BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 29 August 2009

Hati-Hati Dengan Krim Pemutih

Putih sudah menjadi obsesi sehingga membuatkan ramai lupa diri. Dalam suatu kajian yg telah dijalankan di Amerika Syarikat (Arndt dan Fitzpatrick,1965), krim pemutih mengandungi dua peratus - lima peratus hidrokuinon yg boleh mendatangkan kecederaan pada kulit. Kajian yg dilakukan ka atas 56 org responden wanita yg mempunyai masalah bintik hitam pada kulit mendapati krim yg mengandungi hidrokuinon boleh menghilangkan bintik-bintik hitam pada 44 org daripada 56 responden. Bagaimanapun, pemakaian krim pemutih yg mengandungi hidrokuinon berlebihan (lebih lima peratus) boleh menyebabkan kulit iritasi dan terasa sedikit terbakar. Lebih bahaya lagi krim pemutih yg digunakan mengandungi merkuri. Logam yg sebenarnya sudah dilarang penggunaannya itu memang menjadikan kulit nempak putih mulus, tetapi lama-kelamaan akan mendap di bawah kulit. Setelah bertahun-tahun kulit akan menjadi biru kehitaman, bahkan ia boleh menyebabkan kancer.

0 comments: