1 - Pilih warna gincu yg paling sesuai dgn anda. Misalnya warna merah tomato, merah jambu keunguan utk kulit putih, merah keunguan utk kulit kuning langsat serta warna merah gelap atau coklat keemasan utk kulit sawo matang. Selain mempertimbangkan soal warna, ambil kira juga tekstur gincu tersebut. Utk kesan lebih seksi, pilih gincu yg bertekstur basah (glossy). Jika ingin tampil anggun, pilih gincu dgn tekstur matte. Jng lupa mempertimbangkan daya tahan gincu tersebut. Jika majlis anda hadiri memerlukan masa yg panjang ataupun diiringi dgn acara makan, sbaik-baiknya pilih gincu dgn formula antiluntur. (long wearing).
2 - Sebelum mengenakan gincu, lapisi bahagian bibir anda dgn alas bedak (foundation) agar gincu tersebut tahan lebih lama. Seelok-eloknya gunakan alas bedak dgn formula oil-free (bebas minyak). Jika bibir anda kering, gunakan pelembab bibir (lips balm) yg tidak mengandungi minyak sebelum menggunakan alas bedak tersebut.
3 - Lukis bentuk bibir dgn pensel bibir (lip liner). Jng lukis bibir terlalu tebal. Bentuk bibir dgn pensel bibir dlm garis-garis kecil yg menyambung sehingga nampak rapi.
4 - Kemudian, kenakan gincu pada bibir. Utk hasil terbaik, gunakanlah kuasa bibir. Mulai dari sudut luar bibir bawah terus sehingga sampai tengah bibir. Ulangi langkah yg sama utk bibir atas. Setelah selesai semua, lekap bibir pada sehelai tisu utk memudarkan warna yg lebih pada bibir.
5 - Kenakan gincu sekali lagi pada kedua-dua bahagian bibir. Kemudian lekapkan sekali lagi bibir pada tisu. Utk hasil yg optimal, kenakan gincu utk menyerlahkan lagi bibir anda.
6 - Utk kesan yg lebih dramatik, kenakan gincu berwarna terang dari warna gincu dasar pada bahagian tengah bibir atas dan bawah. Sekiranya anda menggunakan warna merah cili, gunakan warna merah kemasan di bahagian tengah. Kemudian lekapkan kedua-dua bibir. Ini akan menjadikan bibir anda kelihatan seolah-olah penuh. Sebagai langkah terakhir, kenakan pengilat bibir (lip gloss) di bahagian tengah bibir. Ini akan menjadikan bibir nampak lebih sempurna.
0 comments:
Post a Comment