Aneka kekacang yg dijadikan ramuan kek, mufin mahupun biskut raya bukan hanya sedap dimakan. sebaliknya, kekacang ini memiliki khasiat tersendiri terhadap kesihatan manusia.
PECAN
Kacang pecan yg dicincang lazimnya digunakan sebagai campuran kek atau biskut selain enak ditaburkan di atas aiskrim. Seperti macadamia, pecan juga memiliki 70 peratus lemak sihat, 70 peratus asam lemak oleat (Omega 9) dan 26 peratus asam lemak linoleat (Omega 6). Kajian Universiti Loma Linda, Amerika mendapati kacang pecan dapat menurunkan kadar lemak di dalam darah. Selain itu, pecan juga mampu memperbaiki sistem saraf. Kandungan vitamin E dan antioksidan yg terdapat di dalamnya sangat berguna utk memperbaiki sel-sel rosak bagi pesakit jantung.
WALNUT
Terbagi kepada tiga jenis iaitu Persian walnut, Black walnut dan Butter nut, walnut digelar sebagai longevity fruit kerana dapat membantu memanjangkan usia. Pengambilan segenggam walnut setiap hari dapat membantu mencegah serangan penyakit jantung kerana kandungan lemak sihat linolenat (Omega 3) dan kandungan protein yg terkandung di dalamnya. Di dalam walnut juga terkandung magnesium, tembaga dan asam ellagat, sejenis flavonoid yg dapat mencegah pertumbuhan sel-sel kanser. Manakala fitosterol berperanan sebagai pelindung jantung, menguatkan paru-paru dan ginjal. Sedangkan kandungan serat yg tinggi membantu fungsi usus besar.
PISTACHIO
Merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno, kacang pistachio kaya dengan zat besi, folat, kalium, asam pantotenat, niasin, riboflavin dan zing. Pengambilan 50 biji kacang pistachio akan membekalkan sepuluh peratus keperluan serat, vitamin B6, tiamin, magnesium dan fosforus. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yg dapat menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser. Selain itu, pistachio juga merupakan sumber unggul utk menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.
0 comments:
Post a Comment