
Osteoporosis, secara literalnya bermaksud 'tulang poros' adalah penyakit kerangka sistemik yg dicirikan dgn penyusutan kepadatan tulang dan perubahan struktur tulang yg menyebabkan tulang menjadi lemah. Kesan serius bagi osteoporosis ialah keretakan, selalunya di pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan. 10% hingga 20% keretakan pinggul mengakibatkan kematian dlm masa setahun, manakala dua pertiga yg masih hidup menjadi hilang upaya. Paling membimbangkan dianggarkan pada tahun 2050, lebih 50% keretakan pinggul akibat osteoporosis akan berlaku di Asia.
Osteoporosis biasanya boleh dicegah bagi kebanyakan individu. Kesihatan tulang kita bergantung pada gen, paras hormon, gaya dan diet kita. Kita boleh melindungi dan menguatkan tulang pada semua peringkat umur. Walaupun masa terbaik adalah semasa kita muda, seseorang itu tidak pernah terlalu tua utk melindungi tulang mereka. Tulang kita akan mencapai tahap kepadatan tulang pada usia 30an. selepas itu, amat penting bagi kita utk mengekalkan kekuatan tulang dan mencegah kehilangan kepadatan tulang.
Apakah Osteoporosis ?
Keseluruhan badan kita dibentuk oleh tulang rangka. Ia terdiri daripada 206 tulang, ia merupakan salah satu tisu badan paling kompleks. Ia mempunyai dwi-tugas; sebagai pelindung dan penyokong. Tulang rangka juga menjadi pusat pengeluaran sel darah dan menyimpan 99% kalsium tubuh. Walaupun tulang pada zahirnya keras, ia sebenarnya terdiri daripada tisu-tisu hidup. Tulang terdiri daripada dua jenis iaitu tulang bahagian luar yg bersifat keras disebut 'cortical' sementara 'trabecular' adalah bahagian dalam yg lembut. Ia dipenuhi kologen yg mengandungi mineral terutamanya kalsium dan fosfat. Tulang melalui kitaran tersendiri yg disebut proses pembinaan atau pengeluaran semula (remodelling). Dua sel yg memainkan peranan dalam pembentukan dan penyingkiran tulang adalah sel 'osteoblast' dan 'osteoclast'.
'Osteoblast' membina tulang dan 'octeoclast' menyingkirkannya ke dalam aliran darah. Proses ini berterusan sehingga tulang mencapai puncak jisim tulangnya (peak bone mass). Proses ini juga berlaku berbeza mengikut tahap dan usia. Ketika kanak-kanak, proses pembinaan berlaku lebih pantas daripada penyingkiran. Dan sewaktu remaja, peningkatan aras hormon menggalakkan penimbunan tulang baru terutama pada tulang luar (cortical). Walaupun pembinaan tulang baru masih berterusan pada awal dewasa, ia lebih bertumpu pada jenis tulang kedua iaitu 'trabecular'. Hasilnya ketumpatan tulang bertambah.

Rawatan
Objektif rawatan utk masalah osteoporosis adalah utk memperlahankan gejalanya, memperbaiki densiti tulang dan mengurangkan risiko diserang masalah yg berkaitan terutamanya keretakan tulanr. Berikut adalah diantara jenis2 rawatan yg disaran oleh pakar:
Terapi Gantian Hormon (Hormon Replacement Therapy)
- Terapi ini membantu wanita yg bakal menopaus dgn mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimana pun,HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payudara. Anda perlu bincang dgn doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
Bisfosfonat
- Ubatan bukan hormon ini membantu mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas akan direndahkan bagi mengurangkan kerapuhan tulang manakala proses penghasilan akan meningkat.
Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs)
- Ubatan yg mempunyai kesan yg sama terhadap keupayaan tulang dan mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.
Kalsitonin
- Hormon yg dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yg memecahkan tulang.
Carta pengambilan kalsium mengikut saranan Pengambilan Nutrisi (RNI)
Bayi
0-5 bulan (menyusu badan)....300 mg
0-5 bulan (susu formula).........400 mg
6-11 bulan..................................400 mg
Kanak-kanak
1-3 tahun...................................500 mg
4-6 tahun...................................600 mg
7-9 tahun...................................700 mg
Remaja
10-17 tahun...............................1,000 mg
Dewasa Lelaki
19-65 tahun...............................800 mg
Dewasa Wanita
Ibu mengandung.......................1,000 mg
19-50 tahun...............................800 mg
Lebih 50 tahun..........................1,000 mg
CEGAH SEBELUM PARAH!
Jaga kesihatan tulang anda dgn mengambil keperluan Kalsium dan Vitamin D yg mencukupi.
0 comments:
Post a Comment