BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 27 March 2010

Yang Baik VS Yang Jelik - Betulkah makanan berkhasiat tidak baik?

SUKANYA SOYA

Yang Baik:
Soya merupakan antara sumber protein yg popular. Kandungan isoflavonoid dlm soya dikatakan mampu mencegah pertumbuhan sel-sel kanser. Pengambilam soya dlm bentuk ekstrak seharusnya mendapat perhatian doktor kerana kononnya ia boleh menyebabkan kanser payudara.

Yang Jelik:
Penghidap penyakit gout seharusnya menjauhi soya kerana ia mampu meningkatkan kadar 'purine' dlm tubuh yg akan berubah menjadi asid.

MAKAN BAYAM UNTUK KUAT!

Yang Baik:
Baiknya sayur hijau ini adalah kerana kandungan kolin dan inositol yg amat baik utk mengatasi masalah pembuluh darah mengeras. Kandungan flavonoid dan karotenoid di dlmnya pula bertindak sebagai bahan anti aksidan yg berperanan utk mencegah kanser. Bayam mengandungi vitamin K yg amat diperlukan utk pembekuan barah.

Yang Jelik:
Bayam merupakan sumber serat dan jika diambil berlebihan akan menggangu penyerapan mineral dlm badan. Bayam yg kaya dgn zat besi seharusnya diamalkan, tetapi neutralkan penyerapan zat besi ke dlm tubuh dgn segelas jus oren, strawberi atau tomato.

SEJUKNYA TEH HIJAU!

Yang Baik:
Teh hijau amat baik utk kesihatan kerana kandungan anti oksidan polifenol di dlmnya yg menghalang pertumbuhan sel2 kanser. Selain itu, baiknya teh hijau kerana ia melindungi jantung, mengurangkan lemak dlm tubuh dan menjaga berat badan ideal utk tubuh.

Yang Jelik:
Kandungan 'thein' dlm teh kan menyebabkan tubuh terlebih segar dan menyukarkan seseorang utk tidur. Mengamalkan teh hijau secara berlebihan berkemungkinan membuatkan anda insomnia.

SYOKNYA MAKAN TELUR!

Yang Baik:
Telur dinikmati kerana kandungan protein dan kolesterol di dlmnya. Putih telur penyumbang protein tetapi sebiji kuning telur sudah cukup utk memenuhi keperluan kolesterol seorang dewasa utk sehari iaitu sebanyak 200 mg sehari.

Yang Jelik:
Jgn makan putih telur berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah pada ginjal. Pengambilan kuning telur secara berlebihan akan meningkatkan kadar kolesterol dlm darah dan menyebabkan serangan penyakit darah tinggi. Katakanlah anda alah pada protein telur, anda akan mendapat bisul walau hanya dgn mengambil sebiji telur sahaja.

ENAKNYA MAKAN YOGURT!

Yang Baik:
Makanan ini mengandungi probiotik iaitu bakteria baik utk menguatkan sistem imunisasi tubuh.

Yang Jelik:
Baik utk amalkan, tetapi pengambilan berlebihan hanya akan menyebabkan kegemukan kerana ia dihasilkan dari susu penuh krim. Selain itu, pengambilan yogurt secara melampau juga akan mengakibatkan peningkatan kadar kolesterol dlm badan seseorang. Rasa masam dlm yogurt boleh menyebabkan serangan gastrik jika perut anda alah dgn rasa asid.

SERONOKNYA MAKAN IKAN BAKAR!

Yang Baik:
Ikan baik utk kesihatan kerana ia membekalkan Omega 3, sejenis asid lemak tidak tepu. Kebaikan khasiat ini adalah ia memperbaiki sistem otak dan mengurangkan risiko seseorang itu mendapat serangan jantung.

Yang Jelik:
Terlalu banyak mengambil akan akan menyebabkan masalah pada ginjal. Jika anda mengambil khasiat Omega 3 ini dlm bentuk suplemen, ia berisiko utk menyebabkan pendarahan.

JOM MAKAN LOBAK MERAH!

Yang Baik:
Kaya dgn khasiat beta karotena yg baik utk tubuh.

Yang Jelik:
Kandungan serat yg tinggi dlm lobak merah akan menyebabkan seseorang itu sembelit jika ia diambil berlebihan. Selain itu, ia juga akan mengganggu penyerapan mineral dlm saluran pencernaan. Anda pasti tidak mahu kulit anda menjadi kekuningan kerana berlebihan khasiat beta karotena bukan?

HARI-HARI MAKAN ROTI!

Yang Baik:
Bagusnya mengamalkan roti kerana ia kaya dgn serat tidak larut yg membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan risiko seseorang mandapat kanser usus besar.

Yang Jelik:
Roti yg dihasilkan dari gandum tinggi dgn karbohidrat dan serat. Pengambilannya secara berlebihan akan menyebabkan berat badan meningkat. Pengambilan serat secara berlebihan juga akan membuatkan anda mendapat sembelit dan ia menggangu penyerapan mineral oleh tubuh.

AYUH MINUM JUS BUAH!

Yang Baik:
Apa yg baiknya jus buah2an mengandungi banyak jenis khasiat. Ia kaya dgn protein, serat, vitamin, mineral dan banyak lagi.

Yang Jelik:
Pengambilan jus buah2an tanpa gula sebenarnya sama saja seperti anda mengambil minuman bergula kerana kandungan gula semulajadi dlm buah2an. Apa yg boleh anda lakukan adalah dgn menghasilkan jus dari buah2an yg kurang manis.

MANISNYA BUAH BERI!

Yang Baik:
Semua jenis buah beri mengandungi zat anti oksidan yg tinggi termasuk vitamin C dan 'anthocyanin' Ia menghindarkan masalah kerosakan sel dlm tubuh dan menghindarkan kanser.

Yang Jelik:
Tiada apa yg tidak baik pada buah beri, ia boleh diambil secara berlebihan. Tetapi, bagi mengelakkan anda kekurangan vitamin lain, eloklah anda mengambilnya bersama makanan lain. Anda boleh menikmati salad buah beri atau meletakkan buah beri di dlm mangkuk bijirin anda.

0 comments: