Barangkali anda sudah sedia maklum akan pentingnya mengamalkan pemakanan yang sihat untuk tubuh. Namun, secara spesifiknya, apakah anda tahu makanan yang tepay untuk kesihatan tulang?
1. KALSIUM - Ia merupakan mineral utama untuk pembentukan tulang. Jika anda kekurangan kalsium, tubuh akan mengambilnya daripada tulang dan inilah yang akan mengakibatkan masalah tulang rapuh. Kuantiti kalsium yang diperlukan sehari adalah antara 1,000 mg hingga 1,200 mg.
2. VITAMIN C - Vitamin ini bertindak membantu pembentukan tulang rawan, seterusnya membentuk jaringan sendi yang sihat. Untuk mendapatkan manfaat yang maksima, ambillah 1,000 mg Vitamin C setiap hari.
3. VITAMIN D - Ia penting dalam membantu tulang menyerap kalsium daripada makanan sehingga 2.5 kali ganda. Kuantiti yang disarankan sehari adalah 200 IU hingga 400 IU.
4. VITAMIN B12 - Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan tulang menjadi lemah. Pastikan anda mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin B12 sabanyak 2.4 mkg untuk mendapatkan tulang yang kuat.
5. ZAT BESI - Ia membantu menyalurkan oksigen ke sel-sel darah yang diperlukan oleh anti oksidan bagi mengatasi kerosakan pada sendi.
6. PROTEIN - Bukan sekadar baik untuk membentuk otot, protein juga diperlukan oleh tulang. Makanlah 45 gm hingga 56 gm protein sehari untuk tulang yang lebih sihat.
7. MAGNESIUM - Massa tulang boleh ditingkatkan dengan pengambilan magnesium. Jumlah yang disarankan sehari adalah 400 mg.
8. KALIUM - Ia membantu pembentukan tulang. Pastikan anda mengambil 4,700 mg kalium setiap hari.
Tuesday, 4 January 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment