BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 29 August 2009

Jangan Tahan Bersin

Kepantasan udara yg dilepaskan ketika bersin boleh mencapai 160 km/jam. Demikian menurut Dr. Mark Leyner dan Dr. Billy Goldberg. Oleh itu, jangan ditahan-tahan jika anda terasa ingin bersin. Perbuatan ini boleh menyebabkan gegendang telinga pecah, hilang pendengaran, wajah bengkak sementara dan keretakan tulang rawan hidung.

Hati-Hati Dengan Krim Pemutih

Putih sudah menjadi obsesi sehingga membuatkan ramai lupa diri. Dalam suatu kajian yg telah dijalankan di Amerika Syarikat (Arndt dan Fitzpatrick,1965), krim pemutih mengandungi dua peratus - lima peratus hidrokuinon yg boleh mendatangkan kecederaan pada kulit. Kajian yg dilakukan ka atas 56 org responden wanita yg mempunyai masalah bintik hitam pada kulit mendapati krim yg mengandungi hidrokuinon boleh menghilangkan bintik-bintik hitam pada 44 org daripada 56 responden. Bagaimanapun, pemakaian krim pemutih yg mengandungi hidrokuinon berlebihan (lebih lima peratus) boleh menyebabkan kulit iritasi dan terasa sedikit terbakar. Lebih bahaya lagi krim pemutih yg digunakan mengandungi merkuri. Logam yg sebenarnya sudah dilarang penggunaannya itu memang menjadikan kulit nempak putih mulus, tetapi lama-kelamaan akan mendap di bawah kulit. Setelah bertahun-tahun kulit akan menjadi biru kehitaman, bahkan ia boleh menyebabkan kancer.

Cergas Dengan Tarian Salsa

Tarian melibatkan banyak pergerakannya yg tersendiri. Salah satunya ialah tarian Salsa yg sesuai utk semua peringkat umur. Gerak langkah dlm tarian Salsa mengikut tempo yg lebih cepat berbanding tarian-tarian lain. Tarian Salsa dikatakan membentuk tubuh lebih ramping. Ia bergantung kepada tahap keaktifan dan kecekapan seseorang itu menari, tempoh masa menari dan kekerapan. Tarian ini juga membantu mengurangkan tekanan darah, kolesterol dan menjaga kesihatan jantung. Setengah jam menari membakar kira-kira 200 hingga 400 kalori sama seperti berjalan, berenang atau berbasikal.

Mineral Dalam Nasi

Mengapa setiap kali berdiet anda harus melupakan terus pengambilan nasi sedangkan nasi banyak khasiatnya kepada tubuh. Nasi sememangnya mengandungi jumlah karbohidrat, namun lebih jauh lagi ia mengandungi vitamin dan mineral tertentu yg menguatkan tubuh.

Biarpun ia mampu membuat perut merasa kenyang dan terhindar dari dehidrasi namun jika anda memilih utk berdiet, hadkanlah pengambilannya. Biarpun jumlah sedikit, namun mineral yg anda perolehi tetap sama.

Fakta Sihat-Apa Yg Perlu Anda Tahu?

* Sarapan pagi dgn bijirin kaya serat akan mengurangkan stres. Sesekali beralihlah mengambil makanan kaya seret seperti cornflakes utk sarapan pagi anda.

* Coklat cukup baik utk merangsang hormon di otak kerana mengandungi antioksidan, zat besi dan magnesium.

* Tiram kaya sumber mineral dan zat besi yg cukup baik utk kekuatan tubuh dan juga kesihatan kulit.

* Semangkuk kecil kacang merah (sekitar 200gm) ternyata sama khasiatnya dgn sepinggan sayur dan buah-buahan segar.

* Susu rendah lemak atau kurang lemak mengandungi jumlah kalsium yg sama dgn susu biasa. Jadi usahlah ragu akan kekurangan jumlah kalsium yg mencukupi hanya kerana jenis susu yg berbeza ini.

* Semakin gelap warna buah dan sayuran, makin tinggi lah nilai gizinya.

* Makan selepas jam 8 tidak akan menambah berat badan sekiranya kesemua jenis lemak dan kalori  digunakan sepenuhnya sebelum anda tidur. Jika makan melebihi jumlah tenaga yg digunakan, lemak mudah terkumpul dan risiko kenaikan berat badan juga makin bertambah.

* Ingin kulit cantik? Minyak zaitun, biji bunga matahari, badam, lemak Omega 3 dari ikan Salmon, ikan Kembung dan Sardin paling baik utk mencantikkan kulit.

Kelebihan Buah Mengikut WARNA

Warna mempunyai kaitan dgn jiwa. Selain fesyen, makanan yg berwarna juga mempengaruhi kesihatan.
Tahukah anda bahawa warna bukan hanya sekadar melekat di jiwa malah mempunyai kaitan yg kuat dgn kesihatan diri. Kedengarannya mungkin pelik. Bagaimana?

Buah-buahan dan sayur-sayuran yg diletakkan selambak di pasar sebenarnya banyak kelebihan masing-masing. Ia bukanlah hanya sekadar kelebihan masing2. Ia bukanlah hanya sekadar warna tetapi membekalkan khasiat tertentu. Kenali khasiat dari setiap warna buah-buahan dan sayu-sayuran ini.
Kumpulan MERAH
Buah/Sayur: Tomato, Grapefruit atau sejenis buah limau masam berwarna merah jambu dan Tembikai.
Khasiat: Kesemua buah-buahan dari golongan ini mengandungi 'lycopene' yg tertumpu di kelenjar prostat bagi lelaki dan berupaya melindungi DNA. Warna merah juga disebabkan oleh kandungan likopena ini, iaitu karotenoid atau sebatian semulajadi yg memberikan warna merah kpada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semulajadi yg baik utk kesihatan badan. Bahan likopena ini juga mengurangkan risiko beberapa jenis kancer dan penyakit jantung.


Kumpulan KUNING/HIJAU
Buah/Sayur: Avokado, Bayam, Lobak Hijau atau Turnip, Kacang Pis dan Tembikai Susu.
Khasiat: Golongan buah dan sayuran ini mengandungi 'lutein dan 'zeaxanthin', sejenis karotenoid yg berupaya menyihatkan mata. Malah kekurangan mengambilnya juga dikatakan berisiko tinggi menghadapi katarak mata. Masalah penglihatan juga akan lebih tinggi berlaku di kalangan org-org tua dan yg mengalami masalah kabur mata. Jadi, berusaha melebihkan sumber sayur dan buah ini.
Kumpulan OREN
Buah/Sayur: Mangga, Ubi Keledek, Lobak, Aprikot, Tembikai dan Labu.
Khasiat: Biasanya buah dan sayuran kategori ini mengandungi alpha dan juga beta karotena jenis antioksida. Beta karotena secara semulajadinya berubah menjadi vitamin A di dlm badan. Bagaimanapun jika berlebihan, vitamin A boleh menjadi toksik, tetapi badan kita secara semulajadi mengubah vitamin A yg secukupnya sahaja dari beta karotena. Ini membuatkan sumber vitamin A yg selamat tersimpan di dlm badan.

Kumpulan HIJAU
Buah/Sayur: Brokoli, Brussels Sprouts (sejenis sayur seperti kubis hijau kecil) dan Kubis
Khasiat: Sayur-sayuran ini mengandungi 'sulforaphane', 'isothiocyanate' dan 'indoles' yg berupaya merangsang gen-gen di kawasan hati. Seterusnya akibat rangsangan ini, hati akan berupaya mengeluarkan enzim-enzim yg boleh menghancurkan kimia-kimia yg menyebabkan barah di dlm badan.

Kumpulan MERAH/UNGU
Buah/Sayur: Anggur, Jus Anggur, Prun Cranberry, Blueberry, Blackberry, Strawberry dan Epal Merah.
Khasiat: Buah-buahan ini mengandungi 'anthocyanins' yg merupakan antioksida (bahan yg boleh melindungi sel-sel daripada radikal oksigen yg merosakkan). Kandungan dgn 'anthocyanins' ini sebenarnya mengelakkan darah beku.


Kumpulan OREN/KUNING 
Buah/Sayur: Peach, Betik, Semua jenis Limau dan Jus Limau.
Khasiat: Buah-buahan ini membekalkan khasiat karotenoid, satu famili kimia yg mempunyai beta karotena. Malah buah-buahan seperti oren mengandungi serat yg tinggi di samping pembekal vitamin C dan E yg tinggi. Kesemua sayur dan buah-buahan ini baik utk kesihatan kulit. Betik pula pembekal vitamin A yg sihat utk mata secukupnya sahaja dari beta karotena. Ini membuatkan nya sumber vitamin A yg selamat tersimpan di dlm badan.
        
Kumpulan PUTIH/HIJAU
Buah/Sayur: Daun Saderi, Bawang Putih dan juga Buah Pear.
Khasiat: Pokok-pokok dlm golongan famili bawang mengandungi 'allicin' yg didapati boleh mengelakkan tumor atau ketumbuhan. Makanan ini juga kaya dgn sumber flavonoids termasuk 'quercetin' dan 'kaempferol' yg semuanya tergolong dlm kategori antioksida. Daripada semua antioksida yg terdapat dalam buah dan sayur, flavonoids adalah kumpulan terbanyak yg kita makan, sehingga jumlahnya satu gram setiap hari.