BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 13 January 2012

Memanggang Daging Ada Bahayanya

Pernah dengar yang barbeku daging boleh menyebabkan kanser? Ia disebabkan oleh Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAHs) dan Amina Heterocycli (HCAs). Apabila lemak dari daging itu jatuh ke dalam tempat bakar, maka ia akan terbakar. Asap inilah yang akan membentuk PAHs. Manakala HCAs pula terbentuk apabila daging dimasak dalam suhu yang tinggi. Sebaiknya kurangkan memasak di luar dan dengan menggunakan pembalut alumium atau ketuhar mikro. Perbuatan membalut daging dengan pembalut aluminium yang dilubangkan membuat lemak jatuh dan lemak ini akan kembali semula ke daging menerusi asap.

0 comments: