BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 9 January 2010

Kulit Kekal Sihat - Bukan Sekadar Membersih


1. Membersih & Melembab
Kunci utama kulit yg sihat adalah dgn mengekalkan kebersihannya. Carilah pembersih wajah yg benar2 serasi dgn kulit anda dan setialah menggunakannya.
Tidak kira apakah jenis kulit anda, memakai krim pelembab wajah sangat penting sekurang2nya sekali sehari. Tujuannya adalah memastikan kelembapan kulit terpelihara dan melindunginya daripada iritasi luaran mahupun dalaman. Jgn lupa utk menyapukan krim pelembab tersebut pada bahagian leher anda.

2. Krim Mata
Kulit di sekitar mata tidak mengandungi tisu lemak dan sangat nipis serta mudah menyebabkan munculnya kedutan. Krim khas utk mata diformulasikan utk 'menebalkan' kulit di sekitar mata agar ia lebih kuat. Sapukan krim mata pada waktu malam kerana proses pembaharuan sel berkesan dua kali ganda sewaktu anda tidur.

3. Air Sejuk
Air panas hanya akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering, merah dan bertompok. Justeru itu, disarankan agar anda memilih air sejuk atau suam sebagai air mandian. Pun begitu, sekiranya anda masih perlu mandi menggunakan air panas, pastikan anda membiarkan kulit beberapa minit sebelum mula mengenakan sebarang solekan.

4. Topeng Wajah
Pemakaian topeng wajah (face mask) bertindak membersihkan kulit secara mendalam berbanding rutin mencuci wajah. Topeng wajah memberikan kesegaran kepada kulit, mengecikan pori2 dan menanggalkan sel2 kulit mati. Gunakannya satu atau dua kali seminggu utk hasil yg lebih baik.
Tip penting: Pastikan wajah dlm keadaan bersih dan kering sebelum memakai topeng wajah utk kesan yg lebih baik.

0 comments: