BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 3 September 2009

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dgn susu lembu. Pengemar susu kambing menyatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya dlm menyembuhkan penyakit dalaman.

Sunnah Rasulullah yang telah dilupakan

Susu kambing dpt menjadi alternatif bagi pengguna yg mempunyai alergi terhadap susu lembu. Boleh jadi itulah hikmahnya mengapa dlm riwayat-riwayat sahih tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya kita temui kisah mereka minum susu kambing dan bukan susu lembu.

Rasulullah saw. pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan dalam HR. Muslim bahwa Islam datang dalam keadaan asing dan pada akhirnya akan datang suatu masa di mana Islam akan menjadi asing kembali. Karana dalam memahami dan mempraktikkan ajaran-ajaran Islam seorang muslim diperintahkan Allah SWT. untuk meneladani Rasulullah saw. (QS. 33: 21)[1], maka dalam sejarahnya terdapat pula masa di mana praktik meneladani semaksimal mungkin seluruh sikap dan perilaku sehari-hari Rasulullah – termasuk kebiasaan makan dan minumnya – mengalami masa awal yang asing dan masa kemudian yang asing pula.

Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw. adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari ambing kambing (kisah Abdullah bin Mas'ud pada masa remaja saat dia menggembalakan kambing milik Uqbah bin Mu'aith)[2]. Namun, berapa peratus dari penduduk muslim di seluruh dunia ini – terlepas dari kemampuan ekonominya – yang punya kebiasaan minum susu kambing? Atau lebih spesifisik lagi: berapa peratus dari seluruh kaum muslimin di dunia ini yang tahu akan manfaat susu kambing?

Khasiat Susu Kambing Bagi Kita

Jarang yang tahu, ternyata selain padat dgn gizi, susu yang beraroma khas ini berkhasiat tinggi bagi kesihatan. Sejumlah penyakit seperti gangguan pencernaan, TBC, dan disfungsi seksual boleh diatasi dengan mengambil susu kambing.

Di sisi lain, minum susu kambing sebagai makanan tambahan ( food supplement ) diketahui dapat mengurangi gangguan pernafasan, seperti asma, bronkitis, bahkan juga rematik. Selebihnya, karana susu kambing mampu mengurangi lemak dalam tubuh, minuman ini pun boleh menghaluskan kulit.

Meski begitu, sesungguhnya mekanisme kerja susu kambing dalam mengatasi berbagai gangguan penyakit dalam tubuh belum diketahui secara pasti karena penelitian tentang itu masih sangat terbatas dan umumnya hanya dilakukan di negara-negara Asia.
Hanya, yang jelas, susu kambing mengandung zat bioaktif yang mampu menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh. Selain itu, khasiat susu kambing akan lebih efektif bila peminumnya selalu menjaga kesihatan tubuh, misalnya dengan bersukan.

Keistimewaan Susu Kambing

Kaya Protein, enzim, mineral, vitamin A, dan Vitamin B (riboflavin). Beberapa jenis enzim juga terdapat dalam susu kambing, antara lain : Ribonuklease, Alkalin Fosfate, Lipase, dan Xantin Oksidase. Sementara beberapa mineral yang terkandung dalam susu kambing yaitu Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosfor, Klorin dan Mangan.

Mencegah penyakit demam kuning.

Mencegah penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.

Mencegah penyakit lemah jantung.

Mencegah penyakit darah tinggi/pening-pening.

Mencegah batuk kering.

Mencegah penyakit yg menyerang jantung, limpa dan hati.

Mencegah penyakit saraf yg dialami apabila usia semakin lanjut.

Cukup bermanfaat bagi mereka yg mengalami lemah tenaga batin.

Snek Untuk Hidup Sihat....

Memakan makanan ringan atau snek boleh memberi khasiat dan mengekalkan kecergasan sepanjang hari. Selain itu, ia juga boleh menjadi sumber pada kalori dan juga lemak. Anda perlu mengetahui cara memilih pelbagai jenis makanan ringan dan menggabungkannya menjadi diet sihat. Ketahuilah mitos dan fakta tentang makan ringan.

MITOS: Snek merosakkan selera anda utk makan.
FAKTA: Benar jika anda mengambil kuantiti snek yg besar sebelumwaktu malam. Tetapi, snek ringan yg dimakan tiga jam sebelum waktu makan sebenarnya mengelakkan anda daripada menjadi terlalu lapar dan mengambil makanan berlebihan.

MITOS: Habit mengambil snek boleh menyebabkan berat badan bertambah.
FAKTA: Benar jika anda mengambil snek berkalori tinggi dlm jumlah yg banyak. Sebaliknya, snek berkhasiat yg diambil pada wakyu-waktu tertentu boleh membantu anda mengawal berat badan. Memakan snek yg menyumbang khasiat kepada deit anda sementara menunggu dari satu waktu makan ke satu waktu makan yg lain mengurangkan perasaan lapar serta mengelak makan berlebihan.

MITOS: Kanak-kanak perlu dilarang mengambil snek.
FAKTA: Sebenarnya, kanak-kanak memerlukan snek. Mereka mempunyai tenaga yg tinggi dan perut yg kecil. Mereka tidak akan mendapat kesemua khasiat dan kalori yg mereka perlukan dgn hanya mengambil hidangan makan tiga kali dlm sehari.

Manfaat Diet Kombinasi - Gabungkan Diet Yang Berbeza Mengikut Kesesuaian

Weight Watcher:
Saranan yg dianjurkan utk mengatasi rasa lapar dgn mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Mengambil anggur saat lapar bukan saja bagus utk tubuh sekaligus menampung keperluan vitamin dan antioksida.

 Atkins:
Cara diet ini mengurangkan pengambilan karbohidrat utk memudahkan proses pembakaran lemak berlaku. sebagai gantinya, pilihlah lemak tak tepu seperti minyak zaitun dan salad.

Makrobiotik:
Diet berdasarkan sumber kekacang dan bijirin sebagai asas pola makan. Contohnya, beras merah utk mengantikan beras putih. Manfaatnya kaya serat dan menurunkan risiko gangguan jantung serta kanser.

Zone:
Model diet ini mengatur anda utk membina otot tubuh dgn pengambilan protein. Anda tidak boleh sesuka hati makan semua jenis makanan yg berprotein tinggi. Bayangkan 'bahaya' yg terkandung dlm sekeping sirlion steak dgn cream cheese. Tinggi protein sekaligus kalori. Jadi, pilih makanan yg mengandungi lean protein separti tempe, putih telur, keju rendah lemak, sepotong daging ayam tanpa kulit atau ikan.

SERAT - Elak Barah

Serat atau fibre memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan badan bagi mencegah ketumbuhan barah dan juga pengawalan berat badan.
Namun zat makanan ini tidak diberi perhatian berat oleh kebanyakkan org, terutama kanak-kanak. Dlm sehari setiap org dewasa perlu mengambil antara 25 hingga 30 gm zat serat utk keperluan badan.
Mungkin setelah mengetahui akan peranan dan khasiat zat makanan ini, ramai yg akan terpengaruh utk menambah kandungan serat yg mampu bertindak sebagai satu bahan pencuci dalam badan di dlm amalan pemakanan harian masing-masing.

Khasiat Pengambilan Serat

Utk mengurangkan berat badan - makanan yg mengandungi serat yg tinggi akan dapat menghasilkan penurunan berat badan lebih baik daripada makanan yg mengandungi kurang lemak. Mereka yg makan banyak serat akan dapat mengurangkan pengambilan kandungan kalori sebanyak 10 peratus.
Mengapa??

Ini adalah kerana serat menjadikan anda cepat kenyang, oleh itu anda anda akan makan sedikit sahaja. Namun mereka yg makan banyak serat dengan ditambah pula dengan makanan yg kurang lemak boleh mengurangkan berat badan tiga kali lebih banyak berbanding mereka yg hanya memakan makanan berlemak rendah.

Untuk mencegah pertumbuhan barah, mengikut kajian yg telah dibuat, mereka yg memakan sekurang-kurangnya 39 gm serat sehari akan dapat mengurangkan risiko pertumbuhan barah, terutama sekali barah usus.
 
Jenis-Jenis Serat

1 - Larut Di Dalam Air.
Berupaya menghapuskan kegiatan penyerapan kolesterol ke dalam pembuluh darah. Maka dgn ini, kuranglah kolesterol yg akan diserap ke dlm tubuh. Serat yg larut dpt mengurangkan kadar penghadaman dlm perut maka itu dpt membekalkan tenaga pada kadar yg lebih rata.

Makanan yg banyak mengandungi serat yg larut dlm air:
> Emping Oat
> Pelbagai Jenis kacang
> Barli
> Buah-buahan Terutama Jenis Sitrus atau Epal
> Sayur-sayuran

2 - Tidak Larut Di Dalam Air
Memudahkan perjalanan makanan  serta hampas bahan makanan yg telah dihadam melalui usus serta bertindak utk melawaskan proses membuang air besar. Makan banyak serat tidak larut boleh mengurangkan masalah sembelit.
 
Makanan yg banyak mengandungi serat yg tidak larut dlm air:
> Kulit Gandum (wheat bran)
> Semua Jenis Biji-bijian 'whole grains' seperti beras, gandum dan rye, roti whole grain, emping atau cereals utk sarapan pagi.
> Bijian benih seperti kuaci, biji benih bunga matahari, biji durian, cempedak, nangka dan buah-buahan.
> Buah-buahan yg dimakan dgn kulit dan sayuran berdaun.

Jika anda mengamalkan makanan yg mengandungi serat yg tinggi (mengikut sukatan yg diperakukan0 tiap-tiap hari, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga nasi atau roti whole grain serta cereal utk sarapan pagi sudah pasti anda akan dpt mancapai kedua-dua matlamat di atas, yakni dpt mencegah barah usus sambil dapat pula mengawal berat badan anda.

Makanan Pedas - Boleh Hancurkan Lemak


Berita baik bagi anda yg gemar masakan pedas! Kajian dari British mendapati individu yg menggemari makanan pedas boleh boleh membakar hampir 25 peratus kalori di dalam badan berbanding mereka yg tidak suka makan pedas.

Di manakah rahsianya?

Ini kerana serbuk cili dan sos pedas yg ada dalam kandungan makanan tersebut memberi kesan 'thermogenic' pada kadar metabolisma anda. Setelah memakan makanan pedas, haba yg keluar semasa proses penghadaman berlangsung secara tidak langsung akan membakar lebih pantas.

6 Tips Untuk Bibir Seksi

1 - Pilih warna gincu yg paling sesuai dgn anda. Misalnya warna merah tomato, merah jambu keunguan utk kulit putih, merah keunguan utk kulit kuning langsat serta warna merah gelap atau coklat keemasan utk kulit sawo matang. Selain mempertimbangkan soal warna, ambil kira juga tekstur gincu tersebut. Utk kesan lebih seksi, pilih gincu yg bertekstur basah (glossy). Jika ingin tampil anggun, pilih gincu dgn tekstur matte. Jng lupa mempertimbangkan daya tahan gincu tersebut. Jika majlis anda hadiri memerlukan masa yg panjang ataupun diiringi dgn acara makan, sbaik-baiknya pilih gincu dgn formula antiluntur. (long wearing).

2 - Sebelum mengenakan gincu, lapisi bahagian bibir anda dgn alas bedak (foundation) agar gincu tersebut tahan lebih lama. Seelok-eloknya gunakan alas bedak dgn formula oil-free (bebas minyak). Jika bibir anda kering, gunakan pelembab bibir (lips balm) yg tidak mengandungi minyak sebelum menggunakan alas bedak tersebut.


3 - Lukis bentuk bibir dgn pensel bibir (lip liner). Jng lukis bibir terlalu tebal. Bentuk bibir dgn pensel bibir dlm garis-garis kecil yg menyambung sehingga nampak rapi.

4 - Kemudian, kenakan gincu pada bibir. Utk hasil terbaik, gunakanlah kuasa bibir. Mulai dari sudut luar bibir bawah terus sehingga sampai tengah bibir. Ulangi langkah yg sama utk bibir atas. Setelah selesai semua, lekap bibir pada sehelai tisu utk memudarkan warna yg lebih pada bibir.

5 - Kenakan gincu sekali lagi pada kedua-dua bahagian bibir. Kemudian lekapkan sekali lagi bibir pada tisu. Utk hasil yg optimal, kenakan gincu utk menyerlahkan lagi bibir anda.

6 - Utk kesan yg lebih dramatik, kenakan gincu berwarna terang dari warna gincu dasar pada bahagian tengah bibir atas dan bawah. Sekiranya anda menggunakan warna merah cili, gunakan warna merah kemasan di bahagian tengah. Kemudian lekapkan kedua-dua bibir. Ini akan menjadikan bibir anda kelihatan seolah-olah penuh. Sebagai langkah terakhir, kenakan pengilat bibir (lip gloss) di bahagian tengah bibir. Ini akan menjadikan bibir nampak lebih sempurna.

KAVIAR Berkesan Untuk Kecantikan Kulit

Selain dari lazat dimakan, kaviar banyak kegunaannya kapada kecantikan kulit. Ini kerana di dlm kaviar terdapat kandungan protein, vitamin dan mineral. Ekstrak kaviar juga menguatkan fungsi penting kulit dan merangsang metabolisme selular secara semulajadi. Kandungan ceeramides dan panthenol yg terdapat dlm kaviar membuatkan kulit wajah menjadi lebih halus dan anjal. Untuk rawatan sekitar mata, krim kaviar dpt mengurangi kerutan di sekitar mata dan mengembalikan kekenyalan kulit di sekitar mata.