BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 26 June 2009

SNEK RINGAN TETAPI SIHAT!

LAWAN SERANGAN PENYAKIT

Agen: Buah-Buahan
Selalulah mengunyah epal hijau, beri biru dan strawberry kerana ia mampu membantu mengurangkan serangan penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Kandungan potasium, magnesium dan kalsium di dalam buah-buahan ini mampu membantu meredakan tekanan darah.

Tips: Beli buah kegemaran anda. Kemudian cuci dan keringkan. masukkan ke dlm pek isian makanan yg berzip dan dingin bekukan buah tersebut semalaman.Nikmati sebagai hidangan pencuci mulut yg tentunya emm....sedap.

'BANTUAN' KEPADA HATI

Agen: Coklat Hitam (Dark Chocolate)

Coklat hitam yg bebas gula akan membantu meredakan masalah tekanan darah tinggi di kalangan mereka yg berlebihan berat badan.
Mengambil satu sudu besar serbuk koko asli kaya flavanol setiap hari pula dpt membantu mempertingkatkan aliran darah ke kulit, menjadikan ia lebih lembut dan mampu mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran UV.

Tips: Serbuk koko asli paling tinggi kandungan flavanol berbanding coklat yg telah diproses. Jika anda ingin nikmati coklat hitam dlm bentuk bar, pilih hanya coklat hitam yg tidak mengandungi gula tambahan agar kandungan flavanol ini tidak terjejas teruk.

PEMUSNAH LEMAK TUBUH

Agen: Kekacang

Menjadikan kekacang sebagai snek harian membantu mengurangkan berat badan. Pengkaji di Amerika mendapati bahawa mereka yg mengambil badam sebagai snek harian yang rendah kalori selama enam bulan mampu mengurangkan berat badan sehingga 18% dari berat seluruhan. Mereka juga menunjukkan pengurangan ukur lilit pinggang.
Lemak tidak tepu yang terkandung di dlm sesetengah kekacang juga didapati dapat membantu mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dlm tubuh.

Tips: Kekacang seperti badam sangat sesuai dibakar agar ioa lebih rangup dikunyah.Bakar di dlm ketuhar dgn suhu 360 darjah selama 10 hingga 15 minit.

KONTRAKTOR UTK TULANG

Agen: Produk tenusu rendah lemak

Ambil 1,000 miligram kalsium setiap hari bagi membantu anda mengekalkan indeks jisim tilang ketika anda dlm proses menurunkan berat badan.
Anda perlu memasukkan produk tenusu ini ke dlm diet kerana ia juga dpt membantu utk membakar lemak berlebihan di bahagian pinggang.

Tips: Selain susu rendah lemak dan krim masam, keju rendah lemak juga boleh diamalkan. Namun, hadkan kepada sekeping sehari atau jadikan keju kotej rendah lemak sebagai sos ketika meratah sayuran atau buah-buahan. Ingat,celupkan sedikit sahaja!

PEMBAKAR LEMAK

Agen: Mil penuh (Wholemeal Bread)

Anda memerlukan kira-kira 130 gram karbohirat sehari utk membantu fokus dan konsentrasi minda anda berada di tahap maksimum. Pilihan saat berdiet adalah makanan berkarbohidrat yg tinggi serat kerana ia jugaelok utk penghadaman. 5 hidangan makanan dari sumber mil penuh setiap hari mampu mengekalkan rasa kenyang seterusnya membantu anda mengurangkan risiko diserang diabetes sehingga 20%.

Tips: Selain roti, mil penuh juga boleh didapati dlm bentuk bijirin. Tambahkan sedikit hirisan buah kering seperti pic atau kismis utk membangkitkan selera seterusnya melengkapkan keperluan vitamin C.

0 comments: