BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 3 September 2009

SERAT - Elak Barah

Serat atau fibre memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan badan bagi mencegah ketumbuhan barah dan juga pengawalan berat badan.
Namun zat makanan ini tidak diberi perhatian berat oleh kebanyakkan org, terutama kanak-kanak. Dlm sehari setiap org dewasa perlu mengambil antara 25 hingga 30 gm zat serat utk keperluan badan.
Mungkin setelah mengetahui akan peranan dan khasiat zat makanan ini, ramai yg akan terpengaruh utk menambah kandungan serat yg mampu bertindak sebagai satu bahan pencuci dalam badan di dlm amalan pemakanan harian masing-masing.

Khasiat Pengambilan Serat

Utk mengurangkan berat badan - makanan yg mengandungi serat yg tinggi akan dapat menghasilkan penurunan berat badan lebih baik daripada makanan yg mengandungi kurang lemak. Mereka yg makan banyak serat akan dapat mengurangkan pengambilan kandungan kalori sebanyak 10 peratus.
Mengapa??

Ini adalah kerana serat menjadikan anda cepat kenyang, oleh itu anda anda akan makan sedikit sahaja. Namun mereka yg makan banyak serat dengan ditambah pula dengan makanan yg kurang lemak boleh mengurangkan berat badan tiga kali lebih banyak berbanding mereka yg hanya memakan makanan berlemak rendah.

Untuk mencegah pertumbuhan barah, mengikut kajian yg telah dibuat, mereka yg memakan sekurang-kurangnya 39 gm serat sehari akan dapat mengurangkan risiko pertumbuhan barah, terutama sekali barah usus.
 
Jenis-Jenis Serat

1 - Larut Di Dalam Air.
Berupaya menghapuskan kegiatan penyerapan kolesterol ke dalam pembuluh darah. Maka dgn ini, kuranglah kolesterol yg akan diserap ke dlm tubuh. Serat yg larut dpt mengurangkan kadar penghadaman dlm perut maka itu dpt membekalkan tenaga pada kadar yg lebih rata.

Makanan yg banyak mengandungi serat yg larut dlm air:
> Emping Oat
> Pelbagai Jenis kacang
> Barli
> Buah-buahan Terutama Jenis Sitrus atau Epal
> Sayur-sayuran

2 - Tidak Larut Di Dalam Air
Memudahkan perjalanan makanan  serta hampas bahan makanan yg telah dihadam melalui usus serta bertindak utk melawaskan proses membuang air besar. Makan banyak serat tidak larut boleh mengurangkan masalah sembelit.
 
Makanan yg banyak mengandungi serat yg tidak larut dlm air:
> Kulit Gandum (wheat bran)
> Semua Jenis Biji-bijian 'whole grains' seperti beras, gandum dan rye, roti whole grain, emping atau cereals utk sarapan pagi.
> Bijian benih seperti kuaci, biji benih bunga matahari, biji durian, cempedak, nangka dan buah-buahan.
> Buah-buahan yg dimakan dgn kulit dan sayuran berdaun.

Jika anda mengamalkan makanan yg mengandungi serat yg tinggi (mengikut sukatan yg diperakukan0 tiap-tiap hari, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga nasi atau roti whole grain serta cereal utk sarapan pagi sudah pasti anda akan dpt mancapai kedua-dua matlamat di atas, yakni dpt mencegah barah usus sambil dapat pula mengawal berat badan anda.

0 comments: