BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 13 January 2012

Cara Diet Selebriti Antarabangsa

Mari kita kenali cara selebriti-selebriti antarabangsa berdiet. Nampaknya mereka juga wanita biasa, tidak dilahirkan dgn bentuk badan sempurna. Apa yg kita lihat hari ini adalah berkat kesungguhan mereka berdiet. Apakah faktor yg membuatkan mereka tekad dan bagaimana cara mereka berdiet?


Gilakan Pencuci Mulut
" Harus ada pencuci mulut setiap kali makan. Saya sukakan makanan manis! Tidak banyak, cukup sekadar sepotong kecil coklat. Saya kawal kuantiti makanan yg diambil dan elakkan makanan diproses. Mula-mula nak biasa, susahnya nak tolak pencuci mulut. Tapi sekarang tidak lagi, kalau teringin pun saya hanya makan sedikit saja. " - JENNIFER GARNER






Makan Separuh Pinggan
" Saya tak kisah makan malam, tapi saya akan makan separuh pinggan saja Saya tolak ketepi pencuci mulut dan roti-roti yg terlalu kaya dengan gandum dari menu diet saya. Walaupun begitu, kalau dah teringin sangat saya akan makan juga kek coklat! " - JESSICA ALBA









Tidak Sempurna, Amalkan Paleo Diet
" Saya amalkan Paleo Diet. Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, saya makan kekacang sebagai snek. Jangan ingat badan saya sempurna sangat, saya ada selulit juga! Sebab itu saya tekad untuk turunkan berat badan. Paling penting kesungguhan, diet anda pasti berjaya. Saya hentikan pengambilan makanan ringan. Sekarang ni, saya makan salad bersama ayam panggang. " - KIM KARDASHIANS








Elak Makan Tepung
" Tiada lagi makanan berminyak! Semuanya saya lakukan. Hanya kerana mahu kurus dan sihat secara semulajadi. Saya juga tidak ambil gula dalam menu diet saya. Sebagai orang India sukar untuk mengelak dari makan tepung (roti) kan? Tapi itulah yang saya buat sekarang. Kalau masak pun, saya cuba cari resipi yang tak memerlukan minyak. " - RANI MURKHEJEE






Bijak Buat Pilihan
" Sya sangat suka makan! Apa saja jenis makanan saya suka. Saya bukanlah jenis yang takut untuk mencuba makanan baru. Pernah sekali berat badan saya naik dan saya terpaksa berdiet. Ia adalah tempoh yang amat memeritkan. Setelah berjaya mendapatkan berat badan yang diingini, saya hanya mengawal pemakan. Tidak perlu tahan diri tetapi harus bijak membuat pilihan. Keinginan untuk merubah diri paling penting. " - AISHWARYA RAI





Tak Makan Nasi
" Diet saya mudah, sarapan pagi saya minum teh dan makan badam yang direndam semalaman dengan air suam. Kemudian, saya hanya makan putih telur dan cendawan. Saya tak makan nasi, kecuali pada hari lahir saya. Satu pencapaian yang besar buat orang Benggali! Kalau lapar, sek saya adalah biskut gandum. Saya hanya minum susu dan makan salad bersama ikan atau ayam panggang untuk makan malam, Untuk mengekalkan bentuk badan anda, keazaman itu paling penting. " - BIPASHA BASU

0 comments: