BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 6 September 2009

Kenali Gejala Keputihan

Keputihan yg normal boleh berlaku pada beberapa hari sebelum tiba haid, ketika keghairahan seks, kehamilan dan klimakterik atau selepas menopaus. Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau berlaku perubahan paras hormon yg meningkat. Semua ini menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yg melekit keluar dari faraj. Tanda-tanda keputihan yg berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah.

Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul-ketul kecil, gatal dan berbau. Tanda-tandanya pula adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam. Namun begitu, seelok-eloknya wanita yg mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor utk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dpt diberikan sebelum penyakit serius.

Langkah-Langkah Pengawalan

Walaupun masalah keputihan yg anda alami tidak terlalu serius, namun kebersihan diri haruslah diutamakan utk diri sendiri di samping memulihkan masalah ini.

* Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh alat kelamin.

* Penggunaan pencuci vagina boleh dilakukan utk memastiakn kebersihan sekitar vagina. Bagaimanapun, penggunakan yg terlalu kerap tidak disyorkan kerana ia boleh membunuh 'bakteria baik' yg sedia ada di vagina anda. 'Douching' tidak digalakkan semasa mengandung kerana ditakuti udara boleh masuk ke dlm sistem badan melalui vagina. Ini nyata meninggalkan kesan yg buruk.

* Pengaliran udara di bahagian sulit dapat dikekalkan dgn penggunaan pakaian dari kain kapas yg selesa serta pakaian yg tidak terlalu ketat.

* Ambil probiotik setiap hari. Ia boleh didapati di dlm yogurt atau tablet/kapsul yg dijual di farmasi. Pengambilan bawang putih juga turut membantu.

* Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yg diproses. Oleh itu makanan seperti mi, roti, kek dan sebagainya haruslah dikurangkan.

Air Kosong Ubati Keputihan

Selain cara traditional dan rawatan moden, kaedah semulajadi tetap berkesan mengubati keputihan. Minum air dgn jumlah yg banyak dan mencukupi 8 gelas setiap hari mampu merawat keputihan. Kandungan jumlah air yg mencukupi dpt menstabilkan hormon dgn baik. Pakailah 'pantyliner' utk rasa lebih selesa.

0 comments: