BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 4 January 2011

Ramuan Istimewa - Nikmati Resipi Bahagia Setiap Hari

Dalam kehidupan harian, makanan yg berasaskan bahan yg segar bukanlah penentu utk seseorang itu sihat. Ini kerana, kebahagiaan seseorang juga memerlukan ramuan yg tepat dalam menikmati setiap detik yg berlalu. Bahan apakah yg diperlukan utk mewujudkan suasana yg bahagia?

1 CAWAN 'KESEDERHANAAN'.
Pernahkah anda sedar bahawa kadang2 anda menghadapi kehidupan yg rumit, walaupun anda ingin menjalani cara hidup yg sederhana. Cubalah tanya pada diri sendiri ketika anda ingin membuat keputusan dan fikirkan apa yg akan terjadi dalam tempoh 3-6 bulan akan datang. Jika keadaan ini membuatkan anda dilema, lebih baik anda mengubah keputusan menjadi sesuatu yg sederhana.

1 SUDU MAKAN 'SAAT INI'
Sedar atau tidak, berapa banyak masa yg telah anda habiskan hanya kerana bimbangkan sesuatu yg belum terjadi. Untuk elakkan masa berlalu begitu sahaja, cubalah utk menikmati detik indah sepenuhnya dalam setiap aktiviti dan tindakan yg dilakukan. Segala yg terjadi pada saat itu adalah sesuatu yg nyata dan nikmatilah dengan sempurna.

2 GENGGAM ' KESABARAN'
'Sabar separuh dari iman'. Ramai di antara kita tidak sabar dalam melakukan sesuatu. Jika kesabaran itu memberi tenaga positif, kenapa perlu anda menolak dalam rutin hariaan anda. Jika bersabar, anda akan berfikir dgn lebih tenang dan segala masalah boleh diselesaikan dgn baik. Bukankah ini memberi jalan keluar yg menguntungkansemua pihak.

2 1/2  CAWAN 'SENYUMAN'
Sekunyum senyum di wajah dapat mengembangkan tenaga positif dalam diri dan orang2 yg akan anda jumpa. Ini kerana senyuman boleh membuatkan wajah anda sentiasa awet muda, ceria, menyenangkan dan orang di sekeliling selesa bersama anda.

0 GRAM 'KRITIKAN'
Percaya atau tidak, ramai  dikalangan kita tidak boleh menerima kritikan dengan baik, lebih2 lagi kritikan yg menjatuhkan. Sedangkan setiap orang berhak utk memperbaiki sesalahan yg dilakukan dan menjadi motivasi utk diri. Ingatlah, kritikan positif baik utk memberi semangat dan pengajaran kepada orang di sekeliling bukannya menjatuhkan mental.

0 ML 'IRI HATI'
Jika anda ingin bahagia setiap saat, berhentilah berfikir bahawa apa yg dimiliki orang lain lebih baik daripada apa yg anda miliki. Jika masih tidak berpuas hati dengan apa yg dilakukan, ubah strategi dan keadaan dgn usaha sendiri. Daripada anda menghabiskan masa dgn mengira apa yg orang lain miliki, lebih baik anda lakukan strategi baru utk kepuasan diri anda.

0 comments: