BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 10 July 2009

KHASIAT AVOKADO

Pokok Avokado ini berasal dari Amerika Tengah. Avokado adalah sejenis tanaman yang memerlukan tanah yang subur, gembur dan tidak sesuai ditanam di tnah yang berpaya atau berair. Ia mudah berbuah di dataran rendah dan menjadi lebih subur di kawasan tropika yang sering mendapat hujan. Ketinggian pokok adalah sekitar 3-10 meter.


Akarnya tunjang, batang bulat berkayu manakala rantingnya mempunyai banyak cabang serta berambut halus. Daun Avokado tunggal dan bertangkai panjang. Bunganya pula majmuk, tersusun dan keluar dari hujung ranting dengan warna kuning kehijauan. Buahnya pula bulat bujur telur, panjang sekitar 6-20cm. Di dalamnya hanya terdapat satu biji. Isinya apabila masak akan bertukar menjadi warna kuning kehijauan.

Daun Avokado dikatakan boleh menghilangkan penyakit batu karang, darah tinggi, sakit kepala, bengkak di saluran pernafasan, sakit sendi atau saraf dan membetulkan peredaran haid. Biji Avokado yang berwarna kemerahan baik untuk radang dan menghilangkan penyakit gigi dan penyakit kencing manis.

Selain daun dan biji, isi Avokado amat penting bagi kaum wanita kerana di kebanyakkan negara di rantau ini mengamalkannya untuk dijadikan sumber herba tradisional. Isinya diproses untuk dijadikan kosmetik, hasil pembakaran dari minyanya pula baik untuk rambut dan wajah.

0 comments: