BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 19 August 2009

Terapi Minda Dgn Lilin Dan Bunga-Bungaan

Selepas penat dan lelah seharian dgn tugas, tenangkan diri dgn aroma segar dari lilin wangi ataupun titisan minyak bunga-bungaan. Terapi minda ini mampu menstabilkan tekanan dan memulihkan semula tubuh yg lesu. Sama ada menyalakan, dititiskan ke dlm air mandian ataupun dimasukkan ke dlm alat elektronik khas, terapi dari aroma pati alam semulajadi ini boleh dinikmati. Bagi yg menggunakan minyak aromaterapi ini, titiskan ke dlm air mandian. Aroma ini efektif digunakan selama 20 minit.

Apakah jenis terapi yg boleh didapati daripada haruman bunga-bungaan ini?

Terapi Ketenangan:
Calamus, Camomile, Carrot Seed, Cypress, Geraniym, Jasmine, Lavender, Lime, Marigold, Rose, Rosewood, Sandalwood, Vanilla, Violet Leaf Dan Ylang-Ylang.

Terapi Tekanan:
Camomile, Cedarwood, Geranium, Lavender, Melissa, Neroli Dan Rose.

Untuk Tidur Nyenyak:
Camomile, Cypress, Geranium, Lavender, Rose, Sandalwood Dan Ylang-Ylang.

Bagi Yg Hamil:
Di larang menggunakan aroma Cedarwood, Clary Sage, Cypress, Jasmine, Juniper, Myrrh, Marjoram atau Valerian dan Minyak Esensial kerana baunya sangat kuat dan tidak elok utk kesihatan bayi.