BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 28 August 2009

Makanan Sahabat Mata


Bukan sahaja lobak merah yg baik utk mata tetapi makanan yg memiliki karakteristik menyerupai lobak merah juga menyihatkan mata. Antaranya ialah:

Pucuk Ubi - Dlm berat 100 gm, nilai vitamion A mencapai 3,300 RE.

Ubi Keledek Merah - Kandungan vitamin A sekitar 2310 RE per 100 gm. WHO dan UNICEF mempromosikan ubi ini sebagai makanan pencegah kekurangan vitamin A. Air rebusan ubi sangat baik diminum oleh kanak-kanak.

Daun Betik - Pahit rasanya, manis manfaatnya. Dlm setiap 100 gm daun betik tersimpan vitamin A sebanyak 5475 RE. Lebih banyak dari lobak merah.

Daun Melinjo - Setiap 100 gm daun melinjo mengandungi nilai vitamin A sebanyak 3000 RE.

Mangga - Mangga mengandungi beta karotena. Namun begitu, nilai vitamin A paling tinggi terdapat dlm mangga iaitu 4920  RE per 100 gm. Mangga yg masak di pokok memberikan nilai vitamin A sebanyak 1900 per 100 gm.

7 Panduan Halau Sinus

Minum Teh Panas Dan Sup Panas
Salah satu cara terbaik utk menghentikan sinus adalah dgn minum banyak teh hitam, hijau dan tumbuhan yg tidak mengandungi kafein. Cubalah makan sup ayam panas setaip hari.

* Tekapkan air Suam Ke Muka
Lakukan perkara ini sekurang-kurangnya 3 kali setiap hari setiap lima minit. Celup tuala kecil ke dlm air suam dan sapukan ke bahagian bawah muka dan di antara mata.

* Cubalah Aromaterapi
Utk membantu membuka saluran pernafasan dan sinus, titiskan minyak kayu putih ke dlm bekas berisi air suam, sedut wapnya dan hembuskan. Selain itu, wasabi juga berkesan menghalang sinus.

* Sarapan Di Tempat Tidur
Bersarapan di tempat tidur dan minum secawan teh panas akan membuka laluan pernafasan dan membersihkan pengumpalan lendir.

* Tinggikan Kepala Semasa Tidur
Dengan mengangkat kepala lebih tinggi dgn satu atau dua bantal, boleh membantu membuka pernafasan semasa tidur. Makin tinggi kepala, semakin baik kesannya.

* Bilik Bebas Habuk
Habuk dan debu akan menyebabkan lemahnya membran lendir, terutamanya ketika tidur. Elakkan dari menghamparkan karpet. Simpan kain baju di dlm almari dan bersihkan perabot sekali seminggu.

* Tidur Cukup
Jika anda menderita sinus, anda perlukan rehat dan tidur yg cukup. Matikan handphone dan tutup lampu ketika hendak tidur.

Cegah Katarak Dengan Sayuran Hijau

Sebuah kajian yg dilakukan di makmal menyatakan buat pertama kalinya bahawa pengambilan sayuran hijau membantu mnencegah katarak kerana pengaruh anti oksidanya. Anti oksida banyak terdapat dlm sayuran hijau seperti bayam dan kangkung boleh melindungi sel mata dari cahaya sehingga kepada cahaya ultra ungu (UV) yg merupakan penyebab utama katarak.
Kenyataan ini dibuat oleh para pengkaji Amerika yg menjumpai anti oksida 'lutein' dan 'zeaxanthin' hampir 10 kali lebih mujarab berbanding vitamin E dlm melindungi sel mata dari kerosakan akibat sinaran UV. Namun demikian, menurut pengkaji dari Ohio state Universiti, sehingga sekarang belum ada kajian biokimia yg menyokong sama ada sayuran hijau boleh membantu mata. Katarak adalah satu penyakit mata yg boleh menyebabkan kerosakan lensa mata dan memburukkan lagi masalah mata.

Mendengar Muzik Tingkatkan Mood

Anda jarang mendengar muzik atau adakah muzik menyesakkan halwa telingar anda?
Fikirkan semula!

Muzik telah menjadi sebahagian hidup kita. Ada juga yg menjadikan muzik sebagai semangat utk melakukan aktiviti. Muzik dpt mengubah kesedihan menjadi kegembiraan.
Menurut kajian yg dilakukan Valerie N. Stratton, PhD dan Annette H.Zalanowski dari Universiti Penn State terhadap para siswa fakulti psikologi dan muzik mendapati bahawa apa pun jenis muzik yg didengarkan, muzik boleh menjadikan mood bertambah baik.

Para siswa diwajibkan mendengar selama dua minggu. Mood mereka direkodkan sebelum dan selepas muzik didengarkan. Hasil kajian yg dilakukan dimuatkan di dlm Psychology & Education: An Interdisciplinary Journal. Menurut Stratton, para siswa dilaporkan lebih mempunyai emosi positif setelah mendengarkan muzik dan emosi positif mereka meningkat walau mendengar pelbagai jenis muzik seperti rock/pop, balada, klasik dan instrumental. Setelah mendengar muzik, para siswa didapati lebih optimis, riang, akrab, tenang dan santai.