Sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.
Astrigen
Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis - betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu.
Sifat tabii sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. - 12sm. lebar dan 10sm. - 15sm. panjang. Sirih sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur dengan air yang mencukupi.
Sirih Cina mempunyai rasa yang lebih lembut daripada sirih Melayu. Sirih Udang pula mempunyai urat daun di belakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Sirih Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sirih dan juga kegunaan di dalam adat resam, dimana sirih ini berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sementara Sirih Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan kusam, rasanya yang lebih pedas serta agak keras daunya ketika dimakan.
Rasa sirih adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi fenol dan bahan-bahan terpene yang menyebabkannya pedas. Bahan-bahan yang terdapat dalam daun sirih ialah kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin.
Faktor-faktor yang menentukan keenakan sirih adalah jenis sirih itu, umurnya dan cahaya matahari serta keadaan daun-daunnya di bahagian atas tumbuhan itu. Daun sirih untuk dimakan adalah daun-daun melintang di bahagian atas dahan-dahan sisi dan yang terbaik adalah yang terbesar sekali. Sirih hutan tidak boleh dimakan, selain daunnya yang keras rasanya juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok yang terdapat di hutan hujan tropika
Daun-daun bawahnya yang cacat (bersaiz kecil) dibuat ubat dan penawar oleh Dukun Melayu. Sirih bertemu urat adalah yang menjadi pilihan kepada Mak Bidan dalam ilmu perubatan tradisional. Pada masa kini, kegunaan sirih masih lagi penting dalam masyarakat Melayu walaupun bilangan orang yang memakannya mula berkurangan.
Komponen Aktik Dalam Sirih
Flavournoid Polyphenol
Untuk menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda.
Hydroxyl-chavicol
Membantu menormalkan perjalanan darah di pembuluh dan mempercepatkan pembekuan darah yang keluar.
Astrigen
Membantu mengecutkan dan memulihkan tisu - tisu organik badan akibat luka dan sebagainya.
Sialagoga
Membantu memperbanyakan rembesan air liur apabila dikunyah.
Ekspektoran
Membantu menghilangkan lendir dan kahak apabila dimakan, sesuai sebagai ubat batuk dan sakit tekak.
Euginol
Membantu membunuh kuman dan menghalang pembiakan koloni fungus/kulat.
0 comments:
Post a Comment