BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 2 August, 2009

Petua Kecantikan 7

Menghilangkan Parut

Petua 1 :
Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, teteskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika dilaksanakan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut

Petua 2 :
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. campurkan bersama dengan bedak dingin. Kemudian sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sesering mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petuah ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah

Petua 3 :
Ambil sedikit asam jawa, kemudian remas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Sesudah itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaik-baiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

Petua 4 :
Lakukan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 5 :
Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari. (seeloknya jenis gel)

Petua 6 :
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. lumatkan bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai scrub. Setelah itu bilaskan dengan air angat. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan

Petua 7 :
Sapu lendir daun lidah buaya pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...

Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. lakukan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Melebatkan Alis Mata

Petua 1:
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk lumat. Sapukan pada kening setiap malam sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Petua 2 :
Ambil batang pucuk paku. Remas sehingga keluar lendir. Sapukan lendir tersebut pada bulu kening. Lakukan selalu.

Menyegarkan Mata

Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menghilangkan Lebam Mata

Petua 1 :
Teh celup yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Petua 2 :
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

Bibir Sentiasa Berseri

Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau ratarata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya

Memerahkan Bibir

Petua 1 :
Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. lakukan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu

Petua 2 :
Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

Memutihkan dan Mengilatkan Gigi

Petua 1 :
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat

Petua 2 :
Goreng biji asam jawa tanpa minyak. tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosoklah pada gigi.

Petua 3 :
Tumbuk kayu arang sehingga halus dan gosokkan pada gigi.

Petua 4
Ambil 7 biji pinang yang telah kering kulitnya. Bakar pinang sehingga hangus dan hitam. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gunakan serbuk tersebut untuk mencuci gigi. Amalkan petuah ini 3 kali seminggu. InsyaAllah kesan kekuningan pada gigi akan hilang

Mencegah Kuku Panjang Patah

Kuku panjang memang mudah patah. Ambil beberapa biji bawang putih, dipotong dua. Benamkan pada kuku. Amalkan selalu. InsyaAllah kuku akan menjadi kuat dan berseri.

Menghilangkan Bau Mulut

Petua 1 :
Ambil 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Kemudian kedua-duanya ditumbuk lumat. Gosok pada gigi dan berkumur. Lakukan 3 hari sekali, baunya akan hilang dan ia mengeluarkan bau yang harum.

Petua 2 :
Lakukan makan hampas kelapa yang sudah digoreng tanpa minyak dan minum air hangat. Makanlah setiap pagi dan malam selama 3 hari atau 3 hari sekali.

Menghilangkan Bulu / kumis tipis Di Atas Bibir

Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang berasa sangat malu dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas bibir ini terlalu lebat kan. Jangan risau, cobalah petua yang saya beri ini insyaAllah berkesan karena saya sendiri telah mencobanya dan ternyata berkesan dan kulit kelihatan lebih menarik.

Caranya :Perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Aduk2 dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir. Selamat mencuba

Mengkilatkan Kuku Kaki

Petua 1 :
Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sehingga kelihatan berkilat. Boleh dibuat seberapa kerap yang anda suka.

Petua 2 :
Ambil belimbing besi dan gosokkan pada kuku kaki supaya kembali bersih dan berkilat.

Mencantikkan Betis

Ambil minyak kelapa dan sapukan pada betis setiap hari. Selang 2-3 hari, urut pula dengan menggunakan hampas kelapa. InsyaAllah betis anda senantiasa cantik

Mencantikkan Kuku Tangan dan Kaki

Letakkan 5-10 asam dan garam halus ke dalam semangkuk atau sebaldi air hangat. Biarkan selama 15 minit. Kemudian, rendam tangan atau kaki anda ke dalamnya selama 20-30 minit . Amalkan sebelum anda masuk tidur. InsyaAllah kuku anda akan kelihatan cantik.

Mengatasi Bulu Roma Lebat

Jika anda mengalami masalah bulu roma yang lebat tentu anda risau , terutama bagi kaum wanita. Untuk mengatasi masalah ini, sediakan 2 sendok air limau nipis, campurkan dengan sedikit gula pasir, aduk2 rata. Setelah itu sapukan pada badan yang ditumbuhi oleh bulu roma itu, biar kering di badan selama setengah j am setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini sekali sehari. Insya-Allah bulu roma anda akan gugur

Menghaluskan Kulit Badan

Petua 1 :
Buah keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun dan digosok ke badan. Insyaallah kulit akan menjadi halus dan dapat membuangkan daki-daki dibadan (scrub)

Petua 2 :
Parut dua kelapa dan tuangkan ke dalam bath tub. Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda dengan santan dan hampas kelapa itu. lakukan ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus

Melembutkan Tapak Tangan

Letakkan odol sedikit pada tapak tangan anda yang basah. Ratakan sehingga menampakkan buih, kemudian basuh. Anda akan merasakan tapak tangan anda menjadi lebih lembut. .

Menghilangkan Bau Badan

Petua 1 :
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya.

Petua 2 :
Ambil beberapa helai daun limau nipis yang masih muda, tumbuklah hingga hancur. Kemudian, bulatkan kecil-kecil supaya mudah ditelan. Telanlah 3 kali sehari

Menghaluskan Kulit Kaki dan Tangan

Setiap pagi atau malam, sapulah minyak kelapa di kaki atau tangan. Biarkan selama 20 menit.Setelah itu, digosokkan dgn hampas kelapa. Kemudian basuhkan dengan air panas suam, lapkan dgn kain handuk.

Mengatasi Pecah Pada Jari

Bagi mengatasi masalah pecah-pecah pada jari tangan atau kaki, campur sedikit garam bersama santan kelapa. sapukan pada bahagian jari yang pecah-pecah. lakukan selalu dan lihat hasilnya.

Membersihkan Daki Pada Badan

Gosok hampas kelapa pada keseluruhan badan untuk menanggalkan daki dan sisa kotoran terutama sekali di bawah ketiak, leher dan di pangkal paha. Untuk kaki yang kasar dan pecah, hampas kelapa perlu dibungkus dan gosokkan tumit ke atasnya

Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Mencegah Kulit Bersisik

Ambil segelas air kelapa muda, dua sudu air limau kasturi dan suku gelas madu lebah. Campurkan bahan ini dan panaskan seketika tetapi jgn sampai mendidih karena ia akan merosakkan khasiatnya. Minum 2 kali sehari dan amalkan sehingga kulit bersisik tadi mengelupas.InsyaAllah akan mendapat kulit yang lebih halus dan licin.

Menghasilkan Kulit Cantik

Minum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan

Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah

Petua 1 :
Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan semen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada semen di lantai, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit

Petua 2 :
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. lakukan sebelum mandi.

Menghilangkan Parut Campak/Cacar ( Chicken Pox )

Petua 1 :
Pada tanda yang berlubang, sapukan lendir kulit pisang. Cuba setiap hari setelah cacar tersebut kering. Manakala pada tanda hitam,tumbuk kacang hijau sehingga jadi debu dan sapukan pada bahagian tersebut seperti bedak. Insyaallah

Petua 2 :
Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

Melembutkan Rambut

Petua 1 :
Ambil seikat kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm mangkok. campur air angat dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu

Petua 2 :
Parut 5 buah limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. remas sapukan airnya di kepala ketika mandi . Kemudian, cuci bersih

Mewangikan Rambut

Hiris dua buah limau nipis tipis-tipis secara melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa menit sebelum dibilas. Lakukan setiap kali sebelum mandi.

Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu Sapu madu lebah. sapukan pada rambut anda. Tutup kepala lebih kurang 10 menit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering.lakukan dua kali seminggu

Menghindarkan Rambut Gugur

Petua 1 :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala sebaiknya pada waktu malam.

Petua 2 :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya utk disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. lakukan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, jgn suka mengikat rambut dgn kuat.

Meluruskan Rambut

Petua 1 :
Perah sebiji kelapa dan ambil saripatinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam kulkas sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn kain sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit

Petua 2 :
Ambil buah nanas yang manis. Lumatkan dan ambil airnya. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 menit. Kemudian basuh dengan shampoo sehingga bersih

Menguatkan Akar Rambut

Parut lobak merah dan perah airnya. Air perahannya digunakan untuk mendinginkan kulit kepala. Caranya basahkan kepala dengan air lobak merah dan urut perlahan-lahan. lakukan selalu bagi menguatkan akar rambut.

Rambut Bercabang

Petua 1 :
Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali

Petua 2 :
Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

Mengilatkan Dan Menghitamkan Rambut

Petua 1 :
Ambil segenggam kelapa yang baru diparut (yang bersih). Ketika mandi, kelapa itu hendaklah digosok rata-rata pada bahagian rambut, dijadikan seperti syampu setiap hari ketika mandi. Rambut anda menjadi hitam berkilat

Petua 2 :
Ambil daun ati-ati dan tumbuk jadikan air. Sapukan pada rambut, kemudian basuh dan bilas supaya hitam berkilat

Menghitamkan Uban

Masalah uban turut dialami oleh mereka yang masih muda. Untuk menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari. Tumbuk hingga lumat. Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan hingga menjadi minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari.

Mencerahkan Ketiak

Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Coba petuah ini. Campur sedikit kapur sirih bersama perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak setelah anda selesai mandi. lakukan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi

Menghilangkan Bulu Ketiak

Petua 1 :
Langkah pertama ialah dengan mencabut bulu ketiak keseluruhannya. Kemudian, ambil ibu kunyit dan celupkan ke dalam kapur sirih dan gosok pada ketiak. Kemudian basuh. InsyaAllah dgn cara ini, bulu ketiak akan hilang.

Petua 2 :
Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus. aduk rata dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ia akan berhasil.

Petua 3 :
Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.

Menghilangkan Bau Ketiak

Petua 1 :
Ambil hampas teh dan garam halus. Campurkan kedua-dua bahan ini dan sapu pada ketiak. Ia hendaklah dilakukan 2 kali seminggu.

Petua 2 :
Rebus lima helai daun sireh dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan airnya tinggal separuh gelas. Tapis dan campur gula merah lakukan meminumnya 2 kali seminggu.

Petua 3 :
Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan lakukan meminumnya setiap hari

Petua 4 :
Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa menit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. lakukan dua kali seminggu

0 comments: