Penampilan yg sihat dan cantik bermula dengan rutin menjagaan kilit yg tepat. Utk itu, sebelum memilih utk melakukan apa juga rawatan kecantikan yg mungkin memerlukan kos yg tinggi, pertimbangkanlah semula rutin penjagaan kulit asas anda. Mana tahu ia lebih berbaloi!
1 - Pakar bersetuju bahawa tidak kira apa jenis kulit anda, kunci utamanya adalah membersih dengan sempurna.
* Elakkan penggunaan air panas tetapi gunakanlah air suam. Tujuannya adalah unyuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering.
* Mencuci wajah menggunakan kain adalah terlalu kasar untuk kulit. Jadi, gunakanlah tangan dan jari anda.
2 - Lebih daripada 50% wanita mengaku mempunyai kulit sensitif iaitu mengalami keradangan kulit, selain kulit kering, tegang dan mengelupas.
* Pastikan anda memakai krim pelembab dengan kerap.
* Elakkan pembersih wajah dengan kandungan seperti haruman, bahan pewarna dan mengawet kerana kulit sensitif mudah rosak dan mengambil masa yg lama utk pulih.
3 - Sekiranya kulit anda kering dan mudah mengalami keradangan, elakkan membersih wajah lebih daripada sekali sehari. Kulit anda mungkin berisiko kehilangan minyak semulajadi kulit.
* Pilihlah pembersih wajah yg bebas radang dan tiada kandungan sabun.
* Gunakan krim pelembab wajah yg ringan, bebas minyak dan bersasakan air utk membantu mengekalkan perlindungan semulajadi kulit.
* Pastikan anda memilih krim pelembab dengan kandunagn SPF yg tinggi (sekurang2nya SPF 15) utk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.
4 - Bersenam mampu membuka saluran2 darah menjadikan kulit kekal sihat dan muda.
* Senaman kardiovaskular boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit utk membantu penghasilan kolegen.
* Memelihara jisim otot melalui senaman juga membantu menyokong kulit agar kekal tegang.
* Amalkan meminum sekurang2nya lapan gelas air sehari utk memberikan hidrasi yg optima.
Tuesday, 4 January 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment