BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 31 August 2009

9 Herba Hebat Untuk Pengubatan

'Spicy Mustard Seed' - Sering kali digunakan utk membantu masalah pencernaan. Dalam pengubatan Cina, ia dikenali sebagai tonik 'Yang', yg bermaksud merangsang dan menyegarkan badan.

'Feverfew' - Herba yg namanya membawa maksud mengurangkan demam. Ia telah digunakan sejak zaman dahulu lagi utk merawat migrain dan loya.

'Lemon Balm' - Kaya antioksida. Kajian menunjukkan bahawa ia mengandungi 10 kali ganda aktiviti antioksida berbanding vitamin C atau E.

'Sage' - Selain digunakan sebagai bahan perasa, ia digunakan utk membantu penghadaman terutamanya setelah mengambil makanan berlemak.

'Lavender' - Ia mengandungi agen penenang utk membantu memberikan ketenangan dan merehatkan minda.

'Peppermint' - Ia membantu utk memberikan ketenangan dan menyejukkan badan.

'Oregano' - Berpotensi sebagai antioksida utk membantu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas.

'Rosemary' - Ia mengandungi antioksida utk mencegah katarak.

'Chamomile' - Digunakan di Jerman sebagai bahan berkumur mulut (gargle) utk membantu mencegah jangkitan gusi.

0 comments: