Pernahkah terfikir untuk menikmati hidangan burger bersama semangkuk anggur? Mungkin ada yang beranggapan ia tidak sesuai dan bukan satu padanan yang menyelerakan. Namun, ia sebenarnya satu cetusan idea yang menarik bagi mengimbangkan kandungan vitamin dalam makanan.
Kajian menunjukkan setiap makanan yang kita makan perlulah diambil seiring dengan makanan antioksida untuk mengelak tekanan akibat makanan tidak hadam.
Justeru, adalah baik untuk kesihatan sekiranya menu yang diambil seiring dengan buah atau sayur yang mengandungi agen antioksida yang tinggi.
Agen antioksida seperti yang diketahui berupaya meneutralkan radikal bebas yang dirangsang daripada tekanan terhadap tubuh, sama ada secara semula jadi mahupun dari luar seperti merokok dan pencemaran udara.
Antara buah yang mempunyai kadar antioksida yang tinggi ialah anggur. Berdasarkan kajian yang pernah dibentangkan di Simposium Kesihatan Manusia dan Kesan Terhadap Buah dan Sayuran di Houston, Texas, Amerika Syarikat, baru-baru ini mendapati, antara buah-buahan yang terkenal dengan khasiat spesifiknya tersendiri adalah anggur. Penggunaannya dapat menghasilkan hampir dua kali ganda daripada amaun kapasiti antioksida yang disyorkan untuk melawan kembali pengurangan penggunaan 1,000 kalori dalam makanan.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa anggur adalah agen antioksida yang baik dan sesuai untuk tubuh manusia," ujar presiden Suruhanjaya Anggur California, Kathleen Nave.
Beliau yang juga penulis buku Healthy Eating-Recipes for the Asian Palate berkata, pati anggur boleh dibuat dengan mudah.
Malah anggur yang sedikit tua juga boleh dibuat pati asal betul cara penyediaan dan simpanannya.
Caranya ialah dengan menyediakan anggur yang kita suka, kemudian didihkan air dan gula, campurkan buah-buah anggur tadi dan kacau untuk lebih kurang lima minit. Pastikan jangan didihkan ia, biarkan sejuk kemudian dikisar. Simpan pati tersebut di dalam bekas khas yang bersih dan letak di dalam peti sejuk beku.
0 comments:
Post a Comment