BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 31 August 2009

Merawat Rambut Kering

Rambut kering dan kusam paling bermasalah kepada kaun wanita. Selain sukar diurus, ia juga memcacatkan pemanpilan apatahlagi jika ia selalu terdedah kepada sinaran matahari. Selain itu, rambut yg kering juga mampu mengakibatkan rambut bercabang dan berpecah-pecah pada hujungnya (spilt ends). Cubalah tips di bawah ini bagi merawat rambut anda yg kekeringan.

* Walaupun sukar terutamanya bagi anda yg berkerja, tetapi cubalah jauhi sinaran matahari secara langsung dan juga air laut.

* Guna syampu yg bersesuaian dgn rambut. Pilih yg mengandungi pelembab dan ceramide (vitamin rambut) yg berfungsi membersihkan kotoran rambut sekaligus melindungi warna rambut agar tidak kelihatan kusam.

* Jgn terlalu kerap menukar syampu. Sebaiknya jika cuaca terlalu panas dan rambut terdedah kepada persekitaran luar, syampu rambut anda setiap hari.

* Selain itu, pastikan anda memakai perapi rambut (conditioner). Walaupun ada syampu yg mengandungi perapi sekaligus di dlmnya (2 in 1) tetapi bagi yg mengalami masalah rambut kering, cubalah pilih perapi dan syampu secara berasingan. Pilihlah perapi yg diperkaya dgn vitamin A atau B. Urut kulit kepala anda menggunakan hujung jari agar kandungan perapi tersebut lebih mudah menyerap ke dlm pori-pori rambut. Biarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum dibilas.

* Pelembab rambut juga diperlukan dan seeloknya pilihlah yg berasaskan air (H20). Hanya tuangkan sedikit ke telapak tangan anda dan urutlah ke setiap helaian rambut anda dari akar hingga ke hujung rambut anda.

* Sekiranya hujung rambut anda mula bercabang, cuba gunting hujung rambut anda setiap enam minggu sekali secara rutin bagi mengembalikan rambut yg asal.

* Bagi mereka yg gemar menggunakan hair dryer, apa kata simpan dulu di dlm almari. Ini kerana rambut yg sedia kering akan bertambah kering dan rosak jika kerap terdedah kepada wap panas yg berlebihan.

* Makanan juga penting kepada kesihatan rambut. Makanlah makanan yg mengandungi kandungan protein yg tinggi seperti ikan sebagai bekalan mineral semulajadi bagi merawat rambut yg kering.

0 comments: