BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 22 August 2009

Buahan Kering Pembuka Selera Yg Kaya Khasiat

Buah kering sering jadi pilihan saat berbuka puasa. Ia bukan saja mudah didapati tetapi dpt membantu memberikan tenaga segera kepada kita. Kurma adalah pilihan paling popular saat menjelang Ramadan. Inginkan pilihan lain? Cubalah kismis dan buah prun.

Khasiatnya KURMA
Hakikatnya, tidak perlu menunggu hingga ke bulan Ramadan utk anda menikmati kurma. Ini kerana kurma adalah buah seribu khasiat.

* Selain kandungan kalorinya yg tinggi, ia juga mudah dihadamkan ketika berbuka puasa.
* Mampu membantu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
* Kandungan karbohidratnya yg tinggi memberikan kita tenaga yg maksimum utk kembali segar setelah seharian berpuasa.
* Ia juga mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus utk kebaikan jantung dan pembuluh darah. Galian ini membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
* Gula yg terkandung dlm kurma mudah diserap dlm tubuh tanpa perlu melalui proses yg panjang. Inilah yg menjadikan kurma sebagai buah yg paling ideal utk hidangan berbuka puasa atau sahur.
* Kurma juga diketahui mengandungi pelbagai vitamin penting lain, seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asid nikotinat, serat dan bermacam-macam lagi.
* Kurma juga mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium.
* Serat yg terkandung di dlm kurma pula dpt membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus sekali gus memudahkan pembuangan air besar.

FAKTA NUTRISI
Dlm setiap 100 gm kurma kering terkandung Vitamin A 50 IU, Tiamin 0.09 mg, Riboflavin 0.10 mg, Niasin 2.20 mg serta Kalium 666 mg.



Nikmatnya KISMIS
Selain kurma, kismis juga menjadi pilihan utk dimakan sewaktu berbuka atau bersahur. Anda disarankan makan sekitar 21 biji kismis (khususnya kismis merah) di waktu pagi setiap hari bagi membantu merangsang kecerdasan minda.

* Kismis adalah sumber antioksidan yg baik. Antioksidan yg terdapat pada kismis dikenali sebagai 'catechin' di mana merupakan sejenis bahan antioksidan yg sedia diserap. Bahan tersebut membantu utk meningkatkan kesihatan usus besar.
* Kandungan potasium dan serat di dlm kismis juga tinggi di mana ia baik utk penghadaman.
* Ia turut mengandungi fruktosa iaitu gula buah semulajadi. Fruktosa ini bila diurai mampu menjadi sumber tenaga yg baik buat tubuh.
* Berita baik bagi mereka yg sedang berdiet, kismis tidak mengandungi sodium, lemak mahupun kolesterol apatah lagi ia mudah dijadikan sajian seharian.
* Bagi mendapat serat yg baik, disarankan pengambilan dua sajian kismis setiap hari. Suku cawan kismis mengandungi serat yg bersamaan dgn satu sajian buah-buahan.
* Kismis juga boleh membantu memerangi masalah plak gigi dan penyakit gusi. Berdasarkan kajian Kolej Pergigian Universiti Chicago, kismis mengandungi bahan 'phytochemical' yg menyekat pertumbuhan bakteria di dlm mulut. Ini sekaligus membantu mengurangkan masalah penyakit gusi dan kerosakan gigi manakala kajian turut menunjukkan tiga dari empat org dewasa yg berusia melebihi 35 tahun dilaporkan mengalami beberapa bentuk penyakit gusi.

FAKTA NUTRISI
Bagi setiap 100 gm kismis terkandung 79 gm Karbohidrat, 4 gm Serat, 59 gm Gula, 3 gm Protein, 32 miligram Magnesium, 101 miligram Fosforus dan 749 miligram Potasium.


Hebatnya PRUN
Prun sememangnya kaya dgn pelbagai manfaat utk kesihatan. Rasanya yg masam manis mampu membuka selera terutamanya sewaktu berbuka puasa. Buah prun juga mampu membantu memberikan tenaga segera kepada kita.

* Ia kaya dgn antioksidan yg tinggi serta membantu mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
* Prun juga mengandungi potasium dan zat besi yg baik utk membantu melancarkan aliran darah.
* Kandungan seratnya juga baik utk sistem penghadaman.
* Kandungan vitamin A dan C di dlmnya pula dpt membantu mempertingkatkan kesihatan rambut dan kulit.
* Ia juga diperkaya dgn kandungan lutein yg baik utk kesihatan mata.
* Pengambilan prun di waktu bersahur dpt membantu memberiakn tenaga esktra utk memulakan tugasan harian. Ini kerana rembesan kandungan gulanya utk dicerna berlaku secara perlahan bagi membolehkan kadar tenaga kekal sepanjang hari.
* Buah prun juga sesuai dujadikan snek bagi mereka yg berdiet. Sebiji buah prun hanya mengandungi kira-kira 11 kalori dan ia bebas lemak.
* Kajian terkini di Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati wanita yg makan 12 biji prun setiap hari mampu mengurangkan risiko diserang osteoporosis.
* Kandungan serat boleh larut di dlmnya pula mampu membangkitkan rasa kenyang yg lebih lama di mana sangat sesuai utk kita yg sedang berpuasa.

FAKTA NUTRISI
38 gm prun kering (Bersamaan dgn 5 biji) mengandungi 16.5 gm Karbohidrat, 3 gm Serat, 295 kj (Tenaga) dan yg pastinya bebas lemak.

0 comments: