi luaran mahupun dalaman. Jgn lupa utk menyapukan krim pelembab tersebut pada bahagian leher anda.

2. Krim Mata
Kulit di sekitar mata tidak mengandungi tisu lemak dan sangat nipis serta mudah menyebabkan munculnya kedutan. Krim khas utk mata diformulasikan utk 'menebalkan' kulit di sekitar mata agar ia lebih kuat. Sapukan krim mata pada waktu malam kerana proses pembaharuan sel berkesan dua kali ganda sewaktu anda tidur.

3. Air Sejuk
Air panas hanya akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering, merah dan bertompok. Justeru itu, disarankan agar anda memilih air sejuk atau suam sebagai air mandian. Pun begitu, sekiranya anda masih perlu mandi menggunakan air panas, pastikan anda membiarkan kulit beberapa minit sebelum mula mengenakan sebarang solekan.

4. Topeng Wajah
Pemakaian topeng wajah (face mask) bertindak membersihkan kulit secara mendalam berbanding rutin mencuci wajah. Topeng wajah memberikan kesegaran kepada kulit, mengecikan pori2 dan menanggalkan sel2 kulit mati. Gunakannya satu atau dua kali seminggu utk hasil yg lebih baik.
Tip penting: Pastikan wajah dlm keadaan bersih dan kering sebelum memakai topeng wajah utk kesan yg lebih baik.

Cendawan Untuk Kesihatan

Sebagai menu makanan yg popular, cendawan menawarkan pelbagai kebaikan kepada individu yg memakannya. Berikut diberikan jenis cendawan dan khasiatnya:



Cendawan Shitake

Memiliki tekstur kenyal seperti daging dan mendandungi L-ergothioneine, sejenis antioksidan yg kuat membuatkan cendawan shitake sangat disaran pengambilannya di dalam menu harian.







Cendawan Enoki

Kajian yang dilakukan oleh Profesor Phan Hwai Chong dari Yang Ming Research Center, Taiwan menunjukkan cendawan enoki berupaya membunuh sel kanser di tubuh sehingga 95 peratus.






Cendawan Butang

Penyelidikan oleh City of Hope National Medical Center, California, mendapati cendawan butang dapat mencegah pembentukan enzim aromatase, sejenis enzim pemicu estrogen yg meningkatan risiko kanser payudara. Ia juga mengandungi vitamin D dan tembaga yg bermanfaat sebagai pembentuk hemoglobin pada sel darah merah.