
Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.
Tetapi dalam kecantikan tersebut, bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba.Ia juga mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan kesihatan diri.
Tidak kiralah sama ada bunga cempaka kuning (Michelia champaca) atau putih (Michelia alba) kedua-duanya mempunyai khasiat pada kesihatan diri. Bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.Untuk cempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok.
Kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu.
Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.
Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.

Bagi pokok cempaka putih, ia biasanya digunakan untuk merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil beberapa kuntum bunga untuk direbus.
Untuk merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cuma ia ditambah dengan madu sebelum diminum. Untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu tepekkan ia ditempat yang kena bisul tadi.
(Lagi satu....,bunga cempaka ni sangat digemari oleh 'Cik Pon')Hehehe
0 comments:
Post a Comment