BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 6 September 2009

Syoknya Kekacang!

Menurut laporan Kajian Kesihatan dan Pemeriksaan Kebangsaan (NHANES) dari tahun 1999 hingga 2002, individu yg mengambil kekacang di dlm menu harian akan lebih mudah utk mengurangkan berat badan serta mengecilkan saiz ukuran pinggang berbanding mereka yg tidak megambil hidangan berkenaan.

KACANG DHAL
Sangat tinggi kandungan protein dan tentunya asid amino juga. 100 gm kacang dhal mengandungi 26 gm protein. Bagaimanapun, ia masih kekurangan dua asid amino penting yg lain iaitu 'isoleucine' dan 'lysine'. Jadi, bagi melengkapkan kandungan keduanya, anda perlu menikmatinya dgn beras perang atau makanan tinggi gandum seperti capati. Kacang dhal juga seharusnya menjadi pilihan individu yg 'vegetarian' kerana satu hidangannya mengandungi kira-kira 60 peratus kandungan zat besi dari jumlah keperluan harian.

KACANG SOYA
Isoflovan soya dipercayai dpt membantu mempertingkatkan kesihatan payudara dan rahim di samping membantu memperkuatkan tulang seterusnya mencegah osteoporosis. Kandungan lesitin di dlm soya pula membantu melancarkan aliran darah, menyahtoksin bahan buangan dlm sel-sel, membantu mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta membantu melambatkan proses penuaan kulit.

KACANG PIS
Sumber terbaik bagi protein, vitamin B, magnesium, fosforus, mangan, zat besi, serat dan potasium. Kacang pis juga kaya dgn bahan antioksidan yg baik utk kulit. Kacang pis yg diambil kerinh masih mengandungi nutrisi yg sama dgn kacang pis segar. Bagaimanapun, jumlah nitrisinya sedikit berkurangan.

KACANG PANGGANG
Ia rendah lemak tetapi tinggi kandungan protein dan serat. Kacang panggang juga membekalkan mineral seperti zat besi, asid folik, zink dan potasium. Ia juga boleh dijadikan diantara menu utk deit yg lebih seimbang. Ini kerana kandungan protein di dlmnya membantu mengekalkan kesihatan tulang dan otot di samping mampu membantu anda rasa lebih kenyang dan puas setelah makan. Bagaimanapun, kacang panggang yg ditinkan selalunya tinggi kandungan gula dan garam. Justeru itu, pilihlah yg rendah kandungan keduanya.

KACANG KUDA
Kandungan seratnya yg tinggi membantu mengawal pemakanan selain membantu menyalurkan karbohidrat bagi mereka yg mempunyai masalah insulin atau diabetes. Kacang kuda popular dinikmati rebus. 100 gm kacang kuda rebus mengandungi 164 kalori, 2.6 gm lemak (hanya 0.27 gm lemak tepu), 7.6 gm serat diet dan 8.9 gm protein. Bagaimanapun bagi mengekalkan khasiatnya, tidak perlu ditabur garam sewaktu merebusnya.

0 comments: