BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 15 July 2009

Normal Aging


As your body ages, you can expect it to undergo gradual changes, at its own pace. How your body ages depends in part on your family (genetic) patterns of aging. However, your lifestyle choices have a more powerful impact on how well your body ages. Fortunately, you can control your lifestyle choices.

The following are normal signs of aging. Some of these changes may apply to you; others may not. A healthy lifestyle may slow many of these effects of aging.

Skin.
With age, the skin becomes less elastic and more lined and wrinkled; fingernail growth also slows. The oil glands gradually produce less oil, making the skin drier than before. You can slow skin aging by using moisturizer and protecting the skin from the sun with sunscreen and sun-protective clothing.

Hair.
It's normal for hair to gradually thin on the scalp, pubic area, and armpits. As hair pigment cells decline in number, gray hair growth increases.

Height.
By age 80, it's common to have lost as much as 2 in. (5.1 cm) in height. This is often related to normal changes in posture and compression of joints, spinal bones, and spinal discs.

Hearing.
Over time, changes in the ear make high-frequency sounds harder to hear and changes in tone and speech less clear. These changes tend to accelerate after age 55.

Vision.
Most people in their 40s develop a need for reading glasses as the lens becomes less flexible. It's also normal for night vision and visual sharpness to decline, while glare increasingly interferes with clear vision in the later years.

Bones.
Throughout adulthood, bones gradually lose some of their mineral content, becoming less dense and strong. In women, bone loss increases after menopause. You can slow natural bone loss and reduce your risk of osteoporosis by getting regular, weight-bearing exercise (such as walking), taking daily calcium and vitamin D, and avoiding lifestyle choices that weaken bones (such as too much caffeine or carbonated beverages). Your health professional may also recommend a bone-protecting medication.

Metabolism and body composition.
Over time, the body typically needs less energy, and your metabolism slows. Hormone changes in the aging body result in a shift to more body fat and less muscle mass. The best approach to managing these changes is to take in fewer calories while keeping up or increasing your physical activity. Strength training is an especially good way to build or keep your muscle mass.

Brain and nervous system.
Starting in the third decade of life, the brain's weight, the size of its nerve network, and its blood flow decrease. But the brain adapts to these changes, growing new patterns of nerve endings. Memory changes are a normal part of the aging process—it's common to have less recall of recent memories and to be slower remembering names and details. You can help keep your brain sharp with regular social activity; "mental exercise," such as doing crossword puzzles and reading; and physical activity, which increases blood and oxygen flow to the brain.

Heart and blood circulation.
The heart naturally becomes less efficient as it ages, and your heart has to work a little harder than it once did during activity. This makes the heart muscle a little larger. You'll notice a gradual decline in your energy or endurance from one decade to the next.

Lungs.
In inactive people, the lungs become less efficient over time, supplying the body with less oxygen. Regular physical activity plays a key role in keeping your lungs strong.

Kidneys.
With advancing age, the kidneys decline in size and function. They don't clear wastes and some medications from the blood as quickly and don't help the body handle dehydration as well as in the past. This makes it increasingly important that you minimize the toxins, alcohol, and unnecessary medication that you take in, and that you drink plenty of water.

Sexual function.
Men and women produce lower levels of hormones starting in their 50s. Men produce less sperm, and their sexual response time slows, though the male sex drive doesn't lessen. Women stop ovulating and have a number of menopausal changes linked to lower estrogen production.

Jantung Yang Sihat!

Mahukan jantung yang lebih sihat? Ingin jauhi diri anda daripada mendapat penyakit yang berpunca daripada jantung anda? Amalkan tips berikut untuk jantung lebih sihat ke arah hidup lebih sempurna.

Epal
Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

Kacang soya
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

Buah-buahan kering
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

Kuaci
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

Ikan tuna
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

Oat
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

Kacang tanah
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

Kismis
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

Jambu batu
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Mangga
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

Apa Itu REFLEKSOLOGI?


Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.

Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.

Ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kecederaan tulang, sendi dan ligamen mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, tegang pada bahagian bahu dan masalah buang air besar. Secara semula jadi, tulang tapak kaki manusia agak melengkung. Ia bagi memberikan kekuatan yang lebih untuk menyokong berat badan dan pergerakan. Bagaimanapun, kedudukan tulang tapak kaki boleh berubah jika ia menerima tekanan terus menerus dan tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Maksud Titik Refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain membantu melancarkan sistem penghadaman.

Lengkungan tulang tapak kaki setiap orang tidak sama. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lengkungan normal, tinggi atau rendah. Kajian mendapati individu yang memiliki lengkungan tulang tapak kaki normal lebih beruntung kerana tekanan berat badan dapat diagihkan sama rata pada keseluruhan tapak kaki sekali gus kedudukan pergerakan mereka lebih stabil.

Urutan refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.

Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun. Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.

Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang, sendi dan ligamen sentiasa terpelihara. Wanita tidak boleh mengabaikan penjagaan kaki kerana ia sama penting dengan anggota badan yang lain seperti wajah, rambut dan kuku. Urutan refleksologi kaki ini dilakukan kurang daripada satu jam. Bagi individu yang mengalami masalah bisa pada bahagian tapak kaki disaran melakukan rawatan ini untuk memperoleh kelegaan. Individu digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

Kelebihan rawatan

Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.

Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut.

Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tidak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit. Biasanya pakar urutan ini dapat meneka penyakit yang dialami kerana titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

Tulang Yang Sihat


Minumlah susu setiap hari. Jangan sesekali anda melupakan khasiatnya. Susu sangat baik untuk tulang dan gigi. Bagi yang takut gemuk, menidakkan pengambilan susu dalam menu harian bukanlah tindakan yang baik. Kalsium adalah mineral yang paling penting untuk kesihatan tulang. Bgai wanita, kandungan kalsium yang diperlukan untuk tempoh sehari ialah di antara 1000 hingga 1500mg.

Zat lain yang tidak kurang pentingnya bagi tulang ialah vitamin D. Vitamin ini berfungsi membantu menyerap kalsium dan fosforus melalui usus. Vitamin D penting semasa proses tumbesaran tulang dan gigi selain daripada mengekalkan fungsi sistem saraf dan jantung.

Vitamin D ini sangat unik kerana mampu bertindak sebagai hormon yang mengawal penyerapan kalsium daripada usus dan mengawal paras kalsium serta fosforus dalam tulang selain daripada bertindak sebagai vitamin. Vitamin D boleh diperoleh daripada minyak ikan, hati, gandum, jagung dan kacang soya. Sinaran cahaya matahari pun mempunyai vitamin D.

Bagi yang takut gemuk untuk mendapatkan kalsium dalam susu, pilihlah yang rendah lemak. Setidaknya ambillah makanan lain yang turut mempunyai kalsium seperti keju dan yogourt. Akan tetapi, pengambilan makanan berkalsium yang rendah lemak sahaja tidak mencukupi untuk kesihatan tulang. Anda juga perlu bersenam.

Dengan bersenam terutamanya pada waktu awal pagi anda akan dapat banyak manfaatnya. Selain daripada menguatkan tulang, menambahkan stamina, anda sekali gus berpeluang mendapat vitamin D secara terus daripada sinaran matahari pagi.

Bukan sahaja pengambilan minuman ringan perlu dikurangkan tetapi juga minuman berkafein. Ini kerana kandungan kafein yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan kalsium. Jadi untuk memastikan anda sentiasa cukup kalsium, pilihlah minuman yang lebih sesuai untuk tulang. Jika bosan dengan susu atau soya, gantilah dengan jus buah-buahan.

Kenapa Kita Perlu Makan Buah Sebelum Makan?


Buah-buahan umumnya mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh kita. Antaranya ialah membuang segala sisa toksid yang ada dalam badan dan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk kegunaan aktiviti harian. Tahukah anda bahawa makan buah juga ada caranya supaya tubuh anda dapat menyerap nutrien yang dibekalkan. Sekiranya anda makan buah serentak dengan hidangan utama anda seperti nasi atau roti, ini secara tidak langsung menyebabkan nutrien buah itu tidak diperoleh sepenuhnya. Mengapa ini berlaku?


Tahukah anda, proses penghadaman menghasilkan tahap pH yang lebih berasid dari biasa. Apabila buah bertemu dengan jus penghadaman, buah akan mudah menjadi rosak. Malah, sekiranya buah-buahan bercampur dengan makanan yang dihadam, gas akan terhasil dan ini akan membuatkan anda sendawa juga.


Jika hendak minum jus buah, pastikan anda minum yang segar, bukan daripada tin. Bukan sahaja jus daripada buahan segar menyediakan nutrien yang lebih, minuman daripada tin lebih terdedah kepada perisa tambahan dan gula yang berlebihan. Elakkan daripada minum jus yang panas dan buah yang dimasak kerana khasiatnya telah hilang. Yang tinggal hanyalah rasa buah-buahan tersebut. Maka hidanglah diri anda dengan durian yang segar berbanding memakan buah durian yang telah dimasak menjadi bubur. Memang sedap tapi dimana khasiatnya?


Tahukah anda, anda akan mendapat khasiat yang lebih sekiranya anda makan buah tersebut berbanding minum jusnya. Ini kerana jus tersebut telah hilang sebahagian serat yang baik untuk tubuh.

Bagi yang beragama Islam, adab makan ada menekankan untuk makan buah sebelum menghadap hidangan utama. Ini bukan sahaja mengisi perut anda dan membekalkan tubuh anda dengan khsiat, tapi tahukah anda, keadaan ini akan menyebabkan perut anda penuh dan ini akan mengelakkan anda aripada mengambil makanan lebih daripada sepatutnya. Bukankah ini baik sekiranya anda bercadang untuk berdiet?

Agar Tubuh Lebih Sihat

Makan itu, makan ini, tapi tahukah anda apakah makanan yang diperlukan oleh tubuh supaya tampak lebih sihat dan cantik? Amalkan yang berikut, penyakit jauh, wajah lebih ceria, tubuh lebih cergas!

Fitonutrien
Fitonutrien tidak punya nilai gizi, namun dapat melindungi tubuh dari penyakit. Fitonutrien bersifat antioksidan, membantu vitamin, mineral, dan serat, untuk berfungsi secara optimum. Bijirin, kekacang, buah, sayuran merupakan sumber fitonutrien yang baik. Semangkuk sayuran boleh mengandungi lebih dari 100 jenis fitonutrien.

Fitoestrogen
Fitoestrogen adalah mirip estrogen-hormon seks wanita. Fitoestrogen biasanya ada dalam kekacang dan bijirin. Fitoestrogen adalah baik untuk wanita kerana ia dapat melambatkan proses menopos, mencegah osteoporosis, serta mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser payudara.

Serat
Serat adalah bahagian daripada biji-bijian, buah atau sayuran, yang tak dapat dicerna tubuh. Namun di usus besar, serat merupakan makanan bagi bakteria ”baik”. Serat juga menurunkan kolesterol serta mencegah sembelit dan kanser usus besar. Keperluan serat harian yang disarankan sekitar 35 gram.

Antioksidan
Antioksidan mengurangi impak negatif radikal bebas terhadap sel-sel tubuh, misalnya kulit berkedut. Antioksidan juga sering dikaitkan dengan anti-penuaan. Sumber utama antioksidan adalah vitamin C ( buah dan sayur ), vitamin E ( minyak inti biji gandum, minyak zaitun, kekacang), dan beta-karoten (lobak, tomato serta buah dan sayuran berwarna hijau). Antiokasiadan lain adalah selenium ( biji-bijian).

Buah dan Sayur
Kita dianjurkan makan 5-7 bahagian buah atau sayur setiap hari. Satu bahagian setara dengan segelas potongan buah atau sayur. Selain sumber serat dan fitoestrogen, beta-karoten (provitamin A ) dan vitamin C dalam buah dan sayur memperkuat kekebalan tubuh dan mencegah selsema. Vitamin E memperkuat dinding salur darah kapilari dan mencegahnya agar tidak pecah.

Asid Folat
Asid folat dapat mencegah anemia, menurunkan kekentalan darah-dan menghalang salur darah daripada tersumbat serta menurunkan kadar homosistein. Homosistein adalah asid amino yang dihasilkan oleh tubuh, yang jika berkadar tinggi dalam darah membuat tubuh lebih rentan terhadap penyakit jantung dan stroke. Asid folat banyak ditemukan dalam kekacang dan sayuran hijau.

Ikan Berlemak
TinggiIkan berlemak tinggi seperti salmon, sardin, mackerel dan tuna bisa menjadi pengganti daging ternak. Meski berlemak tinggi, jenisnya adalah lemak yang baik, yakni EPA dan DHA dari kelompok Omega-3. Lemak ini menjaga kesihatan mata, mencegah penyakit jantung, stroke dan diabetes Type 2.

Yang Bahaya Buat Kita, KURANGKAN

Terdapat beberapa makanan yang perlu kamu hindari untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan mengelakkan diri anda daripada menghidapi penyakit kronik yang biasa berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang seperti diabetes dan peningkatan darah tinggi.


Lemak
Keperluan kalori harian wanita dewasa adalah 35-45 kalori per kilogram berat badan, dan 25-30% kenaikkannya dipenuhi oleh lemak. Misalnya untuk wanita berberat 55 kilogram dengan aktiviti normal, keperluan lemak harian 50-65 gram. Hal ini untuk mencegah kenaikan berat badan dan keadaan lain seperti peningkatan tekanan darah dan kolesterol. Sebaiknya bahagian lemak dipenuhi dengan lemak tak tepu seperti minyak zaitun. Lemak tak tepu seperti minyak biji bunga matahari dan minyak kacang. Kurangkan mungkin lemak tepu daripada biskut, kek, mentega, serta minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan segera.

Garam
Garam adalah salah satu penyebab tekanan darah tinggi. Pengambilan garam sebaiknya tidak lebih daripada satu sudu teh sehari. Jumlah ini sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan garam tubuh. Jauhi makanan segera, makanan ringan dan snek yang biasanya mengandung kadar garam cukup tinggi.


Makanan Bergula
Elakkan makanan yang mengandungi paras gula yang tinggi. Gula sederhana seperti gula pasir tidak baik untuk kesihatan gigi dan cepat meningkatkan kadar gula darah. Gantikan dengan makanan dari biji-bijian yang belum dibuang kulit darinya, seperti nasi dari beras merah, jagung, oatmeal, atau roti dari biji gandum. Makanan ini kaya dengan karbohidrat yang kompleks yang dicerna tubuh dengan lambat, sehingga memberikan tenaga secara berperingkat dan melambatkan peningkatan kadar gula darah. Makanan tersebut juga kaya serat, sumber makanan bagi bakteria ”baik”. Namun ini tidak bermakna anda perlu menjauhi gula sama sekali kerana gula merupakan perasa yang menjadikan makanan dan minuman lebih enak di makan. Cuma berpada dengan makanan yang manis seperti kek, biskut, manisan dan air bikarbonat.

Daging
Hindari terlalu banyak makan daging ternak, terutama yang mengandungi lemak yang tinggi. Pilihan yang baik adalah daging ikan, kacang-kacangan dan biji-bijian. Lemak tepu dan kolesterol dalam daging ternak lebih mudah menaikkan kadar kolesterol darah dan meningkatkan risiko hipertensi iaitu tekanan darah tinggi. Keperluan protein harian adalah 0,8 gram per kilogram berat badan. Tapi ini tidak bermakna anda perlu menjauhi diri menikmati daging lembu dan kambing. Sekiranya anda pandai mengimbangi pengambilannya, tentunya tidak menjadi kesalahan. Lagi pun daging lembu dan kambing tetap mempunyai nutrien yang baik untuk tubuh dalam kuantiti yang dibenarkan.


10 Amalan Ke Arah Hidup Sihat

Peningkatan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti bukan lagi satu perkara asing di negara ini.

Pakar-pakar kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, ‘kebebasan’ dan kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat dan merupakan jalan terbaik memperoleh dan mengekalkan tahap kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Berikut merupakan 10 daripada bermacam-macam cara untuk anda mencapai kesihatan yang optimum dan mengurangkan tekanan.

Berhenti merokok.
Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.

Tarik nafas dalam-dalam.
Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.

Jaga gigi anda.
Berus dan flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau. Malah bau yang nyaman semestinya memberikan anda lebih semangat untuk berhadapan dengan orang ramai.

Minum, minum dan minum air!
Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.

Bersarapan!
Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.

Pilih makanan yang sihat
Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.

Gunakan tangga
Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.

Selingkan senaman semasa bekerja
Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.

Senaman bangkit tidur
Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik.

Berjalan
Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.

Pemakanan yang seimbang dan senaman adalah dua faktor utama untuk mencapai kesihatan yang optimum. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan. Makanlah berdasarkan ilmu di dada dan bukan atas selera dan nafsu sahaja!