BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 3 September 2009

Snek Untuk Hidup Sihat....

Memakan makanan ringan atau snek boleh memberi khasiat dan mengekalkan kecergasan sepanjang hari. Selain itu, ia juga boleh menjadi sumber pada kalori dan juga lemak. Anda perlu mengetahui cara memilih pelbagai jenis makanan ringan dan menggabungkannya menjadi diet sihat. Ketahuilah mitos dan fakta tentang makan ringan.

MITOS: Snek merosakkan selera anda utk makan.
FAKTA: Benar jika anda mengambil kuantiti snek yg besar sebelumwaktu malam. Tetapi, snek ringan yg dimakan tiga jam sebelum waktu makan sebenarnya mengelakkan anda daripada menjadi terlalu lapar dan mengambil makanan berlebihan.

MITOS: Habit mengambil snek boleh menyebabkan berat badan bertambah.
FAKTA: Benar jika anda mengambil snek berkalori tinggi dlm jumlah yg banyak. Sebaliknya, snek berkhasiat yg diambil pada wakyu-waktu tertentu boleh membantu anda mengawal berat badan. Memakan snek yg menyumbang khasiat kepada deit anda sementara menunggu dari satu waktu makan ke satu waktu makan yg lain mengurangkan perasaan lapar serta mengelak makan berlebihan.

MITOS: Kanak-kanak perlu dilarang mengambil snek.
FAKTA: Sebenarnya, kanak-kanak memerlukan snek. Mereka mempunyai tenaga yg tinggi dan perut yg kecil. Mereka tidak akan mendapat kesemua khasiat dan kalori yg mereka perlukan dgn hanya mengambil hidangan makan tiga kali dlm sehari.

0 comments: