BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 8 July 2009

KHASIAT LIMAU NIPIS

Limau nipis bukan buah yang asing bagi kita. Dulu ketika masih kanak-kanak, kita mungkin biasa minum perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap dan sedikit garam untuk menyembuhkan batuk. Memang rasanya masam tapi batuk beransur-ansur sembuh bukan?

Atau jika hari panas, air limau nipis sejuk menjadi penawar dahaga. Air limau nipis kononnya dapat menseimbangkan makanan berlemak. Sebenarnya masih banyak kegunaan limau nipis ini, dari menghilangkan sembelit hingga menghindarkan kedut-kedut pada wajah.

Limau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia. Kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenalinya sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya sebagai limah.

Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari saudaranya limau purut. Buahnya berbetuk bulat sebesar bola pingpong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganyapun berukuran kecil-kecil berwarna putih.

Rasa masam pada limau nipis dan pada semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksid terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung didalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh.

Jika ingin melakukan pembuangan toksid, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.

Kadang-kadang proses pembuangan toksid diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan itu adalah wajar.

Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksid ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.

ANEKA KEGUNAAN LIMAU NIPIS

TINGKAT DAYA TAHAN TUBUH

Menurut buku FOOD THAT HARM FOOD THAT HEAL, meminum air limau ini sebiji sehari akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan anti oksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium didalamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan melancarkan sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan ditekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti di ketahui, besi adalah suatu anti oksidan. Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Adapun pospor memperbaiki metabolisme tubuh.

Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap diatas hirisan limau tersebut, lalu diperah kedalam mulut.

Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya. Mungkin kicap digunakan untuk menseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umumnya dijumpai pada ubat-ubat yang dijual dikedai-kedai ubat Cina.

DEMAM
Petiklah 2 - 4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 - 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

BATUK
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah 3 kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar diatas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah kedalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resepi ini baik juga untuk menyembuhkan selsema.

MENGHENTIKAN KEBIASAAN MEROKOK
Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk meminum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

BAU KETIAK YANG TIDAK SEDAP
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

KHASIAT LIDAH BUAYA

Lidah buaya (AloeVera)

Aloe vera daripada famili Liliaceae ataupun lebih dikenali sebagai lidah buaya atau lidah jin mengandungi banyak khasiat. Kebiasaannya, ia terdapat di kawasan tanah yang berpasir dan bercuaca panas serta kering.

Pada masa kini, lidah buaya dijadikan sebagai tanaman untuk perhiasan yang ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Selain cantik untuk perhiasan, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dari segi perubatan.

Apabila diramas, daun lidah buaya akan mengeluarkan jeli yang mana dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur dan menghitamkan rambut.

Malah, tidak hairanlah “tanaman ajaib” ini telah digunakan sejak zaman Firaun di Mesir lagi untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir. Dan kini, terdapat pelbagai produk Aloe vera untuk kecantikan di pasaran seperti Mustika Ratu, Sari Ayu, Ratu Ayu Solo dan sebagainya.

Di samping itu, jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, terbakar, bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan salur darah pada anus dan pemikiran yang tidak dapat dikawal.

Walaupun rasanya pahit, lidah buaya sebenarnya berguna untuk mengubati penyakit leukimia (lebihan sel darah putih dalam badan) dan barah paru-paru iaitu dengan memakan bahagian dalamnya yang berjeli. Bagi kanak-kanak, ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan yang mengakibatkan batuk kokol dan gatal-gatal pada saluran pernafasan.

Ia juga boleh disapu pada badan untuk mengurangkan panas dan bahang. Selain itu, daun lidah buaya juga dapat digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan anti-kulat serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi.

RAHSIA AIS (ICE)


Rahsia Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

SEK KETIKA HAID: RISIKO KESIHATAN DAN HUKUM?

Seks ketika haid, Islam mengharamkannya, perubatan moden menyanggahnya.

Apa Kata Hukum?

Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya :"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya". (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Nabi bersabda;Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad;(Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Kenali Haid

Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj. Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai.

Risiko Kesihatan :

1) Kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika?berlaku persetubuhan ketika itu.

2) Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

3) Ada juga kemungkinan jangkitan merebak terus dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

4) Menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

5) Wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda.

6) Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita.

7) Wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita.

Sabda Rasulullah s. a. w, kesayangan kita maksudnya:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.

Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa.

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.

Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)

KHASIAT STRAWBERRY


Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan.

Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.

Salah satu jenis spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.

Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.

Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.

Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.

Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.

Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.
Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.

Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.

Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.

Home Remedies For Wrinkles

Wrinkles form when the skin thins and looses its elasticity. The appearance of some wrinklesis due to aging, and is the most common common skin problem for women. One of the first signs of wrinkles normally appear around the eye, and is called "crow's feet". As time goes by the cheeks and lips are the next thing we notice. As we age, our skin becomes thinner and dryer, both factors contribute to the formation of wrinkles.

There are many factors that can contribute in the development of wrinkles some of which are: diet and nutrition, muscle tone, pollution, habitual facial expressions, chemicals, stress, improper skin care, and lifestylehabits such as smoking.

The most important factor is sun exposure, which is your skin's worst enemy, because dries the skin and leads to the generation of free radicals that can damage skin cells. Researches show that 90% of what we think os as sigs of age are actually sigs of overexposure to sunlight. Furthermore, approximately 70% of sun damage comes from everyday activities, as driving andwalking to and from your car.

The ultraviolet-A rays that cause this enormous damage are present all day long in all seasons. These ultraviolet-A rays wear away the elasticity of the skin, causing wrinkling. The worst part is that the effects of the sun are accumulative, although they may not be noticeable for many years.

We recommed:

Home Remedies for Wrinkles #1:
Eat a balanced diet including fruits, vegetables, whole grain foods, seeds, nuts and legumes.

Home Remedies for Wrinkles #2:
Drink plenty of fluid every day. This help to keep the skin hydrated and to flush away toxins.

Home Remedies for Wrinkles #3:
Obtain fatty acids from cold pressed vegetable oils.

Home Remedies for Wrinkles #4:
Avoid alcohol, caffeine and cigarettes, they dry the skin encouraging the development of wrinkles. Also the smoking habit uses the lips muscles hundreds of times a day, whichcontributes wrinkling.

Home Remedies for Wrinkles #5:
Always protect your skin from the sun applying a sunscreen whit a sun protection factor ( SPF) of at least 15 to all exposed areas of the skin.

Home Remedies for Wrinkles #6:
Avoid alcohol- based products. Use hazel or an herbal/ floral water instead.

Home Remedies for Wrinkles #7:
Avoid using harsh soaps or solid cleansing creams, instead use natural oils such as avocado oil to remove dirt and makeup.

Home Remedies for Wrinkles #8:
Do not apply heavy oils around the eye area before going to bed, it may cause the eye to be puffy in the morning.

KHASIAT DAUN INAI

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

KEPENTINGAN VITAMIN DAN MINERAL 3

Kalsium

Fungsi
Membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Mengingkatkan fungsi otot dan saraf. Membantu darah membeku. Menggiatkan enzim-enzim yang diperlukan tubuh untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

Sumber
Susu, dadih, keju, sardin, brokoli dan daun lobak putih.

Kekurangan
Riket (sejenis penyakit tulang) pada kanak-kanak, osteomalasia (tulang lembut) dan osteoporosis pada orang dewasa.

Lebih Dos
Mengalami sembelit, karang, ginjal, pengumpulan kalsium pada tisu-tisu badan. Menghalang penyerapan zat besi dan mineral-mineral lain.

Fosforus

Fungsi
Ia bergantung dengan kalsium dalam pembinaan tulang dan gigi yang sihat. Diperlukan untuk metabolisme, kimia tubuh, fungsi saraf dan otot.

Sumber
Dada ayam, susu, kekacang, kuning telur dan keju.

Kekurangan
Walaupun jarang berlaku, ia dapat menyebabkan seseorang itu mengalami lemah-lemah tubuh, sakit tulang dan kurang selera makan.

Lebih Dos
Menghalang penyerapan kalsium oleh sistem tubuh.

Magnesium

Fungsi
Menjana enzim yang diperlukan untuk mengeluarkan tenaga dalam tubuh. Diperlukan oleh tubuh dalam pembentukan bahan genetik dan pertumbuhan tulang.

Sumber
Ayam, daging lembu, sayur-sayuran hijau, brokoli, bertih jagung, biji gajus dan gandum.

Kekurangan
Loya, bengkeng, lemah-lemah otot, kekejangan dan masalah jantung.

Lebih Dos
Loya, muntah-muntah, tekanan darah rendah, gangguan sistem saraf.

Amaran:
Lebih dos dapat membawa maut pada mereka yang menghidap penyakit ginjal.

Kalium

Fungsi
Membantu mengekalkan keseimbangan cecair badan dan amat diperlukan oleh fungsi saraf dan otot.

Sumber
Kacang tanah, pisang, jus oren, kacang hijau, cendawan, brokoli dan biji bunga matahari.

Kekurangan
Loya, kurang selera makan, lemah-lemah otot dan rasa tidak selesa terutamanya bagi mereka yagn mengalami cirit-birit. Jarang terdapat kes lebih dos dalam mineral ini.

Folik Asid

Fungsi
Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Sumber
Barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Kekurangan
Sakit disekeliling mulut, Sakit lidah, Anemia. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.

Zat besi (iron)
Fungsi
Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram berat badan.

Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin.

Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.

Sumber
hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam/itik dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber iron yang baik daripada tumbuhan

Kekurangan
Keletihan, lemah badan, Berdebar, sakit dada. Kesukaran bernafas. Anemia.

Iodin

Fungsi
Fungsi iodin yang diketahui ialah sebagai bahagian perlu kepada hormon tairod. Hormon tairod mengatur banyak aktiviti berlainan termasuk tumbesaran, pembiakan , fungsi neuromuskular, pertumbuhan kulit dan rambut, metabolisma selular, dan menolong melepaskan tenaga ke dalam sel.
Badan kita biasanya mengandungi 20 – 30mgs iodin. Lebih kurang 60% daripadanya terdapat dalam kilang tairod, selebihnya didapati pada keseluruhan tisu badan , terutamanya dalam ovari, otot dan darah.

Sumber
udang kara, tiram, sardin dan rumpai laut adalah sumber iodin yang baik.
Jumlah iodin yang terkandung dalam susu dan telur adalah ditentukan oleh jumlah iodin yang terdapat dalam makanan ternakan tersebut. Kandungan iodin yang terdapat pada sayur-sayuran adalah berbeza mengikut jumlah kandungan iodin yang terdapat pada tanah.

Kekurangan
Penyakit Goitre (benguk) iaitu pembesaran kilang tairodIQ rendahHypothyroidism.Cretinism (cacat fizikal dan mental), pada kanak-kanak.

Potassium

Fungsi
Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.

Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.

Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.

Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.

Sumber
Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.

Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato.

Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.

Kekurangan
Keletihan, lemah badan.Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.Kulit kering, tekanan darah rendah. Sembab, terdapat protein dalam air kencing, dan kejang otot.

KEPENTINGAN VITAMIN DAN MINERAL 2

Vitamin C

Fungsi
· Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat.
· pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting
· untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.
· boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
· mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
· meningkatkan penyerapan zat besi.
· bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. · mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
· egen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Sumber
buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau spt asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.

Kekurangan
· Lemah badan.
· Sakit-sakit dan sengal badan
· Bengkak gusi.
· Hidung berdarah.
· Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
· Anemia

Vitamin D

Fungsi
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.

Sumber
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.

Kekurangan
· Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).
· Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).

Lebih Dos:
Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pengumpulan kalsium pada organ tubuh, tulang rapuh dan kerosakan pada sistem renal dan kardiovaskular.

Vitamin E

Fungsi
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Sumber
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Kekurangan
· Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
· Penuaan kulit sebelum masa.
· Rambut gugur
· Anemia.

Vitamin K

Fungsi
Vitamin K is diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia boleh menolong mencegah osteoporosis.Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.Terdapat tiga bentuk vitamin K: vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin K2,keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus; dan vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik.

Sumber
Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran berdaun hijau gelap, puteh telur, daun salad, hati, oat, kacang soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria "baik" yang terdapat dalam usus.

Kekurangan
Lemah daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing; penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.
Lebih dos:Boleh menyebabkan jaundis pada bayi.

KEPENTINGAN VITAMIN DAN MINERAL 1

Vitamin A

Fungsi
boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A
· tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.
· Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salurkencing dari dijangkiti kuman.
· menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.

Sumber
telur, susu (lemak susu), dan hati

Kekurangan
lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,
· kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih.
· Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan.
· Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan.
· Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.

Lebih dos:
Bila di ambil berlebihan pula vitamin ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala, pandangan yang kabur, pitam, cirit birit, menstfruasi yang tidak tetap, kesakitan pada sendi dan tulang, kulit yang kering dan merekah, radang pada kulit, rambut gugur, muntah-muntah dan kegagalan hati.

B1 atau Thiamine

Fungsi
· pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin.
· memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.
· membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.

Sumber
gandum atau hasil gandum,
kacang pis,
kacang,
tepung yang diperkayakan
ikan
kacang tanah, daging

Kekurangan
· Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
· Kegelisahan, gangguan tidur.
· Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
· Sakit pada bahagian abdomen.
· Sembelit
· Gangguan mental atau emosi.

B2 atau Riboflavin

Fungsi
· Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.

Sumber
Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan

Kekurangan
· Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung. Begitu juga masalah kesihatan.

Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.

Fungsi
· Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).

Sumber
Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.

Kekurangan
· Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.

Lebih Dos:
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung.

Asid Pantotenik (Vitamin B5)

Fungsi
Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf.

Sumber
dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin

Kekurangan
Ulser pada manusia.

Lebih dos:
Sama seperti pada vitamin B1

Piridoksin (Vitamin B6)

Fungsi
Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.

Sumber
Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang

Kekurangan
Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.

Lebih dos:
Kerosakan pada sistem saraf.

Sianokobalamin (Vitamin B12)

Fungsi
Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah

Sumber
hasilan haiwan

Kekurangan
kekurangan darah (anemia) yang membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan jarang berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang mengalami masalah penyerapan makanan pada usus.

PIRAMID MAKANAN


Aras 1:
Bijirin, produk bijirin dan ubi

Nilai Khasiat
* Sumber karbohidrat kompleks yang baik
* Membekalkan vitamin, mineral, serat dan protein
* Rendah lemak

Cadangan Pemakanan
8 - 12 sajian

Contoh 1 sajian
1/2 cawan nasi (putih atau perang)
1/2cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
1/2 keping capati
1/2 cawan keledek/ubi kayu/keladi

============================================

Aras 2:
Buah-buahan dan sayur-sayuran

Nilai Khasiat
* Sumber vitamin, mineral dan serat yang baik

Cadangan Pemakanan
3 - 5 sajian

Contoh 1 sajian
Sayur-sayuran:
1/2cawan sayur berdaun hijau tua bersama batangnya (dimasak)
1/2 cawan sayur buah/berakar (dimasak)

Buah-buahan:
1/2 cawan jambu berukuran sederhana
1 hiris betik/nanas

============================================

Aras 3:
Susu dan hasil tenusu (kecuali susu pekat, mentega dan krim)
Ikan, ayam, daging dan kekacang

Nilai Khasiat
* Sumber kalsium yang baik
* Sumber protein yang penting
* Sumber protein yang baik
* Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink
* Kekacang juga kaya dengan magnesium dan serat

Cadangan pemakanan
1 - 2 sajian (susu dan hasil tenusu)
2 - 3 sajian (Ikan, ayam, daging dan kekacang)

Contoh 1 sajian
1 gelas susu
1 cawan dadih
1 keping keju
1 ketul paha ayam saiz sederhana
1 ekor ikan kembong saiz sederhana
2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
5 sudu besar ikan bilis
2 biji telur
1/2 cawan kacang kering/kekacang

============================================

Aras 4:
Lemak, minyak, gula dan garam

Nilai Khasiat
* Lemak dan minyak mengandungi asid lemak (EFAs) dan vitamin A, D, E dan K
* Gula (Contoh: madu, gula pasir, sirap, gula perang dan glukosa) memberi kalori yang sedikit atau tiada zat

Cadangan Pemakanan
Jumlah sedikit

============================================

Makanan di bawah ini diutamakan kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, gentian dan komponen lain yang penting untuk kesihatan.

Beras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan produk masing-masing adalah sumber tenaga dan protein yang bagus. Produk bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi, fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin) dan gentian.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

Setiap hari, cuba pilih sekurang-kurangnya satu jenis buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A atau karotenoid. Sumber yang baik adalah sayur-sayuran hijau (sawi, bayam dan kailan), lobak, tomato, keledek, mangga, betik atau tembikai. Juga, cuba makan satu pilihan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Pilihan boleh termasuk jambu, betik, oren, mangga atau belimbing. Untuk mendapat asid folik, makanlah sayuran hijau, kacang pea, kacang bendi dan jagung manis.