BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 7 September 2009

Di Sebalik Warna Beras

Jika selama ini anda berpendapat bahawa beras perang adalah satu-satunya alternatif bagi menggantikan beras putih demi menjaga kesihatan, maka sudah tiba masanya utk anda mengubah pendapat tersebut. Sebenarnya, masih banyak lagi perkara tentang beras yg perlu kita tahu. Warna-warna beras, misalnya bukan hanya hidangan, malah ia juga membekalkan nutrisi yg baik utk kita semua.

BERAS MERAH

Utk kesihatan: Ia mempunyai lebih daripada dua kali ganda zat besi berbanding beras perang. Ia juga mengandungi zink dan kalsium, selain phytonutrients seperti phenolics yg mempunyai fungsi anti oksidan.

Cadangan penyediaan: Gantikan beras putih atau beras perang dengan beras merah dalam resipi masakan kerana khasiat yg anda perolehi sangat banyak.

BERAS UNGU

Utk kesihatan: Ia mengandungi zat besi yg tinggi dan merupakan sumber terbaik protein. Ia juga mengandungi anthocyanins yg terbukti tidak mudah terbakar dan fungsi melindungi diri daripada penyakit jantung serta kanser.

Cadangan penyediaan: Beras ungu sedikit melekit boleh digunakan untuk menyediakan puding nasi kerana rasa manis yg ada padanya.

BERAS HITAM

Utk kesihatan: Ia kaya dengan serat iaitu hampir dua kali ganda berbanding beras perang atau merah. Selain itu, beras hitam juga mengandungi zat besi, protein dan tidak mudah terbakar.

Cadangan penyediaan: Teksturnya yg padat dan rasa kekacang yg ada padanya menjadikan ia sesuai dimakan bersama tuna panggang.

Aneka Khasiat Kacang

Aneka kekacang yg dijadikan ramuan kek, mufin mahupun biskut raya bukan hanya sedap dimakan. sebaliknya, kekacang ini memiliki khasiat tersendiri terhadap kesihatan manusia.

MACADAMIA
Dikenali sebagai Queensland nuts, kacang berasal dari Australia ini sering dijadikan ramuan pencuci mulut. Macadamia mengandungi 70 peratus lemak sihat serta kaya dgn kalsium, zat besi, fosforus, magnesium dan tiamin. Pengambilan secara berterusan dapat  membantu memulihkan ketagihan alkohol, memulihkan gangguan hati, mengatasi anemia dan memperbaiki sistem kekebalan tubuh.



PECAN
Kacang pecan yg dicincang lazimnya digunakan sebagai campuran kek atau biskut selain enak ditaburkan di atas aiskrim. Seperti macadamia, pecan juga memiliki 70 peratus lemak sihat, 70 peratus asam lemak oleat (Omega 9) dan 26 peratus asam lemak linoleat (Omega 6). Kajian Universiti Loma Linda, Amerika mendapati kacang pecan dapat menurunkan kadar lemak di dalam darah. Selain itu, pecan juga mampu memperbaiki sistem saraf. Kandungan vitamin E dan antioksidan yg terdapat di dalamnya sangat berguna utk memperbaiki sel-sel rosak bagi pesakit jantung.


WALNUT
Terbagi kepada tiga jenis iaitu Persian walnut, Black walnut dan Butter nut, walnut digelar sebagai longevity fruit kerana dapat membantu memanjangkan usia. Pengambilan segenggam walnut setiap hari dapat membantu mencegah serangan penyakit jantung kerana kandungan lemak sihat linolenat (Omega 3) dan kandungan protein yg terkandung di dalamnya. Di dalam walnut juga terkandung magnesium, tembaga dan asam ellagat, sejenis flavonoid yg dapat mencegah pertumbuhan sel-sel kanser. Manakala fitosterol berperanan sebagai pelindung jantung, menguatkan paru-paru dan ginjal. Sedangkan kandungan serat yg tinggi membantu fungsi usus besar.


PISTACHIO
Merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno, kacang pistachio kaya dengan zat besi, folat, kalium, asam pantotenat, niasin, riboflavin dan zing. Pengambilan 50 biji kacang pistachio akan membekalkan sepuluh peratus keperluan serat, vitamin B6, tiamin, magnesium dan fosforus. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yg dapat menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser. Selain itu, pistachio juga merupakan sumber unggul utk menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.