BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label pemakanan. Show all posts
Showing posts with label pemakanan. Show all posts

Friday, 13 January 2012

Memanggang Daging Ada Bahayanya

Pernah dengar yang barbeku daging boleh menyebabkan kanser? Ia disebabkan oleh Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAHs) dan Amina Heterocycli (HCAs). Apabila lemak dari daging itu jatuh ke dalam tempat bakar, maka ia akan terbakar. Asap inilah yang akan membentuk PAHs. Manakala HCAs pula terbentuk apabila daging dimasak dalam suhu yang tinggi. Sebaiknya kurangkan memasak di luar dan dengan menggunakan pembalut alumium atau ketuhar mikro. Perbuatan membalut daging dengan pembalut aluminium yang dilubangkan membuat lemak jatuh dan lemak ini akan kembali semula ke daging menerusi asap.

Goji Berries-Untuk Masalah Penglihatan

Sejak berkurun dahulu, khasiat buah Goji Berries sudah diporpularkan di China. Khasiatnya diakui sangat berkesan dalam memperbaiki kemampuan untuk melihat. Saintis moden Cina kini mendapati buah Goji sememangnya berkesan untuk memulihkan penglihatan dalam masa yang singkat. Bagi mereka yang sering mengalami masalah 'Blind Spot' juga disarankan mengambil Goji. Bahan antioksidannya iaitu 'Carotenoids' turut melindungi masalah Degenerasi Makular dan Katarak.

Sunday, 3 April 2011

Kuaci Kurangkan Kolesterol

Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolesterol lemak jahat sekaligus menghadkan kolesterol lemak baik. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol.

Epal Cegah Lemak Dalam Badan

Memakan sebiji epel atau meninum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan sebiji epal atau meminum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.