Friday, 28 August 2009
Makanan Sahabat Mata
Bukan sahaja lobak merah yg baik utk mata tetapi makanan yg memiliki karakteristik menyerupai lobak merah juga menyihatkan mata. Antaranya ialah:
Pucuk Ubi - Dlm berat 100 gm, nilai vitamion A mencapai 3,300 RE.
Ubi Keledek Merah - Kandungan vitamin A sekitar 2310 RE per 100 gm. WHO dan UNICEF mempromosikan ubi ini sebagai makanan pencegah kekurangan vitamin A. Air rebusan ubi sangat baik diminum oleh kanak-kanak.
Daun Betik - Pahit rasanya, manis manfaatnya. Dlm setiap 100 gm daun betik tersimpan vitamin A sebanyak 5475 RE. Lebih banyak dari lobak merah.
Daun Melinjo - Setiap 100 gm daun melinjo mengandungi nilai vitamin A sebanyak 3000 RE.
Mangga - Mangga mengandungi beta karotena. Namun begitu, nilai vitamin A paling tinggi terdapat dlm mangga iaitu 4920 RE per 100 gm. Mangga yg masak di pokok memberikan nilai vitamin A sebanyak 1900 per 100 gm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment