BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 10 January 2010

Rutin Siang & Malam Rawat Kulit Anda

Kulit Berjerawat


Bahan utama: Benzoyl peroxide, glycolic acid, salicylic acid

A.M
- Cara terbaik mengawal pertumbuhan jerawat adalah dgn menggunakan produk penjagaan kulit yg betul. Gunakan pencuci wajah yg mengandungi salicylic acid iaitu sejenis asid lemak tepu yg membantu menanggalkan pori2 daripada lebihan sebum. Pori2 tersumbat adalah antara penyebab masalah kulit.

- Sapukan krim pelembab yg ringan kandungannya utk melingungi kulit daripada kekeringan. Pelembab wajah yg mengandungi glycolic acid bertindak menanggalkan sel2 kulit mati secara berterusan.

- Sunblock yg bebas minyak adalah disarankan kerana ia mampu melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB, seterusnya membantu mengekalkan kompleksi kulit agar tidak berminyak.

P.M
- Sebelum masuk tidur, cucilah wajah menggunakan pencuci wajah yg sama digunakan pada siang hari. Sapukan krim malam utk mengelakkan radang kulit. Krim malam yg mengandungi bahan2 seperti teh dan lavender adalah pilihan yg sangat baik.

- Memandangkan masalah kulit seringkali muncul pada zon T wajah, sapukan krim khas dgn kandungan benzoyl peroxide. Ia berfungsi sebagai antiseptik yg membunuh permukaan bakteria penyebab jerawat.

Rosacea


Bahan utama: Ekstrak botanik, anti oksidan semulajadi, pelindung UV

A.M
- Sebahagian ahli dermatologi bersetuju bahawa mereka yg mempunyai masalah kulit merah atau rosacea perlu lebih berhati2 agar tidak menggunakan produk yg mengandungi bahan aktif secara berlebihan. Pencuci wajah yg lembut dan bebas haruman berupaya menanggalkan kotoran pada wajah, selain menanggalkan solekan tanpa mengganggu fungsi pelingdung kulit.

- Gunakan serum dgn bahan anti radang daripada sumber botanik. Ia juga kaya dgn anti oksidan.

- Masalah kulit merah atau rosacea menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif terhadap bahan kimia dan pendedahan pada sinaran matahari pula boleh memburukkan lagi keadaan. Sebagai langkah penyelesaian, gunakan krim siang yg diformulasikan dgn bahan pelindung UV seperti titanium dioxide dan zinc oxide.

P.M
- Apabila kulit sudah dibersihkan, sapukan krim pelembab dgn ekstrak botanik seperti chamomile yg terbukti berkesan dlm memperbaiki tekstur dan tonanya dlm tempoh masa sekurang2nya satu minggu.

Kulit Berkedut


Bahan utama: Asid glikolat, retinoid, vitamin C, pelindung UV

A.M
- Kedutan di wajah wujud antara lain adalah berpunca daripada kulit kering dan terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan. Para saintis mendapati zat yg terkandung di dlm buah2an dari jenis beri mampu mencegah masalah kedutan di wajah dan memperbaiki kerosakan kulit. Justeru itu, penggunaan produk yg mengandungi anti oksidan yg terdapat dlm stawberi, raspberi, kranberi dan buah delima adalah disarankan.

- Krim pelindung sinaran matahari yg rendah kandungan SPH, tidak cukup dgn keadaan cuaca di negara kita. Begitu juga dgn produk anti penuaan yg dihasilkan. Ia harus lengkap iaitu terdiri daripada krim pelembab dan krim siang yg mengandungi asid glikolat serta rumusan pelindung sinaran matahari.

P.M
- Pemakai krim malam yg berfungsi melembab adalah digalakkan. Ia adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit menjelang malam.

- Krim pengelupasan kulit juga penting bagi menanggalkan sel2 kulit mati. Krim yg mengandungi vitamin C dan retinoid adalah pilihan yg terbaik.

Hiperpigmentasi


Bahan utama: Tretinoin, vitamin C & E, AHA

A.M
- Kesan akibat hiperpigmentasi juga termasuk dlm masalah kulit berparut ini. Proses penyembuhan hiperpigmentasi ini boleh dilakukan dgn penggunaan tretinoin, vitamin C, E dan AHA.

- Sapukan krim pelindung sinaran UV yg menawarkan sekurang2nya SPF25. Memakai krim pelindung ini secara teratur boleh mengubah pigmentasi kulit.

P.M
- Amalkan rutin penjagaan kulit seperti biasa dgn pemakaian krim malam yg mempunyai fungsi melembab. Elakkan penggunaan produk yg kasar dan boleh menyebabkan kulit menggelupas seperti span atau skrub pada kulit kerana ia boleh mengubah keadaan kulit menjadi lebih teruk lagi.

0 comments: