BAGI wanita yang peka dengan penampilan dan kebersihan diri kuntuman senyum itu perlu diserikan dengan barisan gigi yang putih dan tersusun. Justeru, kesihatan mulut hendaklah diutamakan bagi memastikan bakteria tidak bermaharajalela sehingga menyebabkan gigi rosak dan nafas berbau. Berikut adalah tip yang boleh diamalkan untuk mengekal kesihatan mulut.
Friday, 3 July 2009
TIPS MENGEKALKAN KESIHATAN GIGI
Posted by farahsza at 9:18 pm 0 comments
Labels: tips
PETUA AWET MUDA
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud
Sentiasa tenang dan bersikap positif
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
Posted by farahsza at 9:15 pm 0 comments
Labels: petua
TIPS MENGELAK KEROSAKAN RAMBUT
Posted by farahsza at 9:07 pm 0 comments
TIPS KURUS - UBAH GAYA HIDUP UTK KURUS
Dalam kesibukan rutin seharian dengan waktu makan terhad serta hidangan yang biasanya disediakan dalam kuantiti yang banyak, usaha mengurangkan berat badan secara menyihatkan mungkin sukar dilakukan.
Biarpun usaha mengurangkan berat badan sebelum ini gagal atau anda mungkin terpaksa menempuh masalah yang menyebabkan pertambahan berat badan, ini tidak bermakna anda tidak berupaya untuk mengurangkan berat badan.
Merangka pelan yang memenuhi keperluan peribadi serta melakukan perubahan gaya hidup yang penting boleh membantu anda mencapai pengurangan berat badan yang menyihatkan untuk jangka panjang.
Berikut saranan mengurangkan berat badan menerusi cara menyihatkan:
# Beri tumpuan kepada buah-buahan dan sayur-sayuran
Kandungan air dan serat yang tinggi dalam kebanyakan buah-buahan serta sayur-sayuran menjadikannya pilihan terbaik untuk hidangan ringan menyihatkan di samping disajikan dalam hidangan utama.
Vitamin dan khasiat dalam buah-buahan serta sayur-sayuran membantu untuk memperoleh tahap kesihatan yang baik. Serat membuatkan seseorang itu cepat berasa kenyang. Oleh itu, ia memang pilihan bijak.
Serat juga membantu dari segi penghadaman, sekali gus membolehkan tubuh memproses apa yang dimakan menerusi cara menyihatkan.
# Pilih makanan yang mempunyai kepadatan rendah
Makanan yang boleh dinikmati dalam saiz yang besar dengan kalori rendah dianggap makanan yang mempunyai kepadatan rendah. Makanan berkenaan (termasuk kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran) lebih mengandungi air serta serat. Mulakan makanan dengan menikmati salad atau sup (hati-hati dengan tambahan sos atau jumlah sodium) untuk membantu anda berasa kenyang.
Apabila sudah berasa sedikit kenyang, anda tidak akan makan terlalu banyak ketika menikmati hidangan utama.
# Minum banyak air
Minum air boleh mengelakkan pengambilan kalori berlebihan. Amalkan pengambilan air antara enam hingga lapan gelas setiap hari.
# Pergi membeli-belah ketika anda tidak lapar
Sediakan senarai barangan yang hendak dibeli. Pada masa sama, simpan makanan yang digemari (berkalori tinggi) di dalam laci yang jauh daripada penglihatan.
Cara terbaik adalah tidak membeli makanan berkalori tinggi. Ini kerana, apabila anda tidak mempunyai simpanan makanan berkalori tinggi di rumah, anda dapat menghalang diri daripada menjamah makanan itu kerana ia tiada dalam simpanan.
Penuhkan peti sejuk dengan buah-buahan seperti jambu batu, oren, epal, lobak merah atau jagung yang boleh dinikmati dengan cara menyihatkan. Apapun, usah ghairah menambah hidangan itu dengan perisa tambahan seperti mayonis dan mentega yang kaya dengan lemak.
# Rancang waktu makan utama dan hidangan ringan lebih awal
Kita akan cenderung untuk makan secara sederhana jika memikirkan mengenai sajian yang menyihatkan lebih awal dan hanya makan apabila lapar.
Posted by farahsza at 8:34 pm 0 comments
ATASI SAKIT KEPALA
Tentu ramai di antara kita yang mengidap sakit kepala yang dinamakan migrain. Maklumlah, kita ini manusia, tak lari dari masalah. Kadang-kadang itu, kerja yang melambak-melambak di pejabat dan jugak di rumah pun boleh menyebabkan migrain ini melanda. Disini ada berapa tips bagi mengatasi dan jugak mengurangkan sakit migrain ini.
Posted by farahsza at 8:02 pm 0 comments
PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM
Larangan Terhadap Amalan Perbuatan Dan Kebiasaan
Yang Boleh Merosakkan Kesihatan Tubuh
Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar. Mandi setelah makan.
Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
Berada dalam keadaan terlalu lapar.
Berjaga malam selain dari qiamullail.
Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
Memakan daging.
Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
Bercakap banyak.
Tidur banyak.
Makan banyak.
Banyak jimak.
FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
Banyak jimak.
Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
Banyak memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
Tinggalkan dari bercakap kosong.
Sentiasa bersugi.
Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
Melihat pekara-pekara yang haram.
Melancap.
Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
Tidak membaca Al-Quran.
Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang HARAM. Mengumpat dan mengata.
Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA... ....JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
Selepas berjimak.
Selepas makan atau sebelumnya.
Ketika sedang makan.
Selepas memakan buah-buahan.
Selepas keluar dari bilik mandi.
Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00... ...atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
Selepas masuk waktu Asar.
Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
Merosakkan warna kulit.
Melemahkan jantung.
Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur. Hindarkan dari tidur lewat malam. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA.
Banyak melakukan jimak.
Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
Banyak minum air di waktu pagi.
Banyak memakan atau meminum yang serba masam.
SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
Merokok yang berterusan.
Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
Kurang tidur.
Sentiasa mandi di tengah malam.
Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
Melakukan kerja secara berterusan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
Melihat kepada benda-benda kotor.
Melihat kepada palang +/salib.
Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
Duduk dengan membelakangkan kiblat.
Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
Banyak menangis.
Posted by farahsza at 7:38 pm 0 comments