BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 4 August 2009

Bersolek Mengikut Element Diri

WANITA API

Kalau kulit anda kekuning-kuningan, anda tergolong dalam kumpulan wanita Api. Sebagai cadangan untuk berfesyen, anda dinasihatkan untuk memilih busana yg terdiri misalnya 'one pick shirt' bukannya mix and match. Dalam solekan, wanita Api sangat cantik jika mengutamakan rona yg dramatik. Jauhi sama sekali warna-warna solekan seperti pastel, coklat pudar, semua kumpulan hijau dan biru. Sebenarnya tidak salah anda mengenakan warna-warna tersebut, tetapi anda akan kelihatan 'kurang umpph'. Anda sebenarnya paling cantik apabila tampil dengan warna plum dan warna ungu.
(Selebriti Wanita Api: Jeniffer Lopez, Eva Mendes, Ziana Zain)


WANITA TANAH

Kulit anda berwarna agak kecoklatan. Dalam bahasa Melayu sering dipanggil hitam manis. Anda sebenarnya sangat cantik mengenakan warna-warna yg erat dgn warna alam semulajadi misalnya warna kuning tua, hijau tua, oren ikan salmon dan warna keemasan. Tetapi kecantikan wanita Tanah akan hambar sekiranya mereka tampil dgn warna biru dan kelabu. Sebagai pilihan warna lain tidak kira untuk solekan mahupun fesyen, anda sangat cantik apabila memilih warna merah kecoklatan berbanding merah jambu.
(Selebriti Wanita Tanah: Beyonce, Ashanti, Dayang Nurfaizah)



WANITA ANGIN

Kompleksi kulit anda sangat ringan dan cerah. Kulit anda sungguh putih dan kadangkala ia menghampiri warna pucat. sebenarnya warna kulit ini sangat berisiko dalam memilih warna solekan. Bukan bermakna putih itu boleh mengenakan semua warna. Kecantikan wanita Angin sangat terserlah apabila mereka mengenakan warna pastel, putih, ivory, warna coklat muda dan warna madu. Elakkan terus warna2 yg terlalu terang atau warna2 yg terlalu gelap. Utk menyempurnakan solekan bibir, wanita Angin dinasihatkan agar memilih gincu warna pic atau pengilat bibir warna merah.
(Selebriti Wanita Angin: Nicole Kidman, Liv Tyler, Nora Danish)


WANITA AIR

Wanita Air lazimnya mempunyai kulit pipi merah jambu dan sangat berseri2. Sebagai wanita Air, anda tidak perlu bersolek keterlaluan kerana solekan begitu akan memadamkan terus kemanisan semulajadi wajah anda. Dalam memilih fesyen, anda cantik mengenakan busana yg berwarna lembut misalnya gaun kembang berbunga kecil. Solekan yg berasas warna2 sejuk sangat cantik bagi wanita ini. Tetapi elakkan warna2 metalik dan warna kuning kemerahan. Sebagai idea tambahan, bedak tabur berwarna merah jambu berkilat sangat cantik utk anda gunakan sebagai 'highlight' di wajah anda.
(Selebriti Wanita Air: Mandy Moore, Katie Holmes, Daphne Iking)

Naik Tangga Baik Untuk Kaki


Bukan sukar untuk kekal cergas sebenarnya. Ada masanya anda tidak sedar pun anda sedang melakukan sesuatu yang menguatkan otot-otot anda.
Untuk menguatkan oto kaki anda sekaligus mempraktikkan latihan kardiovaskular, menaiki tangga adalah pilihan yang paling tepat!
Lakukan di mana sahaja, baik di rumah mahupun pejabat. Dua langkah anda menaiki tangga amat baik untuk paha dan pinggul. Apabila anda turun tangga pula, ia memberi kesan yang positif kepada lutut anda.

3 Senaman Bagus Untuk Perut


TENIS : Setiap kali anda memusingkan tubuh ketika hendak memukul bola, anda sebenarnya membuatkan bahagian perut bekerja pada tingkat yang paling maksimum.
(450 kalori dibakar dalam satu jam)

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI : Tumbukan dan tendangan bukan hanya berlaku pada lengan dan kaki semata-mata. Apabila anda membuat serangan atau mempertahankan diri, tenaga itu sebenarnya datang dari dalam perut.
(650 kalori dibakar dalam satu jam)

BERKAYAK : Orang selalu melapikkan bahagian lengan dan bahu kerana dua anggota ini dilihat bekerja keras semasa berkayak. Kenyataannya, pusat kuasa terhebat sepanjang anda melakukan aktiviti ini ialah di bahagian perut.
(325 kalori dibakar dalam satu jam)

Berkumur Bantu Cegah Penyakit

Berkumur dapat mencegah terjadinya berbagai penyakit. Selain itu, berkumur juga dapat menjaga kebersihan mulut dan kerongkong.
Gigi juga bersih daripada sisa-sisa makanan yg melekat. Pembusukan berlaku disebabkan oleh makanan dan air liur yang bercampur di dalam perut seterusnya menuju ke darah.
Kemudian, ia tersebar ke seluruh organ hingga mengundang berbagai penyakit.
Oleh itu, sentiasalah berkumur untuk nafas yang lebih segar!

8 Kuasa Senyum Untuk Kesihatan

1 Senyum mengubah perasaan.

2 Senyuman menghilangkan tekanan.

3 Senyuman meningkatkan imunisasi.

4 Senyuman menurunkan tekanan darah.

5 Senyuman rahsia kepada awet muda.

6 Senyuman menjadikan anda kelihatan sukses.

7 Senyuman menjadikan anda lebih menarik.

8 Senyuman menyebabkan orang akan berfikir positif tentang diri anda.

Jadi...jangan kita lokek untuk bersenyum :)

Punggung Sihat


Duduk terlalu lama akan membuatkan punggung keletihan dan pinggang lenguh. Ada caranya untuk menjaga punggung anda. Untuk mengelakkan punggung terasa sengal, lakukan aktiviti ini selama 15 minit setiap sesi:

1 Duduk tegak dan pastikan punggung anda berada dalam keadaan yang benar-benar selesa. Postur duduk yang betul akan membuatkan anda terasa beberapa sentimeter lebih tinggi.

2 Tarik nafas, pastikan otot-otot perut masuk ke dalam dan dada mengembang.

3 Tahan postur anda begitu selama beberapa minit dan lepaskan nafas perlahan-lahan.

4 Ulang langkah sebanyak tiga kali dan anda boleh meneruskan pekerjaan anda seperti biasa dengan lebih selesa.

Ikan Berdaging Putih Lebih Baik

Kandungan asid lemak Omega 3 dalam ikan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Kandungan lemak dan kolesterol dalam ikan berisi putih adalah sangat rendah. Setiap 180 gm ikan ini mengandungi kira-kira 100 kalori dan 1-3 gm lemak boleh larut. Manakala, ikan berdaging merah mengandungi lebih banyak lemak dan kalori iaitu 170 kalori dan 5-8 gm lemak.

Kenali Vitamin K

Vitamin K diperlukan untuk pengeluaran 'prothrobin' untuk pembekuan darah dan mencegah berlakunya pereputan tulang serta osteoporosis. Vitamin K berperanan penting untuk saluran usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan di dalam hati. Tiga jenis vitamin K ialah K1, K2, dan K3. Kekurangan vitamin K menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus dan saluran kencing. Sumber vitamin K antaranya asparagus, kobis, putih telur, taugeh, kacang soya, gandum dan yogurt.

7 Perkara JANGAN Lakukan Selepas Makan

1 Jgn Merokok
menurut pakar, menghisap sebatang rokok selepas makan akan memberi peluang mendapat kanser lebih tinggi.

2 Jgn Makan Buah-buahan
Makan buah-buahan selepas hidangan akan menyebabkan perut menjadi kembung. Seeloknya makan buah 1/2 jam atau satu jam sebelum menjamah hidangan.

3 Jgn Minum Teh
daun teh mengandungi asid yg tinggi dan menyebabkan kandungan protein dlm makanan yg diambil sukar utk dicernakan.

4 Jgn Longgarkan Tali Pinggang
Melonggarkan tali pinggang selepas hidangan akan membuatkan usus anda memulas.

5 Jgn Mandi
Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah di sekitar perut dan melemahkan sistem penghadaman dlm perut.

6 Jgn Berjalan
Ada sesetengah org mengatakan selepas hidangan perlu melangkah sebanyak 100 kali dan akan hidup 99 tahun. Sebenarnya, berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap pemakanan yg diambil.

7 Jgn Tidur
Makanan yg diambil tidak mampu mencerna dgn betul dan boleh mengakibatkan gastrik.