BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 4 August 2009

Punggung Sihat


Duduk terlalu lama akan membuatkan punggung keletihan dan pinggang lenguh. Ada caranya untuk menjaga punggung anda. Untuk mengelakkan punggung terasa sengal, lakukan aktiviti ini selama 15 minit setiap sesi:

1 Duduk tegak dan pastikan punggung anda berada dalam keadaan yang benar-benar selesa. Postur duduk yang betul akan membuatkan anda terasa beberapa sentimeter lebih tinggi.

2 Tarik nafas, pastikan otot-otot perut masuk ke dalam dan dada mengembang.

3 Tahan postur anda begitu selama beberapa minit dan lepaskan nafas perlahan-lahan.

4 Ulang langkah sebanyak tiga kali dan anda boleh meneruskan pekerjaan anda seperti biasa dengan lebih selesa.

0 comments: