Menurut laporan Kajian Kesihatan dan Pemeriksaan Kebangsaan (NHANES) dari tahun 1999 hingga 2002, individu yg mengambil kekacang di dlm menu harian akan lebih mudah utk mengurangkan berat badan serta mengecilkan saiz ukuran pinggang berbanding mereka yg tidak megambil hidangan berkenaan.
Sangat tinggi kandungan protein dan tentunya asid amino juga. 100 gm kacang dhal mengandungi 26 gm protein. Bagaimanapun, ia masih kekurangan dua asid amino penting yg lain iaitu 'isoleucine' dan 'lysine'. Jadi, bagi melengkapkan kandungan keduanya, anda perlu menikmatinya dgn beras perang atau makanan tinggi gandum seperti capati. Kacang dhal juga seharusnya menjadi pilihan individu yg 'vegetarian' kerana satu hidangannya mengandungi kira-kira 60 peratus kandungan zat besi dari jumlah keperluan harian.
KACANG SOYA
Isoflovan soya dipercayai dpt membantu mempertingkatkan kesihatan payudara dan rahim di samping membantu memperkuatkan tulang seterusnya mencegah osteoporosis. Kandungan lesitin di dlm soya pula membantu melancarkan aliran darah, menyahtoksin bahan buangan dlm sel-sel, membantu mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta membantu melambatkan proses penuaan kulit.
KACANG PIS
Kandungan seratnya yg tinggi membantu mengawal pemakanan selain membantu menyalurkan karbohidrat bagi mereka yg mempunyai masalah insulin atau diabetes. Kacang kuda popular dinikmati rebus. 100 gm kacang kuda rebus mengandungi 164 kalori, 2.6 gm lemak (hanya 0.27 gm lemak tepu), 7.6 gm serat diet dan 8.9 gm protein. Bagaimanapun bagi mengekalkan khasiatnya, tidak perlu ditabur garam sewaktu merebusnya.