BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 16 July 2009

Tips Bersenam


Bila nak mula?:

Mulakan hari ini juga sementara semangat masih membara.Jng sekadar hangat2 tahi ayam saja. Lakukan bersungguh2.


Sebelum bersenam:

Mulakan senaman pertama dgn senaman yang ringan supaya ia tidak mencederakan otot2 kita. Ada banyak senaman lain yang lebih ringan dan menyeronokkan serta mampu membakar kalori lebihan. Contohnya seperti bersiar-siar dan meregangkan otot (warming up). Ia kelihatan seperti bukan senaman tetapi ia baik untuk permulaan.


Pengawal Stress:

Jika kita mengalami tekanan atau terlalu letih dengan kerja-kerja seharian, bersenam sebenarnya adalah pilihan yang paling baik untuk mengembalikan mood kita. Senaman akan berfungsi ibarat pencuci kepada jiwa raga kita. Oleh itu, ada di antara kita yang mengungkapkan senaman itu sebagai suatu ‘olahraga’.


Kepenatan yang kita perolehi hasil daripada bebanan kerja berbeza dengan kepenatan yang diperolehi daripada hasil sukan dan senaman. Letih bekerja memberikan tekanan tetapi penat bersukan memberi keselesaan atau kelegaan.


Bersenam sebelum makan:

Elakkan bersenam selepas makan kerana ia membahayakan proses pencernaan. Seeloknya biarlah senaman itu dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam selepas makan atau jangan makan terlalu kenyang jika kita ingin bersukan selepas waktu tersebut.


Keselamatan:

Sila ambil kira tentang keselamatan diri. Elakkan daripada berjogging dan bersiar-siar pada waktu atau di tempat yang sunyi terutama sekali pada golongan wanita. Keselamatan kita boleh terjejas apabila ada yang selalu memerhatikan amalan rutin kita semasa senaman. Ambil kira juga tentang sukan yang terlalu lasak sehingga boleh menjejaskan keselamatan diri. Jaga sendi dan otot-otot kita kerana tubuh kita masih diperlukan untuk jangka masa yang lebih lama. Sayangi tubuh badan sendiri.


Jangan malu:

Perlukah kita merasa malu kerana tidak biasa dengan sesuatu jenis sukan? Perlukah kita malu kerana memiliki berat badan yang lebih untuk bersenam atau bersukan? Kalau diperhatikan di sekeliling kita atau di mana-mana tempat bersukan dan taman-taman, bukan kita seorang sahaja yang baru bermula untuk bersenam. Masih ramai lagi yang juga sama seperti kita yang baru ingin memulakan displin untuk bersenam.


Tidak semua orang yang bersukan itu telah mahir dalam sukan yang mereka libati. Ada kalanya kebanyakan orang hanya bersukan untuk keseronokan tidak sampai ke peringkat professional seperti para atlit. Marilah kita berfikir positif, tolong jangan perasan, tiada orang yang memerhatikan dan ingin mengejek kita dalam aktiviti senaman. Mereka ada urusan masing-masing. Selamba saja!


Pakaian:

Kita tidak perlulah menyediakan pakaian-pakaian sukan yang mahal untuk tujuan senaman. Cuma jangan remehkan mengenai penutupan aurat kerana kita sedang melakukan yang baik, maka hendaklah dilakukan dengan cara yang baik juga.


Pakaian yang tebal seperti sweater juga elok untuk mempercepatkan proses perpeluhan dan pembakaran lemak. Jika kita memiliki bajet yang lebih, eloklah memakai kasut atau pakaian sukan yang elok supaya aktiviti ini akan berterusan dengan penuh komitmen.


Cari kawan:

Melakukan aktiviti dengan berteman atau berkumpulan mungkin lebih seronok. Cari seorang kawan atau lebih untuk membina matlamat bersama mencapai berat badan ideal. Pilih satu sukan atau jenis senaman yang menyeronokkan dan jadilah pasangan atau kumpulan yang saling memberi semangat di antara satu sama lain. Ini mungkin dapat mendorong semangat dan motivasi untuk kita mencapai matlamat.


Pernafasan sempurna:

Bernafas dengan cara yang betul juga penting dalam senaman. Ia membantu kita untuk lebih menumpukan perhatian kepada senaman dan menjadikan senaman lebih efektif mencapai tujuannya.


Jangan bernafas tercungap-cungap atau bernafas terlalu panjang ke dalam. Tetapi bernafas dengan normal. Tarik dengan sempurna dan buang dengan sempurna dengan rentak seimbang. Jika kita mahir, buang nafas ketika sedang melakukan pergerakan berat dan menarik nafas ketika dalam keadaan santai. Pernafasan yang baik adalah kunci untuk memperkembangkan kemampuan kita dalam sukan atau sesuatu senaman.

0 comments: