BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 26 June 2009

MAKANAN SESUAI SYARAT UTAMA KULIT CANTIK

1 CERAH WARNANYA

Seringkali dinyatakan bahawa kerap memakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah utk tubuh termasuklah kulit. Hakikat ini sememangnya benar. Pigmen-pigmen berwarna yg terdapat dlm buah-buahan dan sayur-sayuran seperti oren dan merah boleh meningkatkan tahap anti-oksidan pada kulit.

Pilihan terbaik: Kentang, Tomato, Tembikai.

-Fungsinya: Menambah bekalan anti-oksidan pada kulit seterusnya menghalang kewujudan radikal bebas. Radikal bebas ini merupakan molekul-molekul oksigen yg reaktif dan mampu merosakkan sel-sel serta menyumbang kepada masalah-masalah pada kulit termasuklah kulit kering atau berkedut.


2 SEGAR DAN BERJUS

Vitamin C berperanan mengatasi kedutan di wajah. Namun begitu, badan kita tidak mampu menyimpan vitamin C yg banyak pada satu masa. Justeru itu, kita perlulah memastikan bekalan vitamin C sentiasa ada dlm tubuh. Cara yg paling mudah dan ringkas utk mendapatkannya adalah dgn mengamalkan pengambilan buah-buahan citrus. Jika inginkan kepelbagaian, anda boleh memproses buah-buahan ini menjadikan jus atau menambahkannya dlm hidangan salad.

Pilihan terbaik: Oren, Lemon, Limau Mandarin, Limau Gedang.

-Fungsinya: Memastikan tahap vitamin C yg tinggi dlm badan. Selain merupakan anti-oksidan yg baik, ia juga berfungsi memastikan kolagen (serat protein yg mengawal masalah kulit melendut) lebih kukuh dan tahan lama. Memandangkan kerosakan kolagen lazimnya berlaku pada pertengahan usia 30an, adalah dicadangkan utk mengamalkan pengambilan buah-buahan ini lebih awal bagi mengelakkan penuaan berlaku dgn lebih cepat.


3 MELICINKAN DAN MELEGAKAN

Anti-oksidan yg paling baik utk kulit dikenali sebagai EGCG. Apakah sumber EGCG? Jawapannya adalah pada teh, tidak kiralah teh hijau, hitam ataupun teh herba. Amalkan meminum teh setiap pagi agar kulit sentiasa terjaga rapi.
Pilihan terbaik: Teh Hjau

-Fungsinya: Membekalkan EGCG pada kulit. EGCG adalah peredam pada bahan kimia yg terdapat dlm jerawat dan kulit terbakar, seterusnya mampu mencegah barah kulit. Teh hijau mengandungi L-theanine yg berupaya melancarkan pengaliran hormon kortisol dlm menguatkan serat kolagen.

4 HIJAU DAN DEDAUN

Sesetengah dedaun hijau tua, tidak kiralah dinikmati secara segar, beku, mentah atau stim akan membekalkan vitamin A (salah satu daripada vitamin terpenting utk kulit).


Pilihan terbaik: Bayam, Brokoli

-Fungsinya: Membekalkan vitamin A utk kulit yg mana membantu perolehan sel kulit (iaitu proses yg mengekalkan pertumbuhan sel tanpa masalah). Tanpa vitamin A yg mencukupi, kulit akan menjadi kering, kasar dan menggurutu.

5 IKAN

Beberapa jenis ikan laut memberikan manfaat berganda utk kulit kita. Asid lemak Omega-3 yg terkandung di dalamnya merupakan sumber melawan penuaan. Namun begitu, walaupun ia baik utk kulit, kuantiti pengambilannya perlu dihadkan kerana kandungan merkuri yg terdapat di dlm makanan laut ini boleh jadi membahayakan. Sebaik-baiknya, hadkan dua hidangan makanan laut setiap minggu.

Pilihan terbaik: Salmon, Tuna, Sardin, Tenggiri, Trout

-Fungsinya: Omega-3 berfungsi melawan masalah radang kulit, membantu melindungi kulit daripada terbakar disebabkan pancaran matahari, dan mempertingkatkan kesan pelindung SPF anda. Protein diperlukan utk membina dan memperbaiki sel-sel kulit serta menghasilkan enzim dan hormon yg membantu mengekalkan keserian kulit.

0 comments: